TEJ BAHADUR VERMA membawa Sushma Verma pulang dari pusat pengajiannya di Lucknow, India semalam.
LUCKNOW - Seorang budak perempuan memecahkan benteng norma pendidikan di India apabila dia memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana pada usia 13 tahun. Budak perempuan berkenaan, Sushma Verma mengambil jurusan mikrobiologi. Sushma berkata, dia menamatkan pengajian sekolah menengah pada usia tujuh tahun dan memperoleh ijazah sarjana muda ketika berumur 13 tahun.
"Kejayaan tersebut adalah hasil titik peluh dan pengorbanan ibu bapa saya," katanya. Ibu bapa Sushma tidak berpelajaran tinggi. Mereka tinggal bersama tiga adik Suhsma di sebuah bilik kecil di ibu negeri Uttar Pradesh di sini. Bapa kanak-kanak pintar itu, Tej Bahadur Verma, 50, bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan 200 rupee (RM10) sehari. Lelaki tersebut menjual tanah miliknya seluas 930 meter persegi untuk membayar yuran pengajian Sushma. Baki pembiayaan pengajian tersebut diperoleh daripada derma orang ramai.
|
keraskhejong posted on 17-9-2013 07:10 AM
wah...dia ingat pesan ustaz kazim
ini x, dpt 5a tpon boipren, bukanye mak dulu
keraskhejong posted on 17-9-2013 07:10 AM
wah...dia ingat pesan ustaz kazim
ini x, dpt 5a tpon boipren, bukanye mak dulu
MissNigga posted on 17-9-2013 06:52 AM
mujur dok India.... kalo dak ni dok malaysia... tau ler end result dia nanti cam ner
tongkatwaran75 posted on 17-9-2013 09:04 AM
dapt result terus tipon bf...
" wak..wak...teka brape ? "
tak bole blah lawak ust kazim {:1_563: ...
ADVERTISEMENT