Penjaga kepada seorang murid yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mempersoalkan dasar sekolah berasrama penuh (SBP) yang tidak menerima permohonan pelajar tersebut.
Revathy berkata, murid tersebut mendapat keputusan 8A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, namun tidak diterima masuk ke SBP kerana beliau dari SJKT. Free Malaysia Today melaporkan, Revathy mempersoalkan mengapa SBP yang merupakan sekolah umum mempunyai syarat dan dasar sedemikian. “Sebab dalam syarat itu, tidak ada menyebut tidak dibenarkan pelajar India atau Cina untuk mohon SBP, tetapi menyebut hanya menerima dari sekolah kebangsaan. “Memang pelik kenapa hanya jenis sekolah kebangsaan. Jika mahu dibandingkan, SJKT dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengambil lebih 2 subjek.Longgarkan sedikit syarat itu. Jika sekolah agama ada syarat untuk tidak membenarkan pelajar dari SJKT mohon, kami faham itu syaratnya. Tetapi kenapa SBP?”
Revathy berhasrat memasukkan murid berkenaan di Sekolah Sains Kuala Selangor, namun tidak berjaya kerana tidak melepasi syarat yang ditetapkan. “Apabila telefon ibu pejabat SBP itu, pegawai itu berkata syarat SBP memang begitu,” katanya. Sementara itu, Bahagian Pengurusan SBP dalam kenyataan balasnya kepada FMT berkata, buat masa ini pihaknya masih tertakluk kepada pematuhan dasar yang diluluskan. Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan SBP, Nor Azlina Abdul Rahim berkata sehingga kini tiada kelonggaran kepada dasar dan syarat seperti yang dimohon. “Tahniah kepada murid ini yang berjaya mencapai 8A dalam peperiksaan UPSR ini. Namun pertimbangan kepada murid ini tidak dapat dilakukan kerana kegagalan mematuhi beberapa dasar dan syarat yang dinyatakan." Antara syarat kemasukan pelajar ke SBP adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia, mencapai tahap pencapaian minima kemasukan ke SBP seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam UPSR, menduduki ujian online kemasukan ke SBP dan melepasi Toleransi Bar (65%), merit PAJSK dan Psikometrik serta pelajar itu dari sekolah kebangsaan. -CARI
|
13
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
scorpionkiki replied at 7-12-2018 09:43 AM
Nanti anak dia masuk sbp sure kena pulau....depa tak buli physically tp mentally...lg sakit
syadail replied at 7-12-2018 09:50 AM
ank iolz sebilik ngan budak india. tkde kena buli eh. Org melayu ni baik hati dan senang menerima. ...
DollahRepek replied at 7-12-2018 09:39 AM
Nanti anak ko masuk sek menengah pun kena masuk kelas peralihan dulu. Xkan itu pun xtau?
shernazz replied at 7-12-2018 10:19 AM
Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan
shernazz replied at 7-12-2018 10:19 AM
Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan
Z77 replied at 7-12-2018 11:02 AM
walaupun 8A pasti ada something dia tak bagitau..dulu aku sek sbp ada je india..
ADVERTISEMENT