Sebelum ini, pada Februari warga Kuching dikejutkan dengan sebuah letupan di CityONE Megamall yang mengakibatkan runtuhan sebahagian bangunan di sebuah permis yang sedang diubahsuai. Runtuhan itu mengakibatkan 3 orang mati dan 41 lagi cedera.
Kepantasan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan operasi dipuji oleh orang ramai, walau bagaimanapun kelibat dua hero berkaki 4 yang turut serta dilihat banyak membantu para petugas dalam mengesan lokasi di mana mangsa-mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Dipercayai bantuan dua ekor anjing terlatih ini banyak menjimatkan masa dalam menentukan lokasi mangsa-,mangsa.
Menurut maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua ekor anjing itu dinamakan Sue dan Cliff kedua-duanya baka English Springer Spaniels berasal dari United Kingdom.
Kedua-duanya dikatakan mempunyai kepakaran berbeza. Sue pakar dalam mengesan sumber bahan mudah terbakar manakala Cliff pula pakar mengesan mangsa. Kedua-dua anjing tersebut adalah daripada Unit Pengesan K9 yang sering terlibat dalam operasi mengesan dan menyelamat. Dalam operasi tersebut, Sue dan Cliff berjaya membantu mengesan kebanyakan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Mengikut Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 41 mangsa yang cedera telah menerima rawatan dan 10 daripadanya telah dibenarkan keluar dari hospital. Tiga mangsa yang terbunuh adalah O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, dari Kuching, dan Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Penang. Siasatan awal polis mendapati tragedi yang berlaku pada 3.20 petang itu mungkin berpunca daripada kebocoran gas di salah sebuah restoran yang sedang diubahsuai dalam kompleks membeli-belah itu. Polis mengesahkan tidak ada unsur keganasan dan jenayah yang terlibat. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih berjalan. Semoga hero tidak didendang, Sue & Cliff akan terus berkhidmat cemerlang bersama dengan pasukan penyelamat. - CARI |
ADVERTISEMENT