Kejam dan zalim! Seorang lelaki mematahkan kaki sekurang-kurangnya sembilan budak perempuan sebelum merogol dan membunuh mereka. Dipercayai, kesemua mangsanya di bawah umur termasuk kanak-kanak berusia empat dan enam tahun.
Memetik METRO, lelaki dikenali sebagai Sunil, 20, mengaku bersalah melakukan jenayah kejam itu selepas ditahan pada Rabu berkaitan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Gurugram, India. Times of India melaporkan, Sunil ditahan di kampung Magarpur, Uttar Pradesh, 514 kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui. Difahamkan, mayat kanak-kanak berusia tiga tahun itu ditemui pada 12 November, sehari selepas dia dilaporkan hilang.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat keretakan pada tengkorak dan pendarahan dalaman. Sementara itu, jurucakap polis Sumit Kuhar berkata, pihaknya terkejut dengan pengakuan Sunil yang telah merogol dan membunuh tiga remaja perempuan di Gurugaram, empat di Delhi, manakala dua lagi di Jhansi dan Gwalior sepanjang dua tahun ini. Katanya, Sunil mengaku mengumpan mangsa dengan gula-gula dan coklat sebelum membawa mereka ke kawasan terbiar untuk melampiaskan nafsu dan meninggalkan mayat mangsa di situ. Suspek dikatakan menyasarkan kanak-kanak yang sedang bersendirian dan mencari makanan percuma ketika perayaan. "Dia memilih mereka kerana mangsa bersendirian dan jauh dari keluarga," katanya. Menurut laporan, suspek dikatakan mematahkan kaki kesemua mangsa menggunakan batu kerana ia membangkitkan nafsu berahinya. - CARI
|
25
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
22
Sedih |
21
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
slavehunter replied at 23-11-2018 04:48 AM
Kita hantar nuclear ke India la senang. Kasi pupus mereka. Ada dalam dunia ni pun tarak guna.
ADVERTISEMENT