CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saya Tak Pernah Pun Condemn Produk Puan, Saya Cuma Mahu Rakyat Malaysia Berhati-Hati..

19-11-2018 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7537| Komen: 47|Original author: Oleh: Azza




"Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah. Berani kerana benar, takut kerana salah."

Itulah kata-kata Dr.Amalina kepada Datin Nur Shahida bagi menjawab tuduhan beliau mengkritik produk berasaskan herba. Doktor pakar bedah yang berkhidmat di London ini menulisnya di laman media sosial dengan menyatakan penjelasannya adalah atas kapasiti doktor dan bukannya serangan peribadi.

Malahan Dr.Amalina juga tidak pernah mengecam mana-mana syarikat kosmetik melainkan hanya memberitahu mengenai bahaya jika mengambil produk herba yang tidak terbukti melalui kajian klinikal.

Itu adalah rentetan daripada komen Shahida yang bersetuju bahawa Dr.Amalina bijak tetapi mengkritik produk yang mengandungi herba, sedangkan itulah yang selama ini menyembuhkan ramai orang.




Kredit foto: Twitter


IG

Menerusi tulisannya, Dr.Amalina menjelaskan yang beliau tidak pernah menamakan mana-mana produk kerana tidak mengetahuinya secara jelas. Jawapannya sekadar mahu menjawab pertanyaan netizen sekaligus menyedarkan rakyat Malaysia tentang bahaya mengamalkan produk herba hingga mengakibatkan penyakit berbahaya lain. Namun mungkin ia disalah tafsir oleh Shahida yang menyangka sebaliknya.


Selain Dr.Amalina, beberapa doktor lain turut mempertahankan kenyataan tersebut. Antaranya ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr.Khairul Hafidz berkata mereka selaku pengamal perubatan moden tidak pernah merendah-rendahkan khasiat herba, namun meminta pengamal herba menghabiskan kajian mereka terlebih dahulu sebelum memasarkannya kepada umum.

Carian Internet

Ramai netizen turut bersetuju dengan Dr.Amalina dan Dr.Khairul Hafidz bahawa jamu atau produk berasaskan herba tidak terbukti menyembuhkan penyakit seperti yang dinyatakan. Lebih malang apabila ada mereka yang mengamalkannya mendapat penyakit berbahaya lain pula.


IG

Dr.Amalina juga mendoakan Shahida dimurahkan rezeki serta semoga selamat menjalani ibadah umrah.

Agak sukar juga buat rakyat Malaysia membuat pilihan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden. Ini kerana bagi sesetengah orang, mengamalkan produk yang berasaskan herba adalah untuk mengelakkan pengaruh bahan kimia di dalam badan. Namun mengikut pengamal perubatan moden pula, ia adalah dengan sukatan yang dibenarkan. Apa pula pendapat anda? - CARI 
15

Bagus
15

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ketypurry 19-11-2018 12:53 PM
Team dr amalina hakak memang tak pernah percaya dengan jamu2 bodow ni.
Quote CiliPadiSedap 19-11-2018 12:57 PM
kalau produk jamu tu  bagus kenapa laki abg jat makin mereng .hari2 datang period nak sentap
Quote pia250110 19-11-2018 01:18 PM
kalau percaye jamu..kenape cucuk muke sampai bengkak2..samele nge laki.sampai bengkak btg idong nak bg mancung..huhuhuhun
Quote haryatie 19-11-2018 01:31 PM
akhirnya sentapppp..hahaha
pd hal kalau sakit cri doctor jugak
xde nya nak mkn jamu merapu tu
Quote chinta89 19-11-2018 02:19 PM
sentap sendiri pdhal Amalina x sebut nama sape2/produk mana2 pun
Quote lancome 19-11-2018 02:23 PM
Sokong dr amalina, bkn x percaya jamu... tapi x percaya pada yg jual jamu.. add mcm2x dlm jamu berakhir dgn rosak buah pinggang.. kalau lah jamu boleh sembuhkan semua penyakit.. alamk ttup.lah semua farmasi kat dunia ni.. n x da pesakit kt hospital.. tapi setiap hari mkn bertambah je pesakit  di hospital... yg penting jg kesihatan, control mkn.. senaman penting... dr amalina bg bukti pun berdasarkan evidence base.. kajian yg telah di buat oleh org.. kalau bini dato alif syukri ada bukti or evidrnce base pasal product dia tunjukkan lah.. x da masalah..
Quote chicozinn 19-11-2018 02:25 PM
pia250110 replied at 19-11-2018 01:18 PM
kalau percaye jamu..kenape cucuk muke sampai bengkak2..samele nge laki.sampai bengkak btg idong nak  ...

