Seorang netizen mendakwa ibunya telah terkena ilmu hitam oleh jurujual perempuan barangan kosmetik di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur. Kejadian itu berlaku setelah ibunya dipaksa mencuba krim di kulitnya hingga mengakibatkan ibunya terpaksa membayar hingga RM3,000 semata-mata terhadap produk yang langsung tidak berguna kepadanya. Statusnya mendapat perhatian ramai lalu memberi pelbagai
pendapat. Ada yang menyatakan ianya bukan ilmu hitam tetapi lebih kepada
ilmu pemujukan hingga mangsa terpedaya lalu menyerahkan wangnya
walaupun tidak memakai produk tersebut.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju apabila ramai yang mempermainkan perkataan pukau seolah-olah ianya tidak wujud. Tidak hanya mangsa tersebut terkena, ada juga netizen yang membuat pengakuan bahawa dia pernah menjadi mangsa produk kosmetik yang sama. Modus operandi mereka sama iaitu memujuk pelanggan yang berpotensi untuk membeli barangan mereka. Bagi Bebbely, dia bukannya terkena ilmu hitam tetapi cara penjual tersebut memperdagangkan produknya ada unsur 'pemaksaan'. Jadi siapa yang ada duit banyak ketika itu mungkin terperangkap dengan kata manis jurujual. Dan ianya berlaku terhadap dirinya sendiri. Rentetan pengakuan tersebut, ramai yang bersimpati kepada Bebelley kerana kerugian wang hampir seribu ringgit. Jumlah tersebut akan lebih bermakna dan bernilai jika membeli barangan yang tepat. Lebih memedihkan apabila ada yang menyatakan mereka turut ditawarkan produk yang sama tetapi dengan harga lebih murah. Cerita pukau ini juga 'trending' di Twitter dan ramai yang membuat jenaka terhadapnya. |
27
Bagus |
24
Marah |
29
Terkejut |
20
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz: Jin kedai eco depa xrasa lagi
cahaya_almas replied at 27-11-2018 06:29 PM
Sape tau nama kedai kosmetik nie...cuba share sket...or bg klu ke...i tk tau kedai apa...i g sopim s ...
babydoll replied at 27-11-2018 07:01 PM
brand Origani. katanya moisturizer je dah RM800. tapi result hampehh...
cahaya_almas replied at 27-11-2018 07:08 PM
Oo..tq sis...i tk pernah lak dgr brand nie...
cahaya_almas replied at 27-11-2018 06:29 PM
Sape tau nama kedai kosmetik nie...cuba share sket...or bg klu ke...i tk tau kedai apa...i g sopim s ...
Cari-Azza replied at 27-11-2018 07:53 PM
Kosmetik Origani di IOI Puchong Mall
ADVERTISEMENT