CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dahlah Guna Gambar Orang Tanpa Izin, Kalau Nak Suruh Delete Kena Bayar Pula!

28-11-2018 01:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4676| Komen: 12|Original author: Oleh: Azza



Media sosial digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna internet sekaligus berkongsi info bagi menambah ilmu pengetahuan. Namun, disebalik itu ada sahaja yang menyalahgunakannya ke arah kepentingan diri sendiri sepertimana yang didedahkan oleh netizen ini di Twitter.

Dua akaun Twitter ini telah menggunakan gambar-gambar individu lelaki dan perempuan tanpa izin di laman akaunnya. Tidak hanya itu, mereka juga mencipta identiti yang tidak benar terhadap gambar tersebut seperti meletakkan tempat lahir yang salah dan sebagainya.

Hal ini menyebabkan netizen yang gambarnya disalahgunakan berasa teraniayai. Lebih menyedihkan apabila meminta akaun tersebut memadam gambar itu, mereka pula diugut dengan bayaran tunai pula. Sudahlah teraniayai, dibuli lagi membuatkan ramai yang mahu kedua-dua akaun tersebut diambil tindakan tegas. 



Kredit foto: Twitter

Dua akaun tersebut yang menggunakan nama @malaygirlcrush dan @malayboycrush dipercayai dikendalikan oleh orang yang sama kerana beberapa persamaan antara kedua-dua akaun tersebut. Banyak gambar remaja yang berusia belasan tahun hingga umur 20an menjadi mangsa yang gambarnya dicuri dan dijadikan bahan untuk akaun mereka.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

"Apa celakanya curi gambar orang lepas tu nak delete kena bayar. Bodoh betul!"

Ramai yang meminta pemilik akaun Twitter tersebut memadam gambar-gambar mangsa kerana ia tidak mendapat keizinan pemiliknya. Ada diantara mereka sebenarnya hanya berkongsi di laman sosial media secara tertutup, tetapi boleh pula tersebar kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih menakutkan, akaun ini juga berkemungkinan besar menjadi sarang penjenayah pedofilia mencari mangsa mereka.




Kredit foto: Twitter
"Tak tau kenapa akaun ini wujud, nak promosi atau tambah follower?"

Sudahlah tidak mendapat kebenaran daripada pemilik gambar tersebut, mereka yang berada disebalik tabir akaun ini juga sengaja mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain. Oleh sebab itu, Injang menyeru pengikutnya supaya membuat laporan terhadap kedua-dua akaun tersebut yang telah menyalahi peraturan Twitter itu sendiri.


Kredit foto: Twitter
Setelah didesak, ini jawapan akaun tersebut mengapa dia meletakkan gambarnya




Sajat turut dijadikan calon lelaki di @malayboycrush

Bagaimanapun, ada juga makhluk yang seolah-olah menyokong perbuatan dua akaun tidak bermoral ini dengan andaian itu adalah salah pemilik gambar meletakkan gambarnya di media sosial, jadi tidak salah untuk menggunakannya kembali. Namun ulasan tersebut dibidas kembali oleh netizen lain yang memberi jawapan padu.


Setakat artikel ini ditulis, nampaknya akaun @malaygirlcrush sudah tidak lagi dijumpai (kemungkinan besar telah dipadamkan oleh Twitter) kerana ramai yang telah membuat aduan. Manakala akaun @malayboycrush pula masih beroperasi seperti biasa. Ternyata apa sahaja gambar yang dimuatnaik di media sosial sudah tidak selamat lagi kerana ia boleh disalahguna oleh pihak tertentu. - CARI 
25

Bagus
19

Marah
20

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 28-11-2018 02:29 PM
Yg malaygirlcrush tu mcm surirumah takdak laif jah..
Quote buapakperut 28-11-2018 03:04 PM
petasaan apa yang nk post2 gambar budak berkerak , bamjat segala. tapaham iols, dengat injang anep tu sape pulak.
Quote miemiecha 28-11-2018 03:09 PM
kesian nya life dia..
tapi x eloklh wat gtu..
privacy org satu hal..
nk kne byaran satu hal
Quote meow_tompok 28-11-2018 03:28 PM
bini sape ni weh... rampas hp dia please... kasik al-quran suruh baca... dah jadik mak org pun buat benda takde faedah... serious this one type yg kita panggil .... brainless
Quote bellaa 28-11-2018 04:15 PM
bayar topup tune talk 10 hinggit? seriusly????? mcm geng2 wicet beetalk ja
Quote Andyscenes 28-11-2018 04:31 PM
Hahahahha... pecah perut
Quote Idgaf 28-11-2018 06:44 PM
Housewife xde keje ke?
Pergila belajar menjahit ke baking ke.

Ada la jugak pekdah
Quote Makcik_bawang 28-11-2018 08:17 PM
Tu macam simptom surirumah yang mental. Hari2 hadap cuci bontot anak, kemas rumah, masak, kangkang kat suami. Lepastu mental
Quote kroit92 28-11-2018 08:25 PM
psiko punye manusia.. kepuasan diri sendiri konon, lepas tu play victim..

gila
Quote smeetasmitten 29-11-2018 07:28 AM
Surirumah tak abis sekolah bbnu umur 18 anak 4 kot
Quote niena90 29-11-2018 10:05 AM
Sedihnya life ko bersandarkan notifications social media semata2. Kesian laki n anak ko hidup dgn pompuan sedihhh mcm ko ni!
Quote zarulnazmi 29-11-2018 11:16 AM
malaygirlcrush dah tukar nama jadi worldgirlcrush

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044817 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top