Masihkah anda ingat bagaimana kali pertama anda mengajar anak anda apa itu kentut? Adakah mereka tahu itu adalah kentut kerana ia berbau atau kerana bunyinya?
Bagaimana pula dengan kanak-kanak istimewa yang mempunyai masalah pendengaran? Adakah mereka boleh mendengar kentut sendiri?
Bukan mudah untuk menjawab persoalan ini. Inilah yang dialami oleh Anna Trupiano, seorang guru yang mengajar di Kendall Demonstration Elementary School iaitu sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak pekak, mengalami masalah pendengaran dan buta. Menurutnya, salah seorang pelajar pekak di kelasnya berusia 6 tahun terkentut dengan kuat di dalam kelas. Dia tercengang kehairanan melihat rakan-rakan sekelasnya yang tidak mempunyai masalah pendengaran sedang mentertawakannya.
Umum mengetahui kentut biasanya menghasilkan bunyi sama ada kuat atau perlahan. Namun, tidak bagi kanak-kanak tersebut. Rupa-rupanya dia tidak pernah diajar di rumah tentang apa itu kentut. Lalu, Anna mengambil inisiatif mengajar tentang kentut selama 15 minit di hadapan kelas hingga pelajarnya itu memahaminya. Berikut adalah isi perbualan Anna dan pelajarnya menggunakan bahasa isyarat. Anna menjelaskan bahawa orang-orang yang tidak pekak boleh mendengar bunyi kentut. Dia juga berkata, ada kentut yang boleh didengari, manakala ada yang tidak disebabkan faktor geseran. Apabila anak muridnya yang lain menyangka kentut akan menghasilkan gas berwarna hijau seperti yang ditontonnya dalam cerita kartun, Anna menafikannya dan membetulkan tanggapan pelajarnya. Situasi yang dialami Anna di kelasnya sungguh melucukan, tetapi apa yang bagusnya adalah Anna tidak menyuruh pelajarnya berhenti kentut kerana menurutnya kentut sihat untuk badan. Rupa-rupanya, banyak pula persoalan tentang kentut yang menjadi tanda tanya kanak-kanak. Jelaslah bahawa agak penting untuk ibu bapa atau penjaga anak-anak khususnya yang tidak boleh mendengar untuk mengajar mereka tentang kentut supaya kelak mereka tidak sesuka hati melepaskan kentut dengan kuat di khalayak ramai dengan tanggapan tiada siapa tahu. Syabas Teacher Anna! Bukan mudah untuk mengajar tentang kentut dalam bahasa isyarat. - CARI |
13
Bagus |
34
Marah |
36
Terkejut |
20
Sedih |
33
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT