CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengalaman Melancong Ke Amerika Syarikat, Banyak Kejutan Yang Tak Disangka..

3-12-2018 05:38 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 18189| Komen: 50|Original author: Oleh: Ferr Remy

Menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat pastinya menjadi impian ramai orang terutamanya kepada mereka yang suka melancong. Pengalaman penulis yang pernah menjejakkan kaki sebanyak dua kali ke negara Uncle Sam itu, sama ada secara solo dan berkumpulan, telah membuahkan kenangan yang sangat manis kepada diri ini. 

Berikut merupakan di antara pengalaman dan tips-tips dari penulis untuk mereka yang ingin melancong ke negara kuasa besar itu.


"Visa"


(Foto: Koleksi Peribadi)

Untuk memiliki visa ke negara tersebut, tidaklah semudah yang anda sangkakan. Apatah lagi sekarang di mana Amerika Syarikat berada di bawah pemerintahan Donald Trump. Mengenakan caj sebanyak USD160, sekiranya gagal, duit anda akan lesap begitu sahaja, Tetapi itu bukanlah alasan untuk anda mengkuburkan impian untuk ke sana. Penulis amat bernasib baik apabila "lulus" untuk memiliki visa ke sana setelah ditemu duga oleh pegawai di kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di Jalan Tun Razak, Amerika Syarikat. Sedikit tips untuk mereka yang bakal atau mahu untuk memiliki visa ke sana, tenang sahaja dan buatlah yang terbaik apabila berhadapan dengan pegawai yang bertugas!



"Imigresen"


(Foto: Koleksi Peribadi)

Penulis masih teringat peristiwa "lucu" sewaktu penulis berada di San Francisco International Airport. Pegawai imigresen yang bertugas ketika itu bertanyakan apakah itu "bin" yang terdapat pada nama di dalam pasport penulis. Penulis secara spontan menjawab "I'm a Muslim". Jawapan yang sangat berani mati. Apatah lagi pegawai tersebut tidak bertanyakan soal agama ketika itu. Sebaik sahaja perkataan tersebut keluar dari mulut penulis, pegawai itu lantas menyuruh penulis untuk ke tepi dan melakukan pemeriksaan lanjut sehingga menyuruh penulis menanggalkan baju dan memeriksa segala-galanya. Tetapi tidaklah pula mereka berkasar, masih mesra, cuma mereka menjelaskan itu adalah prosedur semata-mata. Tidak dapat penulis pastikan sama ada jawapan itu adalah penyebab kepada kejadian tersebut tetapi, fikirlah ayat yang sebaik mungkin untuk menjawab soalan tersebut sekiranya anda ke sana! 


"Sangat Mesra"

Foto Rafael Remy.

(Foto: Koleksi Peribadi)

Anda tidak perlu gusar atau bimbang sekiranya anda menjejakkan kaki ke sana. Rakyat Amerika Syarikat terutamanya di kota-kota besar seperti Las Vegas dan San Francisco, amat peramah dan sangat mesra. Ketika penulis melancong seorang diri ke sana, membawa diri ke mana-mana dirasakan amat mudah. Bayangkan berjalan seorang diri di bandar besar ke sana sini, dan hampir kebanyakan mereka bertegur sapa dengan anda - mungkin sahaja anda tidak dapat merasakan pengalaman itu di mana-mana, malah mungkin sahaja di negara sendiri. Malah penulis berani mengatakan antara negara-negara yang pernah penulis lawati, rakyat Amerika adalah di antara yang paling mesra pernah penulis jumpa!


Seperti Di Dalam Filem

Foto Sara Nabila.

(Foto: Koleksi Peribadi)

Pengalaman penulis melihat sendiri "hutan" batu ciptaan mereka, yang pernah penulis lihat di dalam filem-filem Hollywood sememangnya membuatkan penulis berasa teruja. Malah, sehinggalah sekarang, sekiranya penulis menonton filem yang melewati latar tempat yang penulis pernah pergi, pasti membuatkan hati penulis berasa bangga apabila pernah menjejakkan kaki ke sana. Siapa sangka, tempat yang sebegitu cantik yang selalu penulis lihat dari zaman kanak-kanak di dalam filem, penulis telah pun berada di sana!


