CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Jenuh Asyik Kecewa Bercinta, Lelaki Ini Siap Keluarkan Kontrak Nak Cari Girlfriend Baru

28-11-2018 11:24 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 8608| Komen: 43|Original author: Oleh: Myeonir


Memang penat agaknya asyik kecundang dalam percintaan sampaikan seorang lelaki ini sanggup membuat kontrak bagi wanita yang ingin berkenalan dengannya.

Kredit foto: Twitter
Tular menerusi Twitter, pun begitu lelaki ini telah pun memadam posting itu. Menurut mStar, kontrak 'Perjanjian Dua Hati' ini mempunyai 40 syarat secara keseluruhannya tapi ini antara beberapa syarat yang telah didedahkan:


1. Kedua-dua pihak perlulah setia dan kommit dalam tempoh perkenalan. Tidak boleh ada orang ketiga.

2. Jika ada yang tidak disukai pada pasangan sila berterus terang untuk perbincangan. Perkara ini merujuk kepada segala aspek habit, tingkah laku, cara layanan dan pandangan luaran.

3. Dalam urusan temu janji, segala hak modal adalah sama rata. Dan kedua pihak perlulah mengeluarkan secara saksama. Duit makan, minyak, tol dan segala hal yang membabitkan wang. (Perbincangan perlulah dilakukan jika salah seorang kekurangan wang.

4. Bagi menghormati proses perkenalan, dilarang untuk anda berkenalan dengan orang lain melainkan hanya sekadar berkawan dan bukan tujuan masa depan. Jika telah berlaku sila rujuk dan berbincang. Jika tiada persetujuan maka perlulah proses penyisihan.

5. Bentak, menengking, memukul sehingga berlaku kecederaan adalah kesalahan besar. Dan anda akan dikeluarkan dari kontrak ini serta merta. Jika itu adalah di luar kemampuan emosi anda sila jelaskan pada surat rayuan pada halaman belakang kontrak ini. Dalam pada proses rayuan, hukuman tetap dijalankan. Anda tidak boleh menghubungi pasangan dalam tempoh 3 hari.

6. Dinasihatkan jangan berharap dan meletakkan segala perasaan yang tinggi. Biar bersederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga. Segala kemungkinan boleh berlaku dan untuk kebaikan anda tidak terluka sakit.

Kredit foto: Twitter
Kerana sering putus cinta, dia mengatakan ingin menggunakan cara baru dalam mencari cinta. Ramai yang mengecam lelaki ini kerana dikatakan ingin meniru drama Melayu dalam yang ditayangkan dalm televisyen.

Walaupun nampak mengarut, rupanya ramai yang telah direct message lelaki tersebut bagi mencuba nasib. Namun begitu hanya tiga orang yang betul-betul berminat nak jadi kekasihnya.

Tapi sayangnya ketiga-tiga wanita ini angkat kaki selepas membaca dua syarat dalam kontrak tersebut. Yang pertama hanya boleh mengucapkan kata-kata rindu atau cinta sebulan sekali. Selain mereka tidak bersetuju dengan syarat 'tidak boleh bersentuhan'.

Lelaki ini menambah bahawa cara ini bukanlah untuk mencari publisiti murahan tapi hanyalah ingin lebih berhati-hati dalam menjalin perhubungan.

Rata-rata netizen sebenarnya tepuk dahi apabila membaca syarat-syarat yang dikemukakan oleh kontrak itu.

Kredit foto: Twitter
Ada yang sanggup tak ikut 40 syarat ini? -CARI
11

Bagus
16

Marah
24

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 28-11-2018 11:32 AM
Haha contract tu mcm lebih pd dia jememang single la kau xde sapa nak. Dah la kedekut kena bayar asing2
Quote Artemesiaa 28-11-2018 11:59 AM
Patut ler selalu dikecewakan
Quote Sazida 28-11-2018 12:04 PM
Kalau lepas semua tu kahwen ke tak?
Quote Ferr_Remy 28-11-2018 12:08 PM
Muka pun sedeyh. Nak letak syarat konon.{:thief
Quote msel 28-11-2018 12:10 PM
Edited by msel at 28-11-2018 12:13 PM

Kalau dah selalu dikecewakan, kau lah kot yang problem. takde kontrak pun cinta tak lekat, apetah lagi berkontrak bagai.

Quote hibernation 28-11-2018 12:18 PM
Saje nak cari perhatian mamat ni
Quote prettyuglybabe 28-11-2018 12:19 PM
apa 40 syarat dia tu?
Quote Cyempaka 28-11-2018 12:36 PM
bajet hero novel le tuwww..... mesti berangan nak gf kontrak berwajah ala heroin novel
lapar likes hadap viral budak2 sekarang ni.
Quote matchstick 28-11-2018 12:36 PM
ko pikir ko patah amin??
Quote MizzNaza 28-11-2018 12:41 PM
Ok la buleh buat drama cinta 40 syarat heheheh
Quote Zaien 28-11-2018 12:42 PM
anak raja sultan ka siap kontrak2 plak ko???
whoo r yussssssss?!!

Quote slipar_jepon 28-11-2018 01:27 PM
Bajet2 la. Semoga ketemu jodoh
Quote ms.mango 28-11-2018 02:07 PM
kalo dah selalu sangat putus cinta elok cermin balik kekurangan diri tu dari buat kontrak atau benda yg bukan2
Quote paz 28-11-2018 02:16 PM
Ada juga yang macam ni.
Quote zuuu 28-11-2018 02:21 PM
Peminat novel cinta atau drama akasia pukul 7 malam d tv3 ke budak ni???
Quote chicozinn 28-11-2018 02:47 PM
geli nye la mamat ni..ko hengat skali bercinta trus cinta mati ke weyh??tu sume takdir tau..xpenah dgar ke org ckap percintaan ni perjudian hidup?
Quote disneyrecess 28-11-2018 02:51 PM
Patut la kena tinggal..  laki bodo rupanya, ko bebal much ya dik smpai kena kontrak bagai?
Quote miszclassique 28-11-2018 02:54 PM
Seriously syarat tak boleh bersentuhan? Kalau nak acah2 alim kat sini terus bawak kahwin je.Takut ko yang jadi setan je nanti sendiri tak tahan. Kalau letak syarat jumpa family terus set tarikh nikah takpe jugak.
Quote azwanaliori 28-11-2018 03:37 PM
Berangannyeeeeeeeee

Klu ade pun pmpuan yg boleh ikut kontrak tu kompem relationships ko bosan gile sbb byk sgt rules.  Relationship ni unpredictable mana ada yg sempurna serba serbi

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.141696 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top