CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puak Asli Bunuh Warga Amerika Cuba Melawat Pulau Mereka Yang Terasing

30-11-2018 12:40 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10287| Komen: 87|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sekumpulan puak terasing yang tinggal di Kepulauan Andaman berdekatan India dipercayai memanah mati seorang lelaki warga Amerika apabila cuba mendekati dan melawat perkampungan mereka tanpa izin.



Kredit foto: Buzzfeed

John Allen Chau, 27, seorang pengembara dan mubaligh, berniat menyebarkan ajaran Kristian di kalangan puak Sentinelese iaitu antara beberapa puak yang belum pernah terdedah kepada dunia luar. 

Laporan polis merekodkan John Allen sudah tinggal di Pulau Andaman sejak 16 Oktober dan pada 14 November, beliau meminta bantuan nelayan untuk membawanya masuk ke Pulau North Sentinel berhampiran tempat puak itu tinggal. 


Sebaik menghampir pulau berkenaan, John Allen menyambung perjalanannya dengan kayak sementara nelayan itu kembali ke Pulau Andaman. John dikatakan membawa bersamanya hadiah termasuk bola, mata kail, gunting dan ubat-ubatan.


Kredit foto: The Telegraph

Bagaimanapun, mayat John Allen kemudiannya dilihat tersadai di tepi pantai tiga hari kemudian oleh sekumpulan nelayan. 

Nelayan yang tidak berani mendekati pulau itu memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa dan berita itu kemudian sampai kepada keluarga John Allen di Amerika Syarikat yang membuat laporan kepada Konsulat Amerika Syarikat di Chennai. Laporan susulan menyatakan puak itu dilihat menanam mayat John di kawasan pantai berdekatan.


Kredit foto: Gentside

Beberapa hari lalu, keluarga John Allen menerusi laman sosial memberi penghormatan kepada mendiang dan menyatakan kesedihan mereka di atas kematiannya. Mereka juga memaafkan puak Sentinelese yang dipercayai bertanggungjawab membunuhnya. 

Susulan kematian lelaki itu, polis menahan beberapa nelayan yang disyaki membantunya menyelinap masuk ke pulau larangan berkenaan.


Kredit foto: Buzzfeed 


Kredit foto: Carian Google

Menurut Shopie Grig, seorang pakar penyelidik dari Survival international, puak Sentinelese berkemungkinan besar menyangka John Allen berniat jahat. 

Kini, puak itu dipercayai hanya tinggal 100 orang dan tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap jangkitan penyakit. 'Sekiranya John Allen berjaya bergaul dengan mereka, puak itu akan lenyap serta merta kerana tidak ada daya ketahanan badan untuk melawan sebarang penyakit moden, kata pakar penyelidik itu.


Kredit Foto: Instagram

Kerajaan India mengambil pendekatan memerhati puak itu dari jauh. John Allen juga bukanlah orang pertama yang terbunuh. Pada tahun 2006, dua nelayan asing yang menangkap ikan secara haram berdekatan pulau itu juga dijumpai mati dengan kesan anak panah di seluruh tubuh mereka. - CARI
10

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 30-11-2018 12:45 PM
Org puteh ni bodow feeling suci nk jd hero kat tpt org. Hellloooo.. Fix ur own people first lah.
Quote famri7 30-11-2018 12:50 PM
Cerita zaman purba paleolitik ke sis.
Quote Sang_Pencinta 30-11-2018 12:51 PM
Puak mcm ni tiada imuniti penyakit. Kena jangkit kuman yg lain sikit dari kita pun boleh sebabkan kematian.


Tp sy pernah baca artikel ada puak terasing yg kebal malaria.
Quote mirandanicky1 30-11-2018 12:53 PM
Yg kau pi kacau tempat diaorg tu buat apa. Byk lg tempat lain blh pergi dlm dunia ni
Quote Sang_Pencinta 30-11-2018 12:55 PM
mirandanicky1 replied at 30-11-2018 12:53 PM
Yg kau pi kacau tempat diaorg tu buat apa. Byk lg tempat lain blh pergi dlm dunia ni

Kristian pun ada agamawan yg konsep nak sebarkan ajaran dia kpd orang kafir sis.
Quote xtahumenahu 30-11-2018 12:58 PM
maybe puak2 ni penah kena kacau dulu....tu sebab diorg jadi defensive sgt
Quote BungaCitra 30-11-2018 01:01 PM
si amerika ni takkan tak thu yg dorang tu tak nk berdunia lnsg dgn org luar,cari penyakit
Quote Sang_Pencinta 30-11-2018 01:04 PM
Dia tak tahu kot. Siap bawa hadiah macam2 ni


Masalanya bahasa puak ni tak ada siapa yg tahu
Quote Remyda 30-11-2018 01:05 PM
Oi Cite zaman purba
Quote buapakperut 30-11-2018 01:20 PM
Eskimo: 'If I did not know about God and sin, would I go to hell?' Priest: 'No, not if you did not know.' Eskimo: 'Then why did you tell me?'
Quote Orix 30-11-2018 01:33 PM
Cashhhhhhhhhhhhh

Diorg ni semua antibodies  x mcm kita2 ni semua. Diorg senang kena penyakit kalau jumpa org luar. Ada rumours dlu kata diorg ni sebenarnya ok je dgan org luar, cuma ada sekali tu org luar dtg dan bawak keluar beberapa org dari pulau tu, bila diorg hantar balik depa ke pulau tu, semua yg keluar dari pulau bersama org luar tu mati.... org kata sebab kena penyakit... sejak dari tu org pulau tu anti dgan mana2 org luar yg cuba masuk pulau diorg.
Quote Orix 30-11-2018 01:38 PM
buapakperut replied at 30-11-2018 01:20 PM
Eskimo: 'If I did not know about God and sin, would I go to hell?' Priest: 'No, not if you did not k ...

Sbb tu pd iols, agama ni semua lebih pd nak kawal manusia drpd buat jahat. Tapi skrg ramai org ada agama lg jahat drpd org takde agama. How ?
Quote CiliPadiSedap 30-11-2018 02:03 PM
kaka nak tanya siapa curi kapur kasut sekolah anak kaka dan sapu pada orang asli

Quote namieamuro 30-11-2018 02:08 PM
mesti dlu pnh jd pape kt dorg smpi dorg defensive mcm tu utk protect puak die..

yg kokusen ni pn sibuk nk jd hero dh knp..kalau dorg nk dgn org luar..xde nye dorg asingkn diri jauh dr dunia luar..laen kali selubung dgn baju kebal dr kne panah..
Quote cik_sssara 30-11-2018 02:14 PM
Susah nak dapatkan mayat tu dalam pada masa yang sama nak 'jaga' puak tu.
Quote sharlenetexas 30-11-2018 02:15 PM
Mati syahid?

Quote Sang_Pencinta 30-11-2018 02:16 PM
CiliPadiSedap replied at 30-11-2018 02:03 PM
kaka nak tanya siapa curi kapur kasut sekolah anak kaka dan sapu pada orang asli

Kena jaga maruah diorang sis

Nanti kena panah
Quote fliphair8 30-11-2018 02:16 PM
They gave us bible....they took our land....

You leave them alone you piece of shit!
Quote DollahRepek 30-11-2018 02:22 PM
Tiba2 teringat peristiwa MH370 yang dikatakan jatuh di lautan andaman

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 1.013643 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top