Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan berlaku kejadian rasuah di kalangan guru dan murid di sekolah. Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, terdapat kejadian di mana guru meminta pelajar melakukan hubungan seks sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan cemerlang.
Malah, ada pelajar cuba memberi 'suapan' kepada rakan sekolah untuk memenangi undi sebagai ketua kelas atau pengawas sekolah. "Sekiranya tindakan rasuah seperti ini telah berlaku di sekolah, akan menjadi lebih buruk apabila pelajar menjadi dewasa dan pemimpin masa depan. "Sebab itulah kita perlu mendidik anak-anak kita tentang rasuah daripada mereka masih kecil," katanya dalam perbincangan panel anjuran SPRM dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya.
Tambahnya, sekolah perlu mewujudkan subjek rasuah bagi mendidik anak-anak mengenai bahaya rasuah. "Biarkan anak-anak muda didedahkan untuk tidak menyukai rasuah pada awal usia mereka kerana tahap korupsi di negara pada masa ini terlalu membimbangkan," ujranya. Sementara itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menggesa pelajar membuat laporan polis sekiranya terdapat guru meminta hubungan seks sebagai balasan gred cemerlang. "Jangan sembunyikannya. Kita tidak boleh mengambil tindakan jika kita tidak tahu. "Kita mahu memastikan sekolah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk semua kanak-kanak dan guru," tegasnya. - CARI
|
15
![]() Bagus |
12
![]() Marah |
21
![]() Terkejut |
19
![]() Sedih |
13
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT