Artis bukan sahaja membawa watak sebagai penghibur dalam masyarakat tetapi turut menjadi contoh teladan yang baik. Tidak dinafikan, ramai yang menjadikan artis sebagai idola. Jadi, peranan artis cukup besar bagi para peminatnya dan perlu bersifat mendidik supaya peminat tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak elok.
Jika kalian perasan, artis sekarang kebanyakannya tidak begitu menjaga adab dan budaya apatah lagi akhlak. Pakaian yang dipakai adakalanya terlalu terdedah dan kelakuan mereka juga kelihatan seperti sudah rasa hilang malu kerana terlalu mengikut trend masa kini. Bekas pelakon, Zul Yahya telah memuat naik status di akaun Instagramnya dengan menegur sikap dan kelakuan artis yang gemar memuat naik gambar berpakaian seksi dan video cium mulut di media sosial. Ia amat memalukan dan juga membimbangkan kerana mereka sentiasa diperhatikan malah peminat mereka bukan sahaja terdiri dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.
Teguran yang dibuat oleh Zul Yahya itu tidak ditujukan pada mana-mana artis. Ia hanya teguran terbuka kepada semua artis negara ini. Pelakon terkenal Nabila Huda antara artis yang gemar berpakaian seksi Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh Zul Yahya tentang sikap artis-artis negara ini yang dilihat tidak begitu sensitif dengan pandangan netizen tentang pakaian dan kelakuan mereka. Perkara ini sudah lama diperhatikan tetapi ia sukar dibendung kerana masing-masing mementingkan populariti dan ingin menarik perhatian netizen. Artis tak boleh ditegur! Netizen juga pernah menegur dan menasihati tentang perkara ini dengan memberi komen di status media sosial atau melalui mesej peribadi kepada beberapa orang artis tetapi ada yang menerima respon negatif. Malah, mereka turut meneriman kecaman oleh peminat-peminat artis kesayangan mereka. Jadi, tidak hairanlah jika sekarang ramai yang meniru gaya artis kesayangan mereka dari segi berpakaian dan juga kelakuan. Mungkin perkara tidak berakhlak itu sudah dilihat normal dan perlakuan itu dibenarkan dalam masyarakat hari ini. Buat para artis, jagalah akhlak dan jadilah role model yang baik kepada masyarakat. - CARI |
10
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eyansss replied at 29-11-2018 05:56 PM
ni abe zul yang dikatakan selamba je maki bini dan staff depan pelanggan kat kedai makan tu ke? kalo ...
ADVERTISEMENT