CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Salah Ucap 'Merry Christmas' - Mufti

5-12-2018 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6984| Komen: 83

Sering keliru dengan ucapan Merry Christmas yang dilarang di kalangan umat Islam negara ini, bagaimanapun hal tersebut telah dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 


Menurutnya, perkara itu dibenarkan kerana ia dianggap sebagai ucapan tahniah kepada perayaan lain dan tanpa niat memuliakan agama mereka. 

"Umat Islam boleh mengucapkan kepada orang Kristian (Merry Christmas), dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya," katanya memetik laporan The Star. 

Foto Sinar Harian
"Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan.

"Hiduplah dengan harmoni bersama orang-orang beragama lain," katanya lagi. - CARI 

13

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 5-12-2018 09:08 AM
merry christmas pada semua forumer yang celebrate natal

mari hidup dengan harmoni
Quote ice_sky92 5-12-2018 09:10 AM
Habis la kepanasan la ummah2 sunni pprt tanah air...
Quote FOTHER-MUCKER 5-12-2018 09:19 AM
Oh...tahun ni tak berdosa  pula ucap kismas! Tahun tahun lepas berdosa!
Untung lah sekejap dosa sekejap tak dosa!
Quote xtahumenahu 5-12-2018 09:20 AM
what about happy birthday???
Quote highcastle 5-12-2018 09:26 AM
Aku rasa isu ni dah ada dah. Di bawah ni berita 2016.......

APA hukum dan bolehkah seseorang Muslim mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada mereka yang beragama Kristian?

Soalan ini sering berlegar-legar saban tahun dalam kalangan umat Islam.

Ia juga sering kali menimbulkan polemik dan salah faham. Malah menjadi semakin rumit bagi mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik 
secara kekeluargaan, kerjaya dan tinggal dalam kawasan kejiranan sama.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Bayan Linnas siri ke-81, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan kepada beberapa pandangan ulama muktabar dan situasi semasa Malaysia, ucapan itu kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah 
diharuskan.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan,” (Surah al-Maidah: 8)

Al-Maraghi berkata: “Ini kerana ketidakadilan yang dilakukan akan menimbulkan kerosakan yang boleh menghancurkan kehidupan bersosial, memutuskan hubungan antara individu 
dan datang malapetaka yang besar.”

GARIS PANDUAN (DHAWABIT) UMUM

1 Ucapan tahniah adalah sebagai tanda perpaduan, hubungan kemasyarakatan yang erat dan harmoni. 
 Adapun melibatkan diri dalam upacara-upacara keagamaan khusus mereka, ia tetap tidak dibenarkan di sisi Islam.

2 Ucapan tersebut tidak disertai dengan niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain serta tidak juga menumpahkan kasih sayang terlalu tinggi melangkaui batas agama.

3 Ucapan tahniah tidak mengandungi sebarang bentuk penghargaan yang menyalahi syarak seperti menghadiahkan arak dan perkara tidak diizinkan dalam Islam.

4 Ucapan tersebut adalah kepada bukan Muslim yang tidak bermusuh dengan Islam, khususnya kepada seseorang yang mempunyai ikatan tertentu seperti kaum kerabat, jiran tetangga, teman pengajian dan rakan sekerja.

5 Menghadiri jemputan makan malam bukan Muslim, menziarahi bukan Muslim dan bertukar-tukar hadiah juga adalah dibenarkan. 
 Rasulullah SAW pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Sayidina Umar al-Khattab r.a.juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang tidak memeluk Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 memutuskan bahawa: “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam 
kiriman ucapan tersebut.”



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/ag ... 23508#ixzz5Yli5aIPz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote True-X 5-12-2018 09:34 AM
bende mcm ni pon perlu bermuzakarah... xde keje lain ke?..

ok..lepas ni muzakarah hukum ucap selamat hari jururawat.. mother's day.. father's day
Quote AbukRokok 5-12-2018 09:44 AM
Happy Fucking Easter


sedutan dari series American Gods
Quote Orgkgdukobesi 5-12-2018 09:48 AM
Bergambar bawah pokok krismas kena hencap, bergambar depan gereja atau rumah ibadat agama lain pun kena hencap...
Quote Nonones 5-12-2018 10:03 AM
Tak boleh ke hidup harmoni satu sama lain? aku rasa takde masalah pun nak ucap merry christmas, RIP, or apa2 terms pun selagi pegangan agama kita pada yg Satu. yang sejenis taksub sgt itu ini tak boleh ni apa masalah korg? sampai mufti nak kena bermuzakarah, keluarkan statement simple mcm ni?? tp ok lah dari sudut positif, boleh bg pencerahan pada org ramai tp tlggggggggggggg lah jadi bijak sikit. duhhhh!
Quote messymimi 5-12-2018 10:11 AM
highcastle replied at 5-12-2018 09:26 AM
Aku rasa isu ni dah ada dah. Di bawah ni berita 2016.......

APA hukum dan bolehkah seseorang Musl ...

kena highlight ni :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 memutuskan bahawa: “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam 
kiriman ucapan tersebut.



Quote famri7 5-12-2018 10:12 AM
FOTHER-MUCKER replied at 5-12-2018 01:19 AM
Oh...tahun ni tak berdosa  pula ucap kismas! Tahun tahun lepas berdosa!
Untung lah sekejap dosa sek ...

Salam hannukah sis.
Quote famri7 5-12-2018 10:13 AM
ice_sky92 replied at 5-12-2018 01:10 AM
Habis la kepanasan la ummah2 sunni pprt tanah air...

Habis xda mood cikgu2 pprt yang suka share hadis mandi wajib dan resepi 3 bahan..
Quote taikor 5-12-2018 10:19 AM
Merry Christmas. Tahun ni dah boleh ucap banyak2
Quote mdhelmi 5-12-2018 10:24 AM
xingat terdengar dari mana
kalo org tu paham bahasa melayu better ucap 'selamat hari natal'
kalo xpaham bahasa melayu bole ucap 'merry christmas'
cuma penambahbaikan dari segi ucapan
dua2 pon ok
Quote fofuler 5-12-2018 10:52 AM
Orang Islam Malaysia selalu ada masalah inferior dengan agama lain, benda kecik camni pun nak perbesarkan. Bukannye kalau wish tu kita murtad pun adoi. Banyak lagi isu boleh pikir
Quote Modngengade 5-12-2018 10:56 AM
True-X replied at 5-12-2018 09:34 AM
bende mcm ni pon perlu bermuzakarah... xde keje lain ke?..

ok..lepas ni muzakarah hukum ucap sela ...

habis kau ingat mufti tu  mkn gaji buta je ke dekkk....itulah tugas diorang....memberi fatwa kpd sekecil2 isu hingga kesebesar2nya....

Quote Malaysia.Doom 5-12-2018 11:06 AM
SALAM HANUKKAH!!!
Quote BoogieChild 5-12-2018 11:09 AM
Modngengade replied at 5-12-2018 10:56 AM
habis kau ingat mufti tu  mkn gaji buta je ke dekkk....itulah tugas diorang....memberi fatwa kpd s ...

Fatwa pasai 1mdb tak de pulak.
Quote noraidil_06 5-12-2018 11:09 AM
N we still argue over this?
Sian kite

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058841 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top