Seekor lembu gergasi Australia yang dinamakan Knickers selamat daripada disembelih dan menjadi hidangan kerana saiznya yang terlalu besar.
Lembu yang dipelihara di sebuah ladang di Myalup, bahagian barat Australia itu baru-baru ini ditempah untuk menjadi hidangan sebuah majlis BBQ, tetapi kerana masalah lojistik, lembu dengan ketinggian hampir dua meter dan berat melebihi sebuah kereta ini selamat daripada menjadi menu santapan. "Saiznya terlalu besar dan tidak mampu ditampung peralatan pusat penyembelihan. "Kami mendapat banyak permintaan tetapi Knickers memang bernasib baik kerana rancangan menjualnya tidak menjadi," kata Geoff Pearson, pemilik lembu tersebut kepada stesen televisyen Australian Broadcasting Corporation (ABC). Menurut Pearson, haiwan setinggi 194 sentimeter (sm) dan berat 1400 kilogram itu mempunyai berat hampir dua kali ganda dan ketinggian lebih 50 sm berbanding lembu biasa baka Holstein Friesian yang dipeliharanya. "Bila kami cuba mengalih dan mengangkatnya ke pusat penyembelihan, hampir semua mesin gagal berfungsi. Jadi, saya memutuskan dia akan terus tinggal di ladang ini sepanjang hayatnya," tambah Pearson lagi. Kredit foto: Complex Pearson berkata, lembu gergasi itu akan ditugaskan untuk melatih lembu-lembu lain. "Bila Knickers dimasukkan ke dalam kandang, lembu-lembu lain akan mengerumuninya dan bila ia berjalan, mereka akan mengikutinya ke mana saja. Jadi, kerja-kerja penjagaan akan lebih mudah jika Knickers ada," ujarnya. Nampaknya, lembu gergasi ini selamat daripada disantap kerana saiznya. Kalau tak, memang cukup hidangan kenduri sekampung, kan? - CARI
|
11
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
multinicky replied at 10-12-2018 06:05 PM
tp knickers ni comel klu dikartunkan mst lg comel
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 06:49 PM
Watak kartun bercakap ke??
Alais replied at 10-12-2018 08:26 PM
lembu pun nak hidup
anatomi manusia ialah makan pokok bukan haiwan
multinicky: tp knickers ni comel klu dikartunkan mst lg comel
Alais replied at 10-12-2018 08:26 PM
lembu pun nak hidup
anatomi manusia ialah makan pokok bukan haiwan
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 08:36 PM
Mana tahan jadi vegan sis
CiliPadiSedap replied at 10-12-2018 05:56 PM
Orang putih mereka bunuh lembu guna elektrik sebab bagi mereka haiwan xsakit begitu. Jadi sebelum se ...
ADVERTISEMENT