CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rompakan Ala Filem Antarabangsa Money Heist, Malaysia Ada Legenda 'Geng Mamak'!

5-12-2018 11:27 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 5986| Komen: 5|Original author: Oleh: Intan

Kalau ada melanggan Netflix, pasti anda pernah menonton filem seperti Money heist, Al - Capone dan sebagainya. Kegiatan jenayah yang terancang sering buat kita kagum dengan kepandaian mereka merancang jenayah. 

Namun, janganlah pula kita mengagung-agungkan mereka ini, kerana jenayah tetap jenayah, yang perlu diambil hanyalah pengajaran serta iktibar daripada kisah mereka.

Tahukah anda, di Malaysia juga pernah tercetusnya peristiwa rompakan paling sukar untuk diselesaikan sekitar tahun 1990-an. Mereka ini digelar 'Geng Mamak, A brotherhood of Bandit'

Sebahagian daripada anggota geng mamak
Mengapakah mereka ini digelar geng mamak, tiada sebab yang eksklusif, yang pasti mereka ini berasal dari keturunan mamak. 


Yang menjadikan mereka ini 'legend' dalam aktiviti jenayah adalah kerana mereka tidak menggunakan sebarang senjata, hanyalah penyamaran semata - mata. 

Ini kerana, penjenayah ini mengetahui jika mereka bersenjata dan membunuh orang, apabila tertangkap mereka tidak akan dapat diikat jamin dan dikenakan hukuman mati. Hasilnya, jonkong emas bernilai 12 juta ringgit berjaya dilarikan dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1994.

Sekumpulan penjenayah ini diketuai oleh lima bersaudara iaitu Sharif, Rozlan, Noor, Amiruddin dan Yusof abu Bakar dan mereka mempunyai anggota sebanyak 14 orang yang dikatakan mempunyai hubungan persaudaraan sesama mereka.


Mastermind atau ketua kumpulan Geng Mamak yang kesemuanya adalah adik beradik.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi, mengatakan kumpulan penjenayah ini sentiasa mendahului satu langkah ke hadapan dari pihak polis yang memburu mereka. Mereka bijak merancang rompakan tersebut contohnya seperti mengasingkan terlebih dahulu duit hasil rompakan jongkong emas sebagai duit jaminan jika tertangkap.

Jongkong emas tersebut juga dikatakan telah dilebur untuk menyukarkan pihak polis mengesan di mana beradanya hasil rompakan tersebut. Peristiwa tersebut menyebabkan perdana menteri pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad berasa kecewa dan mempersoal kredibiliti pihak berkuasa.


Rompakan dilakukan pada malam hari kemerdekaan.
Dikatakan kejadian itu berlaku pada malam sambutan hari kemerdekaan dan mereka sengaja memilih tarikh tersebut kerana ramai yang mengambil cuti dan aktiviti kawalan keselamatan agak longgar kerana Polis Diraja Malaysia sibuk dengan sambutan hari kemerdekaan pada ketika itu. 

Ramai sedia maklum, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang mempunyai kawalan keselamatan yang amat ketat, dan ini menarik perhatian pasukan penyiasat terbaik pada ketika itu, iaitu Azizan dan Amidon Anan atau dikenali sebagai adik beradik anan untuk meneliti kes ini. 


Adik Beradik Anan.

Ketika di tempat kejadian, polis mendapati 3 pegawai keselamatan terikat dengan kemas dan tidak dicederakan. Mereka mendakwa, penjenayah yang terlibat adalah di kalangan pihak polis itu sendiri! Setelah menerima kecaman dan kritikan dia atas kredibiliti pihak berkuasa, PDRM telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini.Pada mulanya disangkakan sindiket antarabangsa kerana kelicikan dan ketelitian geng mamak ini melakukan jenayah namun ternyata mereka silap. 


CCTV memperlihatkan kelibat geng mamak pada hari kejadian.

Sepandai - pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dengan tertangkapnya Rozlan (salah seorang daripada ketua geng), pihak polis berjaya melumpuhkan aktiviti mereka serta membawa kepada penemuan ahli yang lain sebanyak 20 orang. Kes ini tetap dibawa ke Mahkamah Seksyen Petaling Jaya pada ketika itu walaupun mastermind kumpulan ini iaitu Sharif Abu Bakar masih belum ditemui.

Geng Mamak mengupah salah seorang peguam bela yang handal pada ketika itu iaitu Dato' Kumarendran. Peguam bela geng mamak berjaya meyakinkan hakim bahawa pendakwaan mereka lemah kerana tiada kesan cap jari dan pekerja gudang pada ketika itu tidak dapat mengecam wajah penjenayah yang terlibat.

Namun begitu, akhirnya salah seorang ahli geng mamak bersetuju untuk menceritakan segala aktiviti jenayah dan menjadikannya sebagai saksi utama. Ini menjurus kepada penemuan Mastermind kumpulan tersebut, iaitu Sharif Abu Bakar.

Pada waktu perbicaraan berlangsung, geng mamak berjaya membidas hujah pendakwaraya dan tiba-tiba sahaja saksi utama hilang dan tidak dapat dikesan sehingga hari ini. Mahkamah terpaksa membebaskan kesemua geng mamak ini apabila pihak pendakwa dan polis tidak dapat membawa saksi baru ketika perbicaraan berlangsung.

Setelah hampir 24 tahun,  kes ini masih terbuka dan tiada sesiapa disabitkan bersalah di atas jenayah rompakan emas paling besar yang pernah terjadi di Malaysia. Sebahagian daripada anggota geng mamak masih lagi bebas, dan jongkong emas masih lagi belum ditemui. Dan mereka masih lagi tidak insaf dan terbaru kes 2016 iaitu rompakan microchip bernilai 50 juta ringgit dari Kompleks Kargo Utara Kedua, Pulau Pinang, November yang lalu juga didalangi oleh geng mamak.


4 anggota geng mamak ditembak mati oleh pihak polis ketika kes rompakan Microchip di Pulau Pinang

Kisah ini juga pernah didokumentarikan oleh Crime and Investigation Channel pada tahun 2012. -CARI
10

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 5-12-2018 12:07 PM
time ni kecik lg xsilap masa tu org masih sibuk2 beraya
Quote capiloton 5-12-2018 12:31 PM
Edited by capiloton at 5-12-2018 12:33 PM

aku suka part car chasing antara polis n geng mamak.
dah macam movie fast n furious.
geng mamak pakai kereta sport, polis pun tak dapat kejau.
siap lambai polis dari jauh tu tak boleh blah.
macho giler geng mamak buat kerja. memang pro.  

asal dari humble beginning, adik beradik masa kecik curi kelapa kat kampung.

Quote haryatie 5-12-2018 01:37 PM
geng mamak ni mmg famous betul..org taiping
kenal la jugak family dia org ni, 2 org drpd nya, tp x la knal rapat, gitu2 jerk
boleh tahan la jugak,  coz mamak kulit putih
tp x tahu la yg aku kenal ni terlibat jugak
zman tu aku sekolah lagi

Quote sharlenetexas 5-12-2018 01:48 PM
Tentu ada SB menyelinap masuk dlm geng ni.
Quote puccafan 5-12-2018 07:03 PM
Wowww... Malaysia Boleh
Harini baru tau kes ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050903 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top