Ah, rindunya nak pergi lagi ke Amerika Syarikat! Jadi, marilah kita mengumpul duit dari sekarang! - CARI 
16

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
22

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayjay 3-12-2018 05:53 PM
Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim
Quote munchkin 3-12-2018 06:43 PM
ayjay: Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim


Hahahah. Biasalah babe
Quote Orgkgdukobesi 3-12-2018 06:43 PM
Sangat setuju. Walaopun ai Muslim tapi mempunyai paspot dari negara bukan Muslim.,  bukan jaminan dapat visa.  In my case, dapatkan visa dulu sebelum beli tiket terbang ke Uncle Sam
Quote nafham 3-12-2018 06:51 PM
Iols biasa bgtau Bin is part of my middle name. X perlu nk canang kau muslim ke idok.
Quote awexgaban7 3-12-2018 07:21 PM
Mungkin dia tergamam kot masa menjawab tu
Quote helicornia 3-12-2018 07:25 PM
ayjay: Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim

kat sabah sarawak tu ramai ke non muslim pakai bin binti
Quote CiliPadiSedap 3-12-2018 07:48 PM
Kalau orang tanya kaka kenapa ada binti? Kaka jawab im russian
Quote EvieWanKenobi 3-12-2018 08:20 PM
rindunyaaaa nak jalan US lagi..{:yameteh

Quote epis 3-12-2018 08:53 PM
Teringin nk g newyorkk tapi mmg nonmampu la huhu..
Quote AbukRokok 3-12-2018 10:03 PM
Ich bin Ein Berliner
Quote armin 3-12-2018 10:14 PM
Orgkgdukobesi: Sangat setuju. Walaopun {:cryrunai Muslim tapi mempunyai paspot dari negara bukan Muslim.,  bukan jaminan dapat visa.  In my case, dapatkan visa dulu sebelum  ...

Mmg blh buat mcm ni ke utk mana2 negara yg perlu visa? Apply visa dulu baru beli tiket? Australia la plg susah nk approve org malaysia skrg. Ramai tiket burn sbb malaysia kena banned
Quote Orix 3-12-2018 10:24 PM
Ko saje je kan nak bugil depan imegresen tu semua feeling2 deyols nak harass chuols khuensss ? Mentang2 imegresen kokesen rmai yg sedap2... yiiiihhhhhhh
Quote Elle_mujigae 3-12-2018 11:18 PM
Bin maksudnya 'son of.... ' dlm bahasa Arab kan..
Quote Ferr_Remy 3-12-2018 11:58 PM
ayjay replied at 3-12-2018 05:53 PM
Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim

Ye chuols. Trjawab sbb blur time tu. Lepas ckp camtu, baru sedar dr kebodohan hahahaha.
Quote Ferr_Remy 3-12-2018 11:58 PM
Orgkgdukobesi replied at 3-12-2018 06:43 PM
Sangat setuju. Walaopun ai Muslim tapi mempunyai paspot dari negara bukan Muslim.,  bukan jaminan da ...

Yep, btul tu. Visa US mmg plg susah nak dpt.
Quote Ferr_Remy 3-12-2018 11:59 PM
nafham replied at 3-12-2018 06:51 PM
Iols biasa bgtau Bin is part of my middle name. X perlu nk canang kau muslim ke idok.

Iols trsilap time tu. Blur kejap. Hahahaha
Quote Ferr_Remy 4-12-2018 12:00 AM
Orix replied at 3-12-2018 10:24 PM
Ko saje je kan nak bugil depan imegresen tu semua feeling2 deyols nak harass chuols khuensss ? Menta ...

Imigresen sana byk omputeh yg dap2 tp Pinoys pun ade chuols.
Quote Ferr_Remy 4-12-2018 12:00 AM
EvieWanKenobi replied at 3-12-2018 08:20 PM
rindunyaaaa nak jalan US lagi..{:yameteh

Rindu cgt kih3
Quote monsterwife 4-12-2018 07:40 AM
ayjay replied at 3-12-2018 05:53 PM
Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim

Mungkin spontan sbb tergamam

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056193 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top