Macam-macam betul cerita yang keluar mengenai Datuk Seri Vida sejak kebelakangan ini, daripada pemenang Gegar Vaganza yang menuntut hadiah kemenangan mereka sehingga pengacara Nabil yang membuka rahsia bahawa usahawan terkenal itu mempunyai hutan sebanyak RM30,000 yang masik belum dilunaskan lagi. Menurut Harian Metro, seorang gadis yang menjadi mangsa simbah asid oleh bapanya pada dua tahun lalu telah tampil dan menceritakan tentang janji Dato' Vida untuk menanggung kos rawatan pembedahan plastiknya sebanyak RM100,000. Pun begitu, setelah dua tahun berlalu tiada langsung khabar berita daripada usahawan kosmetik tersebut. "Jika tidak boleh jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya," luah mangsa. Nurul Dahyatul yang termakan janji usahawan itu bahkan telah menjalankan pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah selain mendapatkan nasihat daripada seorang perunding pembedahan plastik di Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur. Pun begitu pihak berkenaan tidak membuat susulan dan meninggalakan mangsa tertanya-tanya dengan status rawatannya. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri yang turut berjanji ingin memberi bantuan pada ketika itu turut senyap tanpa sebarang perkhabaran. Berat juga dugaan yang dihadapi oleh Nurul Dahyatul kerana dia tidak tahan mengalami masalah gatal-gatal pada muka ketika berpeluh selain kedua-dua lubang hidungnya yang mengecut lantas menyukarkan dia untuk bernafas. "Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling." tambahnya lagi. Rata-rata netizen memang marah dengan tindakan Dato' Seri Vida ini yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menuduh hanya berjanji untuk publisiti sahaja. Ada juga diantara mereka yang mencadangkan orang ramai agar membantu Nurul Dahyatul walaupun dengan hanya menderma seringgit sahaja. Semoga Nurul Dahyatul mendapat keadilan dan mendapat bantuan untuk meneruskan rawatan yang sepatutnya. -CARI
|
15
Bagus |
23
Marah |
9
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 23-11-2018 10:49 AM
Org kalau niat ikhlas nak membantu tak ada nya disuruh mangsa n budak kecik pegang produk2 bodo dia ...
missDollie replied at 23-11-2018 11:06 AM
Bidah tu dah sah la amek kesempatan free promotion..yang kerjaaan negeri pun dah kenapa sengap jer.. ...
dinopower2 replied at 23-11-2018 10:56 AM
semoga bisnes die melingkup.... bila nak insaf ntah
de_ikea replied at 23-11-2018 12:07 PM
Iols tak paham masih ada ummah tak celik yg tetap togok pamoga dan qu puteh tu
ADVERTISEMENT