Kita sering disajikan dengan model cantik sebagai penghias muka depan majalah mahupun duta produk kecantikan. Semua model sentiasa menetapi acuan kecantikan yang telah ditetapkan oleh masyarakat Malaysia iaitu perlu berkulit cerah, hidung mancung, bibir munggil, ramping dan sebagainya. Pun begitu, seorang gadis tular di Twitter apabila seorang make-up artist (MUA) telah memuji keyakinan gadis tersebut dengan keunikan rupa dirinya. Dia juga telah diangkat menjadi model untuk produk kecantikan tempatan iaitu BeauTYRA. Syamimi Afrina memiliki tanda lahir di dahinya pun begitu ia tidak menghalang dia tampil yakin untuk menjadi wajah kepada produk tersebut. MUA tersebut iaitu Najila memuji Syamimi kerana tidak seperti kliennya yang lain yang sering mengadu tentang cela mereka, dia merupakan seorang yang mesra dan berkeyakinan tinggi lantas menyerlahkan lagi kecantikan dirinya. Produk kecantikan BeauTYRA juga telah menerima pujian melambung daripada netizen kerana berani mengubah stereotaip bahawa model seharusnya mempunyai ciri kecantikan yang spesifik. Kecantikan tak seharusnya dipandang dari satu sudut sahaja kerana kecantikan itu adalah subjektif -CARI
|
35
Bagus |
22
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
18
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alaa: first time nampak iklan kat fb pasal ni, ingatkan iklan pilis orang bersalin tu.sorry dik, my bad.
ADVERTISEMENT