bahahahahahha.. statement ko membuatkan aku gelak..tau xpe mak dia pun muka bengkak tapi acah2 ckap sbab jamu tu muka nampak muda..bullsh**!!!
Quote Artemesiaa 19-11-2018 02:39 PM
Betul kata Dr Amalina, jamu sekarang berbeza dari jamu dulu2 yang dibuat fresh bila nak guna.  Yang ada banyak dipasaran sekarang jenis segera untuk diminum, dah banyak dioleh dan tak mustahil ada bahan lain atau ubatan yang tak sepatutnya pun dicampur sama mana tak membahayakan.
Quote pia250110 19-11-2018 02:53 PM
chicozinn replied at 19-11-2018 02:25 PM
bahahahahahha.. statement ko membuatkan aku gelak..tau xpe mak dia pun muka bengkak tapi acah2 cka ...

kan nok..kononnye makan jamu..padahal cucuk je semue.. xbaik tau menipu ..pembeli gigih beli produk depe..tp last2 non hado..
Quote Megikari 19-11-2018 02:56 PM
Satu2nya jamu yg aku percaya ialah yang tukang urut makcik aku buatkan. Tu pun untuk stok sebulan je sekali dia buat. Alhamdulillah berkesan untuk masalah orang pompuan.

Kalau jamu komersil even nyonya mener ke apatah lagi yg anak beranak dato alep produce tu mmg aku kurang percaya. Yang isu arang pemutih gigi tu pulak, kejadahnya arang yg itam tu boleh putihkan gigi. So i mmg percaya yg arang tu bila kita gosok selalu kat gigi, gigi jadi nipis sbb tu la nmpk putih
Quote kucingitam 19-11-2018 03:17 PM
secocok laki bini..dua2 kuat sentap..
Quote MayaDelaRosa 19-11-2018 03:18 PM
Team dr amelina..dia doc, dia taula
Quote miemiecha 19-11-2018 03:38 PM
hehehe...
shida dherb blh take team ngan sohai laksa
Quote tri-max 19-11-2018 04:13 PM
buatla jamu sendiri kat umah
skrg semua bahan da senang dapat kat pasar
setakat daun cekur, kunyit, halia bara, semua boleh rebus and buat sendiri
dr amalina ni pon sempat tag gak dr rafidah .. utk backing ke??
Quote chicozinn 19-11-2018 04:28 PM
pia250110 replied at 19-11-2018 02:53 PM
kan nok..kononnye makan jamu..padahal cucuk je semue.. xbaik tau menipu ..pembeli gigih beli produ ...

produk telajakponen ni kan kne banned kat brunei..eh, bila la malaysia nak enforce undang2 kepenggunaan yg lebih ketat lagi?banyak sgat duit rakyat ditipu dek produk2 timbang kati nih..yihhh
Quote Zaien 19-11-2018 04:33 PM
chicozinn replied at 19-11-2018 02:25 PM
bahahahahahha.. statement ko membuatkan aku gelak..tau xpe mak dia pun muka bengkak tapi acah2 cka ...

iyeee pnah bc dlm sini gak cter pnah jupe mak dia dpn2.. muka bengkak ala2 lpas wat suntik gituuuu
Quote chicozinn 19-11-2018 04:35 PM
Zaien replied at 19-11-2018 04:33 PM
iyeee pnah bc dlm sini gak cter pnah jupe mak dia dpn2.. muka bengkak ala2 lpas wat suntik gituuuu ...

tgok kat ig bonda rozita pun da tau muka bengkak kena cucuk..lagi mau claim produk alami gitcew..yihhh sgat
Quote Cyempaka 19-11-2018 04:37 PM
boo shida boo alip. laki bini paling poyo dalam msia. kaya dgn produk ntah apa2. tu yg jd xtentu hala tu. kaya pun xtenang sbb asyik makan kutukan orang.
Quote meklalala 19-11-2018 11:07 PM
Jamu orang dulu dulu lain dengan Jamu zaman skrg yang entah apa yang ditambah dalam tu..haritu kakak cleaner kat office beli dua botol jamu online beratus harganya..banyak duit kaka indo neh .katannya sebab kolestrol dia tinggi,  mek membebel kat dia..tengoklah hasil macam mana nanti..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.199566 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top