CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Pengasuh Zara Berdepan Hukuman Gantung Mandatori

23-11-2018 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11600| Komen: 83

Suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Zara yang maut didera fizikal dan seksual berdepan hukuman gantung mandatori, lapor Berita Harian.

Hazmi Majid, 36, yang juga tukang gunting rambut mengangguk faham sebaik pertuduhan membunuh terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah di Mahkamah Majistret Kajang hari ini.



Foto: NSTP

Mengikut pertuduhan, Hazmi didakwa menyebabkan kematian bayi perempuan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka di Bandar Baru Bangi antara jam 10.30 pagi dan 1.30 petang pada 7 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.


Tarikh sebutan kes ditetapkan 17 Januari ini bagi menunggu laporan perubatan mangsa.

NSTP sebelum ini melaporkan Zara dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuhnya selepas pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa.


Foto: Utusan Online

Mangsa meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang pada 9 November lalu. - CARI
14

Bagus
18

Marah
22

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 23-11-2018 03:33 PM
Muka pun nampak tak boleh dipercayai...nasib ko la. Masa buat, tak fikir pasal budak tu. Layan sangat dengan nafsu serakah macam syaiton tu. Semoga nyawa diganti nyawa
Quote K_Lily 23-11-2018 03:35 PM
Lolalala replied at 23-11-2018 03:33 PM
Muka pun nampak tak boleh dipercayai...nasib ko la. Masa buat, tak fikir pasal budak tu. Layan sanga ...

setuju... muka pun memang sangat tak boleh dipercayai untuk tingalkan anak dengan dia ni..
Quote precious_chicas 23-11-2018 03:39 PM
arghhh...rasa mcm nak cakar je muka tu
Quote meklalala 23-11-2018 03:42 PM
oh inilah orangnya..semoga dijatuhkan hukuman gantung! kejam
Quote nishikido 23-11-2018 03:45 PM
Memang hukuman mati lah yg selayaknya..nyawa diganti nyawa.sudahlah baby tu ko dera,ko rogol kan..ni pon dah cukup bagus hakim announce awal2 ko bakal mati.masa ko buat anak orang tu ada ko bagi masa..ko rentap je nyawa si kecil tu sampai pecah kepala dia..dasar iblis keparat.binatang pon x sekejam ko lah setan
Quote RED 666 23-11-2018 03:48 PM
Jgn tiba2 je jadi balik mansuh hukuman mati sudah, buang duit rakyat je makan tanggung berak cangkung bewok jelmaan setan ni
Quote gujiwa 23-11-2018 03:49 PM
selayaknya jika kau bersalah..
Quote kikuri 23-11-2018 03:51 PM
rasa nak lututkan aje muka mamat nih...
Quote sepiITUindah 23-11-2018 03:54 PM
aduhh capang ni...elok lastik ngan batu crusher run reramai
Quote Zaien 23-11-2018 03:55 PM
hukuman mati sepatutnyA...

moga ko kedalam kena sondol la ngn bnduan lain!
Quote babyhubby85 23-11-2018 03:55 PM
korang toron je dia biar dia tau kesakitan yg dialami zara tu lagi worse. evil!!!pure evil
Quote jazaa100 23-11-2018 03:57 PM
K_Lily replied at 23-11-2018 03:35 PM
setuju... muka pun memang sangat tak boleh dipercayai untuk tingalkan anak dengan dia ni..

Akk pun klu tgok org muka mcm ni, akk benci....
Sbb byk dah jumpa muka mcm ni tapi gatal & jahat nk mati....

Muka x de aura....
Quote namr 23-11-2018 03:59 PM
Elok la mampus..cepat sikit gantung tak payah membazir oksigen
Quote anarina 23-11-2018 04:17 PM
Sedap nama Ulfa
Quote saviour_09 23-11-2018 04:26 PM
aku la kalo dapat sebijik dua terajang atas muka babi ni
nak nyeeee laaa!

sial sungguh budak2 besar tu pun kena!
Quote riyadhK 23-11-2018 04:26 PM
Mendadih jugak ke?
Quote dua_chzy 23-11-2018 04:38 PM
Edited by dua_chzy at 23-11-2018 04:40 PM
precious_chicas replied at 23-11-2018 03:39 PM
arghhh...rasa mcm nak cakar je muka tu


Cakar? Akak nak salai heols hidup2 sampai kulit cair pastu simen hidop2 then buang di laut.
Quote dua_chzy 23-11-2018 04:40 PM
riyadhK replied at 23-11-2018 04:26 PM
Mendadih jugak ke?

Yeap. Positif syabu. Google berita awal2 tu.

So now, mana bini dan pembekap sedara mara rekan2 sekutu heols? Dah tak menyalak di FB kunon Zara tu cedera seblom dihantar ke rumah pengasuh ke?
Quote CrowneGlory 23-11-2018 04:48 PM
mata liar ..muka kompom muka mat dadah...pun ada org nk htr anak..lg2 lepas anak lebam2...pun tetap htr jugak...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.282642 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top