CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Name Shaming? Bukan Main Seronok Persenda Nama Abcde, Syarikat Penerbangan Mohon Maaf

4-12-2018 11:56 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7203| Komen: 69|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang ibu dari Texas menghantar aduan kepada Southwest Airlines kerana seorang kakitangan syarikat penerbangan itu telah mempersendakan nama anaknya, ABCDE. 

Wanita itu, Traci Redford berkata dia dan anaknya, Abcde, 5,  sedang menunggu untuk terbang dari California ke Texas apabila seorang kakitangan di pintu masuk mula mempersendakan nama anaknya.

Kredit foto: Global News
‘Kakitangan itu ketawa terbahak-bahak sambil menunjuk ke arah anak saya dan bercakap-cakap dengan kawan sekerjanya, jadi saya menegurnya dan barkata itu nama anak saya, tolong berhenti’ katanya. Anak saya terdengar dan berkata ‘Mak, kenapa dia ketawakan nama saya?’ tambah Traci lagi.

Kredit foto: Twitter
Kakitangan itu juga dikatakan mengambil gambar pas masuk kanak-kanak itu dan memuat naik ke media sosial. 

Traci memberitahu beliau hanya mengetahuinya selepas dihubungi rakannya yang melihat pas masuk viral tersebut, ‘Saya sudah membuat beberapa aduan kepada Southwest tetapi tidak diendahkan,’ kata Traci lagi.

Kredit foto: ABC 7
Memetik sumber Buzzfeed News, jurucakap penerbangan itu Chris Mainz memohon maaf dan berkata, sikap sedemikian tidak mencerminkan syarikat penerbangan itu. 

Beliau juga berkata mereka telah membuat siasatan dan tindakan terhadap kakitangan itu tetapi tidak menguar-uarkannya atas sebab polisi syarikat.

 
Kredit foto: Twitter
Ini bukan kali pertama nama ABCDE menjadi berita. 4 tahun dahulu seorang lagi kanak-kanak Abcde Santos, 7, dihalau pengawal sebuah kompleks membeli-belah kerana anjingnya. 

Menurut laporan Vocativ, sebanyak 328 warga Amerika Syarikat bernama Abcde dan hampir kesemuanya kanak-kanak. Selain Abcde, nama-nama ganjil lain dalam bancian termasuklah Ce-Ce, Sidy, Abby, Xyzzie, Aebi, dan Seedy.

Belum lagi kakitangan tu terbaca nama anak terpanjang di Malaysia, Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian, kalau tak pasti heboh. -CARI
9

Bagus
6

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melava^ 4-12-2018 11:58 AM
adik dia nama fghij

Quote melava^ 4-12-2018 11:58 AM
adik bongsu dia nama klmno
Quote melava^ 4-12-2018 11:59 AM
kakak dia nama mbhjds, ntah apa ntah nama mod sorang tu.

Quote Levespa 4-12-2018 11:59 AM
mak pun satu, kenapa la bagi nama anak mcm tu.. tak pikir ke nanti anak kena buli ke apa
Quote melava^ 4-12-2018 12:01 PM
hah, nama kakak dia mbhcsf

Quote pearl.silver 4-12-2018 12:02 PM
Masa kat matriks dulu ada bdk nama abcdef
Quote Sang_Pencinta 4-12-2018 12:05 PM
pearl.silver replied at 4-12-2018 12:02 PM
Masa kat matriks dulu ada bdk nama abcdef

Malaysian ke? Nak panggil mcm mana?
Quote umbut 4-12-2018 12:23 PM
Mak ko yg salah... saja memalukan ko besar nanti.. nak panggil apa... ab abc abcd..
Quote Nana_Man 4-12-2018 12:45 PM
Nama anak sedara kawan aku "kitty tan".. pasal mak dia tergila kn hello kitty..
Quote pearl.silver 4-12-2018 01:01 PM
Sang_Pencinta replied at 4-12-2018 12:05 PM
Malaysian ke? Nak panggil mcm mana?

Malay..
Dia ada nama lain lg..so panggil nama lg satu tu..kira 2 perkataan la nama dia..
X ingat apa nama org panggil dia tu sbb ingat abcdef je glemer sikit..hehe
Sebut abcdef tu sambung je huruf tu bg ada bunyi
Quote namr 4-12-2018 01:06 PM
Nape acik bodo letak nama anak mcm tu.padan la muka tu
Quote fushimi 4-12-2018 01:12 PM
bertabahlah dik

ni baru kat epot belum kat sekolah lagi mahu ko stress sebab kena ejek
Quote buapakperut 4-12-2018 01:17 PM
kesian anak dia sedih kena gelakkan. mak pak kalau nak bagi nama jamgan la semudah abc123
Quote bangcak 4-12-2018 01:17 PM
melava^ replied at 4-12-2018 11:58 AM
adik bongsu dia nama klmno

sepupu dia nama umngok

[fbv]336738103512853[/fbv]
Quote Sang_Pencinta 4-12-2018 01:39 PM
buapakperut replied at 4-12-2018 01:17 PM
kesian anak dia sedih kena gelakkan. mak pak kalau nak bagi nama jamgan la semudah abc123

Konon uniklah tu

Ujung2 anak kena jd bahan lawak di sekolah
Quote weezerfan 4-12-2018 01:44 PM
Mak dia bahbi sgt nama kau traci nama anak bg abcde.. Siak tol. Patutnya mak dia di saman
Quote buapakperut 4-12-2018 01:44 PM
Sang_Pencinta replied at 4-12-2018 05:39 AM
Konon uniklah tu

Ujung2 anak kena jd bahan lawak di sekolah

harap sheol sedar sheols pun bersalah jugak n cecelat gi tukar nama anak
Quote MissHazel 4-12-2018 04:00 PM
Abby tu nama dikira ganjil jgak ke
Quote akumak 4-12-2018 04:05 PM
Atas dasar apa mak dia letak nama tu? Fofuler? Nak sebut pun susah. Kena panggil alpha je sempena alphabet

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.109936 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top