CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Anak Kazar Marah Bila Netizen Gelar Ayahnya Bangla

16-11-2018 01:23 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7231| Komen: 26|Original author: Oleh: Azza




Di antara pelakon lelaki veteran Malaysia, Kazar antara yang aktif mengemaskini akaun media sosialnya, Instagram untuk berinteraksi bersama peminat. Lebih menarik adalah bukan sekadar gambar biasa tetapi gambar dia sedang melakukan aktiviti bersama selebriti luar negara seperti Jennifer Lopez dan Christiano Ronaldo yang telah disunting. Malahan gambarnya juga dipuji netizen kerana seolah-olah ia adalah situasi yang sebenar.

Terbaharu gambar Kazar menaiki motosikal dengan kapsyen mahu memikat pelajar kolej mengundang masalah apabila ia dijadikan bahan jenaka serta dipanggil bangla oleh seorang netizen di laman Twitternya. Ini membuatkan anak sulongnya Melorkaza memuat naik status kecewa dengan situasi tersebut.


Kredit foto:


Bagi Melor, status wanita tersebut sangat mengjengkelkan kerana seolah-olah memberi peringatan kepada pelajar kolej supaya berhati-hati dengan gelagat ayahnya. Sedangkan kepada mereka yang menjadi pengikut Kazar sekian lama sebenarnya sudah faham benar cara gurauan Kazar di media sosial. Lebih membuatkan dia marah ialah wanita tersebut juga menyamakan Kazar seperti Bangla.

Hal ini membuatkan ramai netizen tidak berpuas hati dengan tulisan wanita tersebut yang seolah-olah menghina Kazar dan rakyat Bangla itu sendiri.



IG

Akhirnya empunya diri muncul di ruangan komen lalu meminta maaf kerana melebihi had dalam melawak. Oleh itu dia telah memadam Tweet tersebut, namun apabila anda meletakkan apa sahaja di media sosial, biarpun sudah dipadamkan, nemun 'screen shot' masih kekal dan berligar di media sosial.


Budaya ejek mengejek beginilah yang jika dibiarkan, lama kelamaan orang akan merasakan ianya satu budaya yang 'tidak mengapa'. Jika tidak dikekang mulai sekarang, dibimbangi ia menjadi barah lalu membahayakan nyawa.



Kredit foto: IG


"Aku tak faham orang ambil serius. Yang takleh bergurau tu mesti penduduk dari Facebook. Malahan rata-rata tidak memahami kenapa perkataan Bangla itu sendiri dijadikan status hina, 'low class' dan sebagainya.



Kredit foto: IG

Nampaknya budaya tidak sihat dengan menjadikan status atau gambar artis sebagai bahan jenaka semakin menular. Justeru itu, perlu diiberi pendedahan terutamanya kepada generasi pelapis bahawa tidak semua cerita boleh dijadikan bahan gurauan. Anda pula bagaimana? - CARI 
5

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 16-11-2018 02:21 PM
Remy sahak hari2 caritizen panggil bangla..aman damai ja heolls
Quote CiliPadiSedap 16-11-2018 02:26 PM
mzzenma replied at 16-11-2018 02:21 PM
Remy sahak hari2 caritizen panggil bangla..aman damai ja heolls

sebab dia bukan bangla jadi xterasa
Quote tupperwarepink 16-11-2018 02:41 PM
mzzenma replied at 16-11-2018 02:21 PM
Remy sahak hari2 caritizen panggil bangla..aman damai ja heolls

Ye tak ye juga. Siap ada kembari seiras lagi
Quote puanbintang 16-11-2018 03:09 PM
anak mana yang tak marah bila orang kata pasal ayah kita..tak funny ok
Quote JiEunTak 16-11-2018 03:17 PM
...panggil bangla marah ek.... cuba kalau org sama kan dengan Richard Gere ka Idris Elba ka...agak2 marah tak...?

Quote matchstick 16-11-2018 03:56 PM
Kesian Bangla..hina sgt kah mereka
Quote kakaro940 16-11-2018 04:03 PM
aku sgka c melur ni maki2 yg ckp bapak ni bangla..nasib baik ayat x rempit huhu..anak akan terasa klu sapa2 ckp psl org tua dorg..itu normal la..
Quote cap_ayam 16-11-2018 04:06 PM
Pergila tengok siri The Chronicles of Nadiya kat BBC. Ada pasal kehidupan kat Bangladesh. Apa yang dia tonjolkan kisah orang Bangla yang rajin dan kuat bekerja untuk teruskan kehidupan. Janji halal.
Quote gujiwa 16-11-2018 04:11 PM
retis2x jangan la masuk porem.. macam2x gelaran uols porumer bagi..
hahahahhahaah
Quote Carlalisk 16-11-2018 04:14 PM
Ambii dia cerca org lain xpe bila turn dia trus “kids nowadays@
Quote miemiecha 16-11-2018 04:27 PM
klau mek, mek akan mrh
sapa x syg apak oi....
Quote newyork 16-11-2018 06:35 PM
Bapak retiss kena tahan lah sikit dgn netizen mulut puaka
Quote Parit.Hilton 16-11-2018 06:41 PM
teringat dulu si Ayu OIAM orang samakan dengan Oprah Winfrey. Ada pulak badigol sood melenting cakap jangan menghina orang.
Sebab Oprah tu Black so dikira menghina? Kalau samakan dengan Taylor Swift tak kira menghina la eh?

Mentality sape yg nak kena ubah sebenarnya?

Quote ahmad_dhani91 16-11-2018 06:43 PM
Sejak 2 menjak ni sensitif sangat ummah melayu bangsat bila kena panggil gemuk, kerak, bangla dah so whatever. Kalau dah gemuk, kerak, kelam terima je lah. Kang gemuk dipanggil kurus, kerak dipanggil flawless yang gemuk makin makan x ingat bertambah gemuk macam gajah, kalau yang kerak bertambah kerak2.
Quote monsterwife 16-11-2018 06:57 PM
Hina sgt ke bangla? Serious nak tahu je
Quote Nenasketum 16-11-2018 08:10 PM
ahmad_dhani91 replied at 16-11-2018 06:43 PM
Sejak 2 menjak ni sensitif sangat ummah melayu bangsat bila kena panggil gemuk, kerak, bangla dah so ...

Tapiiiii...... Tapiiii....... Bangsat2 like vida gemuk macam belon terlebih angin dan Alip bapuk seduit tak guna, ramai melayu ketuanan sampah akan defend! Tetiba plak haku hangin.. Bangla tu lagi mulia dari most meleis yang keje dok scamming orang untuk kaya cepat hokkay.

Quote miss_sepet 16-11-2018 08:47 PM
Hina ke bangla? Pelik
Joking je kot... takpe lah hak dia utk terasa...
Quote Jorja 16-11-2018 09:05 PM
Tu kena tanya orang malaya.. setahu I yg paling suka downgrade bangsa bangsa di mesia ni memang org melayu lah.. accent bangsa lain selain accent kayhell dikata kampung padahal org tu mungkin lebih berduit dari dia sendiri yg setengah mati hidup sbatang kara di kayhell itu setakat accent kayhell tu aja bangla pun pandai
Quote kibodwatriuh 16-11-2018 10:23 PM
Korang ni buat-buat tak tahu pulak. Panggilan bangla memang tujuannya untuk menghina toksahlah susah payah nak persoal itu ini. Memanglah  pada pandangan sesetengah orang bangla itu takdak benda pun. Aku pun tak rasa bangla ni suatu yang hina tapi aku fahamlah bagaimana panggilan bangla tu bermaksud menghina dalam masyarakat kita ni.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.075577 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top