CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ada Sebab Khloe Kardashian Maafkan, Walaupun Tristan Curang Dengan Wanita Lain

18-12-2018 11:37 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4321| Komen: 8|Original author: Sang_Pencinta

Seperti yang diketahui umum, episod terbaru siri realiti TV popular, Keeping Up With The Kardashian telah menayangkan reaksi keluarga itu ketika mereka mendengar berita bahawa Tristan Thompson, teman lelaki Khloe Kardashian, telah curang dengan wanita lain sejurus sebelum Khloe melahirkan anak mereka, True.


Kredit foto: Girlfriend Magazine
Dalam episod itu, Khloe dilihat telah memaafkan dan menerima semula Tristan. Keputusan Khloe ini tidak diterima baik oleh kebanyakannya peminatnya, dan mereka telah menyuarakan pendapat mereka di laman sosial. Mereka berpendapat, kerana perbuatan kejinya Tristan tidak sepatutnya dibawa masuk ke wad bersalin ketika Khloe bertarung nyawa melahirkan True. Menyedari tindakannya memaafkan Tristan dikecam hebat, Khloe telah berkongsi sebab beliau memaafkan Tristan.


 
Kredit foto: Hollywood Life
‘Walaupun menyedari tindak-tanduk Tristan, saya menyedari bahawa momen berharga di wad bersalin itu adalah milik anak saya (True) dan saya tidak akan mendenda anak saya atas tindakan ayahnya. Tristan adalah ayah kepada True dan mereka berdua berhak untuk saling menyayangi’ kata Khloe membalas  komen-komen peminat di Twitternya.

Kredit foto: Twitter
Apabila didesak peminat kenapa beliau tidak meninggalkan Tristan atas kecurangannya? Jawab Khloe  berfalsafah ‘Dalam hidup ini, kita sentiasa membuat kesilapan, ada yang besar atau kecil. Kesilapan Tristan memang memalukan dan mengecewakan tetapi saya tabah untuk menanggungnya, saya memilih untuk menjadikannya pengajaran dan berharap Tristan sudah betul-betul berubah kerana dia ayah yang penyayang untuk True’.

 
Menjawab lebih lanjut, apakah beliau akan memaafkan jika Tristan mengulangi perbuatannya? Khloe berkata ‘Jika Tristan buat sekali lagi, saya akan buat pilihan saya sendiri, baik atau buruk, saya tidak takut hidup sendirian’.


Walau bagaimanapun, ramai di kalangan netizen yang berkata ini adalah karma terhadap Khloe kerana sewaktu Tristan dan Khloe mula-mula bercinta, Tristan telah meninggalkan teman wanitanya Jordan Craig yang sedang sarat mengandungkan anaknya demi Khloe. Walau bagaimanapun, tuduhan ini juga dinafikan oleh bintang realiti itu.

Kredit foto: ngr.ng
Namun ada juga yang menyokong tindakan Khloe. Seorang netizen memuji kematangan Khloe kerana membenarkan Tristan masuk ke wad bersalin . Khloe bagaimanapun mengaku dia ada ‘melakukan sesuatu yang tidak matang kepada Tristan’ ketika pertama kali mendengar berita kecurangannya .

Kredit foto: Twitter

Semoga Khloe berbahagia dengan pilihannya kan. -CARI
5

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 18-12-2018 11:46 AM
Lantak uols la uols yg sakit hati. Mmg karma pun kan dia pun sama rampas tristan dlu
Quote Orgkgdukobesi 18-12-2018 11:50 AM
Bukan kah bab celup mencelup ada pompuan ka laki simpanan sudah jadi kebiasaan ummah ni? Lantak engkau lah kardashian
Quote Sang_Pencinta 18-12-2018 11:50 AM




Quote MsKathryn 18-12-2018 11:52 AM
Adik beradik Kardashian ni smue couple kapadonna
Quote allysumc 18-12-2018 11:54 AM
Asal berlaki kah? Ke nk create drama utk KUWTK..rating program tu income dorg kot
Quote Spicymami 18-12-2018 01:59 PM
Okurrrrrrrrrrr
Quote munchkin 18-12-2018 03:18 PM
Dia ni kalau adik beradik buat hal. Kemain sentap gila. Kalau jantan buat hal dia forgive. Sama ngan ex laki dulu buat hal kemain dia backing. Dlm adik beradik dia ni, dia ni paling aku tak suka. Next si kourtney nak kena ikut kepala dia macam dia sorang je ada anak.  
Quote niena90 18-12-2018 08:53 PM
Diorg ni anggap bf dorg kilang anak je.  Duit harta semua diorg lagi berganda2 kaya. Tgk la kourt tu x heran dah dgn scott janji ko bagi aku 3 org anak, ok bye.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.070208 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top