CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Berjaya Tebus Kesilapan Lupa Lirik, Terpaksa Berpuas Hati Di Tempat Ketiga

19-11-2018 10:34 AM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 6213| Komen: 18|Original author: Oleh: monolog

Description: Konsert Akhir Gegar Vaganza ke - 5 telah pun melabuh tirainya dengan menyaksikan kesemua peserta akhir berentap dengan penuh keterujaan dan semangat.Kredit foto:gempak.comZamani telah menebus keresaha ...
Konsert Akhir Gegar Vaganza ke - 5 telah pun melabuh tirainya dengan menyaksikan kesemua peserta akhir berentap dengan penuh keterujaan dan semangat.

Kredit foto: Astro Gempak

Zamani telah menebus keresahan dan mungkin juga tanggapan yang penuh kontrovesi mengenai persembahannya di minggu-minggu yang lalu sebelum ini. Persembahan dan  kemampuannya yang lebih dari biasa telah mengundang rasa puas di kalangan peminat-peminatnya. 

Zamani telah meninggalkan hadiah yang cukup istimewa dengan menjayakan persembahan battle bersama Billy Zulkarnain menerusi lagu Bunga, nyanyian asal dari Altimet.

Malah pergerakan, ketepatan nyanyian dengan tempo yang betul dan kejujuran dalam nyanyian menjadikan Zamani seorang penyanyi yang mempunyai kelasnya tersendiri.


Biarpun Zamani tidak menang sebagai juara dan hanya sekadar tempat ketiga, persembahannya tentu akan diingati dan istimewa bagi peminat-peminatnya.

Foto Astro Gempak
Tahniah buat  juara GV5, Noryn Aziz dan tempat kedua Dia Fadila. Persembahan yang mereka nyanyikan secara battle begitu hebat dengan membawakan lagu Where Is The Love, dendangan asal oleh Black Eyed Peas. Nyanyian rap yang dibawa sangat-sangat memukau penonton.

Ternyata dengan lontaran yang jelas, bertenaga dan bagus menyebabkan kedua-dua mereka memang selayaknya berada di kedudukan tersebut. Memetik Astro Gempak, berikut merupakan markah kesemua peserta bagi konsert akhir GV5. 

1.Noryn Aziz, 78.4%

2.Dia Fadila, 69.4%

3.Zamani, 68.3%

4.Amelina, 66.1%

5.Maya Ruslee, 65.8%

6.Billy Zulkarnain, 64.9%

Tahniah kepada semua diucapkan sekali lagi. - CARI 

18

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
6

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sayawanieta 19-11-2018 10:43 AM
Tahniah semua pemenang
Quote afidahoney27 19-11-2018 10:57 AM
Takda maknanya terpaksa berpuas hati..zamani hokayy n syukur jah dpt no3
Pasni boleh fokus rawatan pulakk kay
Tahniah smua pemenang gv
Quote Burong_Hantuk 19-11-2018 10:58 AM
tahniah,,,sya tak minat noryn
Quote amal12bh 19-11-2018 11:00 AM
iols pun minat gak zamani. tapi utk pertandingan ni, iols rasa dia patut dapat no 4/5. sbb peserta lain buat lg better dari dia. anyway, tu tetap rezeki dia. tahniah..
Quote anarina 19-11-2018 11:07 AM
Tak deserve at all pls lah should be bottom 4 or 5, yg lain lebih deserved
Quote RatuDunia94 19-11-2018 11:08 AM
Eh Noryn yg juara tp nama zamani yg dihighlite.. {:smile
Quote pai.kacang 19-11-2018 11:59 AM
for me.. berdasarkan persembahan malam tadi saja, patut amalina no last. maya dengan billy zulkarnain should get better place. tapi ye lah.. markah2 teknikal ni.. beyond my knowledge laa kan
Quote minguk 19-11-2018 12:11 PM
tebus ke? semalam rap pun tersasul macam lupa juga..
Quote Sasakim 19-11-2018 12:42 PM
tahniah semua{:love
Quote moonbug 19-11-2018 01:07 PM
Tahniah semua
Quote Yeehaw 19-11-2018 01:17 PM
Tahniah
Quote pngky 19-11-2018 01:35 PM
tahniah kepada semua pemenang, bak kata Vince Af (Semua Pemenang tiada yang kalah). Betul ker statement i ni . Entah betul atau tidak
Quote kirana_22 19-11-2018 02:07 PM
Of kos ler ramai mengecam sebab nak Zamani juara.. termasuklah iols..
Kita ni taraf2 telinga pprt hanya tau dgr je sedap tak sedap tp ni ptandingan vokal hokey bukan ptandingan populariti mcm af tuhh... ofkoslah teknikalnya melebihi dr apa yg kita tau... iols yg x de background vokal ni rasa segan lak nak komen lelebih.. iols redha je Zamani dpt no 3. Bersyukur pe sebab at least dia ke Final kalau tak nyaris tersungkur di semifinal hari tu. Dpt tengok beliau perform live tiap2 minnggu pun dah syukur alhamdulillah... apa2 pun... rezeki masing2.. siapa tau lps ni beliau dpt byk job lagi... mungkin ada yg nak tolong sponsor beliau dpt rawatan ke siapa tau kan? Iols cuma harap Zamani sihat walafiat, x makan dadah lagi dan kalau ada jodoh kawin dgn gf dia... Nmpak setia benar dia ni..
Quote bawangkecik 19-11-2018 02:23 PM
sana sini zamani mcm zamani sorang masuk gegar vaghanzah ni
Quote NurAlia14 19-11-2018 02:28 PM
bawangkecik replied at 19-11-2018 02:23 PM
sana sini zamani mcm zamani sorang masuk gegar vaghanzah ni

Itu je yg org nk bace yg lain tu xmenarik melainkan kalo noryn mula cite psl kes nusyuz
Quote Iris. 19-11-2018 02:32 PM
kirana_22 replied at 19-11-2018 06:07 AM
Of kos ler ramai mengecam sebab nak Zamani juara.. termasuklah iols..
Kita ni taraf2 telinga pprt  ...

well said...

sampai ada fans yang harap zamani no 4/5 semata tak nak bagi zamani kena cerca dek haters
punyalah sayang
kita semua syukur sangat semua dah selesai
semoga abgadek murah rezeki lepas ni
bila dia masuk gv baru nampak the real zamani...

moga abgadek sihat hendaknya
Quote Linslam 23-11-2018 08:15 PM
Lov u abg zamani minat
Quote D.Adek 26-12-2018 05:16 PM
bawangkecik replied at 19-11-2018 02:23 PM
sana sini zamani mcm zamani sorang masuk gegar vaghanzah ni

engko mesti fans dia fadilla hahahahaha

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053769 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top