CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganggu Janda Anak Satu, Patung Beruang Merah Jambu Berhantu Dibakar

23-11-2018 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7568| Komen: 38|Original author: Oleh: Myra Rozi

Media sosial digemparkan dengan video yang menyaksikan anak patung beruang berwarna merah jambu dibakar kerana dikatakan menggangu pemiliknya.

Persis filem Anabelle yang berhantu, ustaz Din merupakan individu yang memuat naiknya di Facebook.


Foto: FB Ustaz Din
“Rawatan semalam. Bila pesakit dirukyah (bacaan ayat al-Quran untuk memohon bantuan perlindungan)... anak patung terpaksa dibakar kerana terdapat gangguan... sapuan minyak pada patung tersebut yang menyebabkan pesakit akan sakit berterusan selagi tak dibuang atau dibakar. Allahu Rabbi (Ya Allah Ya Tuhanku)," tulisnya.

Menurut Ustaz Din yang merupakan pengamal perubatan Islam itu, ia adalah rawatan yang dilakukannya terhadap seorang pesakit wanita berusia 20an berstatus janda anak satu  dari Pantai Timur.


Foto: FB Ustaz Din
“Kami diberitahu yang pesakit telah terkena gangguan misteri sejak kira-kira empat bulan lalu, menyebabkan dia sakit-sakit badan, sakit kepala dan asyik termenung.

“Jadi, kami pun melakukan ‘rukyah’ bagi mengenal pasti sama ada dia terkena gangguan atau tidak. Ya, dia terkena sihir, alami gangguan jin, dan puncanya daripada sebuah anak patung,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya patung beruang tersebut merupakan hadiah hari jadi dari bekas kekasihnya.

Dakwanya, anak patung tersebut telah disapu minyak pengasih.

Foto: FB Ustaz Din
“Saya melakukan rawatan antaranya ‘berdialog dengan jin’ yang menemukan kami dengan punca sebenar pesakit ini mendapat gangguan.

“Minyak pengasih itu disapu pada bahagian tangan anak patung beruang. Sebab itu, pesakit asyik termenung dan teringatkan bekas kekasih."

“Tapi sepanjang anak patung itu ada di rumahnya, dia diganggu macam-macam. Tapi pesakit tak tahu ‘benda’ tu menumpang pada anak patung."

“Jadi, dengan bantuan Allah SWT, kami berusaha membantu merawat pesakit ini. Menerusi sesi rawatan kedua, kami melakukan ruqyah di samping membakar anak patung itu yang menjadi ‘rumahnya’ selama ini.

Foto: FB Ustaz Din
“Alhamdulillah, pesakit itu dapat disembuhkan, tiada lagi gangguan. Dia telah melakukan rawatan susulan selepas itu."

Ustaz Din juga memberi pesanan, “Semakin akhir zaman, sihir semakin berleluasa dalam pelbagai cara, ada minyak dagulah, nasi kangkanglah. Jadi, sentiasa dekatkan diri dengan Allah SWT, bersolat dan berdoa kepadaNya. 

“Amalkan juga bacaan Al-Fatihah, tiga ayat Qul bagi mendapatkan perlindungan. InsyaAllah akan dilindungi daripada segala gangguan."-CARI
25

Bagus
28

Marah
27

Terkejut
24

Sedih
34

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 23-11-2018 12:21 PM
Omg scaryy. Patung besar ni, dah mcm manusia i tengok..
Quote meklalala 23-11-2018 12:26 PM
macam macam la perangai..besar patung tu, rimas tengok
Quote sarahmirza 23-11-2018 12:27 PM
I pernah naik flight pompuan pinoy bawa patung besar gini..
Mcm mana ntah boleh lepas masuk.
Quote tri-max 23-11-2018 12:35 PM
klu ada brg pemberian Ex bukan ke patut di campak buang
simpan nak buat aniaya diri sendiri
so annabelle

Quote jalfa 23-11-2018 12:38 PM
Bagilah peluang.mak jan pon nak peluk peluk jgk time tido...somi x da... adalah ptung jd bntal peluk
Quote myakayina 23-11-2018 12:43 PM
Edited by myakayina at 23-11-2018 12:44 PM

mungkin nak dibuang tapi sbbkan ada 'minyak pengasih' tu ..tak jadi lah kot..makin teringat kat si ex tu adalah sampai kena gangguan.. selayaknya la dibakar..

dulu adik aku pun ada patung besar gedabak mcm tu hadiah dari ex dia..masa tu tengah syg cintan cintun la dgn adik aku.. ada sekali tu adik aku pegi sandarkan patung tu dekat dinding kat ruang tamu..mak aku bangun nak pegi toilet punyalah menjerit terkejut nampak dlm samar gelap tu..satu rumah bangun ingatkan kenapa..  last2 patung tu kena buang sbb dah koyak terkeluar isinya..aku suka baring atas patung tu dulu buat jadi bantal time tengok tv..
Quote cmf_premierleag 23-11-2018 01:03 PM
gediknya nk berbear bagai
kesian teddy bear kene bakar
teringat dulu ada citer tred rumah sewa berhantu kat seremban 2, si pembuka tred cite mmg tok bomoh angkut bear besar kuar dr rumah tu...ada kt bod MPS
Quote sukacactus 23-11-2018 01:12 PM
Masa awal2 kwn dgn suami aku dl2 ni, dia kasi aku teddy bear, tp xde la besar camni.
Aku siap ckp xpayah kasi benda2 camni lg....kurang gemar aku
Sebab aku bkn jenis girly2
Quote minguk 23-11-2018 02:25 PM
bestnya bear besar.. buat tido.
Quote noor2 23-11-2018 02:27 PM
Teringat siccin. ...
Quote slavehunter 23-11-2018 02:30 PM
Aku dari kecik bapak aku dah larang simpan patung kat rumah or gambar2 ada patung. Masa tu rasa memberontak sangat sebab kawan lain ada teddy bear aku takde.
Quote DollahRepek 23-11-2018 02:44 PM
Zaman sekarang nie makin ramai org guna ilmu sihir nie utk balas dendam @ dapat apa yg diinginkan. Tapi bila dalam socmed asyik post hadis2 konon2 bagi org nampak dia tu beriman.
Quote Simunggu 23-11-2018 03:21 PM
rubbish..nonsense...
Quote aijinmisaki 23-11-2018 03:30 PM
Karot komedia
Quote Zaien 23-11-2018 03:58 PM
terus femesssss tok QiQi tu....
Quote Siti_Mustaqim 23-11-2018 04:01 PM
Janda BBNU ke. ? tak kuasa.
Quote sharlenetexas 23-11-2018 04:01 PM
sukacactus replied at 23-11-2018 01:12 PM
Masa awal2 kwn dgn suami aku dl2 ni, dia kasi aku teddy bear, tp xde la besar camni.
Aku siap ckp x ...

Uols tentu suka hadiah kaktus gergasi kan?
Quote ninjago 23-11-2018 05:23 PM
kreatif ya..sapu minyak pengasih kt teddy bear pulak skrg nie
Quote wanzhm93 23-11-2018 06:08 PM

woooww.... Macam mana la ya kahwin guna minyak pengasih ni ya...

Apa terjadi lepas kahwin nanti...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060710 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top