CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teruskan Melangkah Dengan Yakin Dan Gagah, Tok Mat!

16-11-2018 04:18 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1575| Komen: 0|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan penyokongnya di Mahkamah Tinggi Seremban, hari ini. Foto: Facebook Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima sokongan padu daripada para netizen berikutan keputusan beliau mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak sah setelah mempertimbangkan petisyen yang difailkan oleh calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Streram Sinnasamy.

Timbalan Presiden UMNO itu menyatakan keputusan untuk mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya sejak 2014 menerusi laman Facebook Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.


Seorang netizen, Ros Adila Abu Kassim mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Mohamad yang lebih terkenal dengan gelaran 'Tok Mat'.

"Kepimpinan Dato' Seri tetap di hati kami. Teruskan melangkah dengan yakin dan gagah...Allah sentiasa bersama mereka yang benar. Insya-Allah," katanya melalui ruangan komen dalam laman Facebook berkenaan.

Sementara itu, Muhd Faidhi Esa berpandangan, ahli-ahli PH juga akan menyokong Mohamad kerana beliau mempunyai keperibadian yang baik.

Seorang lagi netizen, Zamir Zahran menyifatkan pilihan raya kecil DUN Rantau sebagai pentas terbaik untuk membuktikan masa ada sinar harapan untuk Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Utusan Online hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Mohamad menang tanpa bertanding di kerusi DUN Rantau pada hari penamaan calon PRU-14 28 April lalu.

Pengumuman itu dibuat ekoran kegagalan Streram mengemukakan borang penerimaan calon selepas tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan calon atas alasan tidak menunjukkan pas SPR.

Streram seterusnya memfailkan petisyen di mahkamah pada 23 Mei lalu bagi mencabar keputusan tersebut. - CARI 

16

Bagus
18

Marah
23

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.219554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top