CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kellie Castle: Masih 'Panas' Ke?

4-12-2018 10:54 AM| Diterbitkan: sakurabanira| Dilihat: 7213| Komen: 25|Original author: Oleh: Sakura Banira

Disinonimkan sebagai Taj Mahal Malaysia, Kellie Castle dilaporkan telah menjadi lokasi penggambaran filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof. 

Meskipun sering dikaitkan dengan kejadian mistik, pembinaan istana lama ini juga unik kerana dikatakan hanya menggunakan putih telur itik, kapur, pasir, madu dan gula merah. Tiada besi atau paku digunakan!


Pembinaan yang hanya menggunakan campuran putih telur itik, kapur, pasir, madu dan gula merah. 
Kredit: Berita Harian

Pemandangan indah dari atas bumbung tidak dapat menutup misteri yang menyelubungi istana lama ini.


Keseluruhan Kellie Castle. 
Kredit: Google

Menurut penyelia operasi Kellie Castle, ada kelibat seorang lelaki misteri dipercayai roh William Kellie Smith dilihat berdiri termenung di tepi tingkap setelah pengunjung selesai sesinya merakam kelawar pada waktu malam!

Menurut laporan Berita Harian, lokasi 'panas' yang dikatakan mistik adalah bilik Helen, bilik linen, ruang simpanan arak dan laluan serambi. Manakala, kebiasaan 'waktu puncak' gangguan adalah di antara jam 5:30 petang hingga 7:30 malam dan 2 pagi hingga 3 pagi.

Penulis sempat mengutip beberapa peristiwa aneh dialami masyarakat berkenaan Kellie Castle, namun penulis belum sempat memastikan kesahihannya. Antaranya adalah:

Di bilik Helen, ada kedengaran suara kanak-kanak perempuan menangis menjelang waktu petang, namun setelah dipastikan tiada orang di dalam bilik berkenaan. Ada juga yang terlihat kelibat kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 6 tahun, berbangsa Eropah dan berambut keriting berkeliaran di dalam bilik itu.


Bilik Helen. 
Kredit: Google

Di dalam bilik linen, masih didiami roh Mr Gopal iaitu tukang cuci dari India yang bekerja untuk Tuan Smith. Loghat percakapannya berbunyi Inggeris India yang pekat dan katanya dia bersama dengan isterinya. Ini telah disahkan oleh sekumpulan pengamal perubatan Islam yang berkunjung ke lokasi panas itu.

Lebih menyeramkan, ada penampakan kelibat pengawal tanpa kaki yang tidak mengizinkan pengunjung masuk ke dalam Kellie Castle menjelang waktu petang dan kejadian tingkap tertutup dengan sendiri seakan-akan ditiup angin kuat, namun setelah dipastikan tiada angin yang bertiup.

Sementara itu, seorang pengawal bertugas mendakwa pernah melihat hantu langsuir berhampiran pokok-pokok besar ketika mengawal kawasan istana lama itu.

Jika diperhatikan pada pokok batai ini, kelihatan seolah-olah ada kelibat seakan-akan beruang pada batang pokok itu


Kredit: Google

Memetik laporan Utusan, sekumpulan sami telah mengesahkan 'penjaga' istana lama itu ialah seorang lelaki yang bersolat di bilik tingkat paling atas. Ia turut diakui seorang kanak-kanak yang dapat melihat makhluk halus. 

Tempat 'lama' memang ada penjaganya! Kita dinasihatkan supaya menjaga tatasusila walau di mana jua kita berada. - CARI
 
8

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 4-12-2018 11:10 AM
kosser nyah jalan2 tgk bilik batu kene bayar tiket.sendu yakmat tapi wat citer hantu.padahal org tu mati bukan kat sini.
Quote kurga 4-12-2018 11:31 AM
buapakperut replied at 4-12-2018 11:10 AM
kosser nyah jalan2 tgk bilik batu kene bayar tiket.sendu yakmat tapi wat citer hantu.padahal org tu  ...

owhh..sekarang masuk ade bayaran ke?
Quote whadda 4-12-2018 12:12 PM
kul 5.30 petang dah start kacau ke.. mujur la aku tak rasa nak singgah lawat walau dah banyak kali lalu.. anak buah aku gi sane benda tu ade ikut balik kacau.. kejap kang nangis kejap kang murung budak tu.. takde la budak pon sebenarnye.. anak dara umur 20an
Quote taji2906 4-12-2018 12:37 PM
ok je kat situ.. cantik binaannya.. cuma tak siap je.. berangan kalau rumah sendiri mcmtu.. cantik dgn besar, ada sungai kat depan.. fuhh
Quote buapakperut 4-12-2018 12:39 PM
kurga replied at 4-12-2018 03:31 AM
owhh..sekarang masuk ade bayaran ke?

5 ringgit je sis tapi tetap mcm tak berbaloi
Quote kurga 4-12-2018 01:13 PM
buapakperut replied at 4-12-2018 12:39 PM
5 ringgit je sis tapi tetap mcm tak berbaloi

yer la.. aku dedulu masuk free dan sekali tu je la.. tp masa dudulu lg power.. benda tu siang pon ade dlm gambar yg kita tangkap.. smpai makcik aku trauma terus gi buang gambar.. kalau x dpt gak tngok bentuk nya..
Quote buapakperut 4-12-2018 01:15 PM
kurga replied at 4-12-2018 05:13 AM
yer la.. aku dedulu masuk free dan sekali tu je la.. tp masa dudulu lg power.. benda tu siang pon  ...

entahle, iols byk juga bergambar .. takdela bnde tu pulak. iols tgh pregnant 5 bulan. saje singgah. dahle mulut iols dgn husband lancang sgt gelakkan cerite tu. ramai gilerla pelancong haritu sunday
Quote CardiGans85 4-12-2018 01:29 PM
Pernah pergi. Biasa2 je
Quote kurga 4-12-2018 02:29 PM
buapakperut replied at 4-12-2018 01:15 PM
entahle, iols byk juga bergambar .. takdela bnde tu pulak. iols tgh pregnant 5 bulan. saje singgah ...

masa dulu pergi pon x pikir benda tu ade... pastu bkn tangkap terus dpt tengok.. kan pakai kodak masa tu.. so, selagi x abis kuantiti dalam filem kodak tu xde la pergi cuci.. jadi benda tu da lama la... lepas da cuci tu.. makcik tanya kat yang lain" ehh... masa kita tangkap gambar ade orang lain masuk sekali" belek punya belek.. kata dorang lain mcm rupanya.. makcik terus koyak gambar..masa tu pon masuk kellies xde la lawo mcm skrg..dengan semak samun.. pastu kotor la sampah sarap.. tahun 1990 x silap...
Quote sakurabanira 4-12-2018 04:21 PM
buapakperut replied at 4-12-2018 11:10 AM
kosser nyah jalan2 tgk bilik batu kene bayar tiket.sendu yakmat tapi wat citer hantu.padahal org tu  ...

betul tu. mengikut fakta, keluarga smith tak mati kat situ pun. tetapi, semasa zaman penjajahan jepun, bangunan tu pernah dijadikan tempat menyeksa dan membunuh penduduk tempatan. wallahu a'lam.

Quote CiliPadiSedap 4-12-2018 04:49 PM
Xblh lawan villa nabila
Quote armin 4-12-2018 05:24 PM
buapakperut: entahle, iols byk juga bergambar .. takdela bnde tu pulak. iols tgh pregnant 5 bulan. saje singgah. dahle mulut iols dgn husband lancang sgt gelakkan  ...

Beraninya chuols masa pregnant pgi tmpat2 mcm ni
Quote sofiazara 4-12-2018 06:14 PM
dah pegi banyak kali sini. maghrib pun penah datang

seram tu memangla seram. produk pelancongan untuk negeri perak. tapi meols takde kena kacau hantu pun
Quote bianglala 4-12-2018 06:17 PM
nak pergi sini, pergilah waktu pagi. nak parking senang.. nak bergambar pun senang. takde ramai orang dalam gambar kita. dan masa naik atas bumbung tu taklah panas sangat.

pukul 9.30am rasanya bukak.
Quote besarkecik 4-12-2018 07:21 PM
Aku pernah pergi sini. Sekali je la. Bukan aku nampak, ada sorang budak tu nampak..  Dia tanya mak dia "kenapa akak tu kaki dekat atas kepala dekat bawah?".
Quote sakurabanira 4-12-2018 09:21 PM
besarkecik replied at 4-12-2018 07:21 PM
Aku pernah pergi sini. Sekali je la. Bukan aku nampak, ada sorang budak tu nampak..  Dia tanya mak d ...

ini seram..
Quote cikkittydiva 4-12-2018 10:17 PM
Takde rasa nak masuk pun.. hubby x bg masuk katanye kite bukan nmpk kalo ada benda tu ngikut.. lalu jela..
Quote haryatie 5-12-2018 08:04 AM
besarkecik replied at 4-12-2018 07:21 PM
Aku pernah pergi sini. Sekali je la. Bukan aku nampak, ada sorang budak tu nampak..  Dia tanya mak d ...

eeeee seram..tp biasa la bukan semua org bleh nmpak benda tu
org yg x pernah nmpak mmg susah nak percaya
tp aku ada sedara prempuan yg mudah nmpak benda2 tu
umo dia pun da 60 tahun x kan la dia nk tipu kita org lagik
tp disebabkan dia da biasa nmpak, dia boleh buat2 bodoh...tak pun dia akn ckp sorang2
kita sama2 makhluk Allah, aku x kcau ko, ko jgn kacau aku
kalau aku ntah la ...pengsan ke apa x tau laa..
atau pun maybe yg dia nmpak x hodoh sgt kut
Quote dekmieDandy 5-12-2018 09:01 AM
haritu tgok dia punya dokumentari kot

ada banyak terowong rahsia keluar dr istana ni, tapi semua dah terkambus

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.070128 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top