Ramai rakyat Malaysia boleh berbahasa Inggeris dengan sempurna. Ia turut disokong oleh pelancong yang menyatakan Malaysia antara negara Asia yang mesra dikunjungi. Bagaimanapun, tetap ada sesetengah individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris terutamanya dalam menggunakan nahu yang betul. Namun, keinginan untuk bercakap bahasa Inggeris tetap meluap-luap. Jadi galakan sangat penting supaya mereka lebih yakin. Sebaliknya, lebih ramai yang membunuh keinginan tersebut dengan cara memalukan golongan ini seperti menyindir dan sarkastik tanpa membetulkan kesalahan tersebut. Lebih malang apabila membuat perumpamaan yang tidak kena mengena langsung dalam konteks perbualan.
Komen dari pemuda tersebut membuatkan netizen marah. Ini kerana kesalahan nahu tersebut sebenarnya boleh diperbetulkan jika dia ikhlas membantu. Tetapi disebabkan dia menyindir ia membuatkan situasi menjadi lebih buruk. Lebih-lebih lagi apabila bahasa yang digunakan oleh pemberi komen tersebut juga tidaklah sebagus mana membuatkan netizen makin menyampah. Kesilapan menulis perkataan melinting, gila menjadi giler antara kesalahan yang dikesan oleh netizen. Oleh itu, tidak sepatutnya dia membetulkan kesilapan orang lain dikala dia sendiri pun banyak kesalahan tatabahasa. Malahan memberi analogi kereta dengan bahasa adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. Pastinya belajar bahasa dan belajar memandu adalah dua perkara berbeza, malahan dalam pembelajaran bahasa, kesilapan adalah perkara biasa, namun dari situ kita belajar menggunakan ayat yang lebih bagus. Hal ini membawa kepada sikap yang sudah sebati dalam diri orang Melayu bahawa jangan bertutur dalam bahasa Inggeris jika tidak pandai menggunakan nahu dengan betul. Walhal, ramai sebenarnya yang handal berbahasa Inggeris tetapi tidak merasakan satu kesalahan untuk bertutur dalam nahu yang salah, asalkan mahu belajar. Sedih jika masih ramai berfikir di dalam kepompong bahawa tidak boleh berbahasa Inggeris jika tidak menguasai tatabahasa. Walhal kita lebih memerlukan keyakinan untuk terus memecah tembok bijak berbahasa itu. - CARI |
2
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
PristineOne replied at 21-11-2018 03:26 PM
Pokchik bulih skeeping....tapi pas..prezen tense out.....plural singular out!!
ADVERTISEMENT