CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Macam Bod*h Pulak" - Basuh Baju Waktu Malam Punca Penceraian Bawah 5 Tahun

14-11-2018 01:09 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3298| Komen: 16|Original author: Oleh: Azza





Kecoh berita tentang punca penceraian di bawah usia perkahwinan lima tahun adalah kerana si isteri membasuh baju di waktu malam.  Ia dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh di Dewan Parlimen mendapat sambutan yang pelbagai. Ada yang tidak percaya dan ada juga mengkritik pasangan tersebut.

Statistik diambil daripada Kajian Penduduk Malaysia pada tahun 2014. Antara alasan remeh lain ialah isteri suka mengikuti rombongan, pasangan tidur berdengkur, suami tidak suka isteri makan dalam kereta dan pasangan gemar membeli belah.

Sukar untuk mempercayainya, namun ia adalah statistik sahih dan wanita yang membasuh baju pada waktu malam perlu lebih berhati-hati selepas ini.

Kredit foto: Twitter


Carian Internet

Hal ini menyebabkan ramai netizen memandang pasangan sebegini tidak wajar berkahwin awal kerana tidak matang. Ini kerana jika betul-betul cinta dan ikhlas berkahwin, segala kelemahan pasangan boleh ditegur dari masa ke masa. Tetapi tidak dinafikan, memang ada orang bercerai dengan alasan remeh.


Kredit foto: Twitter

Namun, bagi netizen yang memahami tanggungjawab seorang isteri, apabila si isteri membuat kerja di waktu malam, ia bermakna isteri terlalu dibebankan dengan kerja rumah yang tidak berkesudahan. Maklumlah, dengan beban kerja di pejabat kemudian terpaksa pula menguruskan hal anak, masak dan sebagainya membuatkan hubungan suami isteri semakin renggang. Mungkin ini juga antara faktor penceraian.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap suami atau isteri yang memberi alasan remeh sebagai sebab penceraian sebenarya tidak bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.

Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun, Hannah sendiri mengajak semua ahli masyarakat memandang serius perkara ini kerana membabitkan generasi akan datang. Antara cadangannya ialah mengadakan kursus sebelum pasangan bukan Islam berkahwin.


Kredit foto: Carian Internet

Biarpun kedengaran alasan tersebut agak lucu, namun jika ia tidak diatasi dengan hemah, maka lebih ramai lagi pasangan suami isteri yang akan bercerai dalam masa lima tahun berkahwin. Apa pendapat anda? - CARI 
18

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 14-11-2018 01:27 PM
Sebenarnya punca2 yg dinyatakan u hanyalah alasan je.. deols mmg dh xde hati kat pasangan..
Quote saviour_09 14-11-2018 03:07 PM
jilakeee alasan 1st tu
punggung isteri menggerutu
Quote cyber_mania 14-11-2018 04:25 PM
Remeh nya alasan masing2. Mesti tulis sebab2 tu hanya kerana nk isi borang je. Padahal ada sebab lain. Choi.
Quote Lolalala 14-11-2018 04:25 PM
Alasan yg mengarut ni memang wujud ya. 5tahun pertama memang fasa kenal hati budi. 3tahun pertama tu yang paling kritikal sebab dalam proses nak tukar rutin kehidupan. Memang nampak remeh, tapi kalau tak de tolak ansur dan persefahaman, memang jadi punca. Masuk pulak ungkit mengungkit hal sebelum. Lagi meleret laaa pergaduhan.

Ada kes, pasal korek hidung je pun. Isteri tak suka suami suka korek hidung masa tengok tv. Bebel2 dekat suami.. suami pulak ungkit kelemahan bini yang lain. Sudahnya seminggu x bertegur.

So pada yang baru nak kawin tu, terima lah keadaan pasangan seadanya. Kalau ada yg buruk yg menyakitkan hati, cepat2 laaa fikir apa 10 lagi kebaikan pasangan anda.
Quote 234126 15-11-2018 12:19 AM
terlalu nak telus dgn rakyat semua benda yang remeh pun tak rasa nak tapis so terpampang habis all ketidak pandaian even dah berusia masing2. Pendek kata bukan means menipu statistik tapi yang rasa merepek tu cut off la takyah sebut dah tahu mesti kena keji menteri sebut benda remeh temeh. Pikir yg logik je la haha apedaa
Quote haryatie 15-11-2018 08:59 AM
kalau dah x suka tu..
mcam2 alasan yg x  masuk akal pun ada
Quote chinta89 15-11-2018 10:17 AM
Bagaimanapun, Hannah sendiri mengajak semua ahli masyarakat memandang serius perkara ini kerana membabitkan generasi akan datang. Antara cadangannya ialah mengadakan kursus sebelum pasangan bukan Islam berkahwin.


kursus utk muslim pun bukan psl tanggungjawba ke ape, balik2 duk sembang gelak psl SEKS.

xde tak bgtau hak isteri jika diabaikan? nafkah yg lelaki wajib bg kat isteri, cara kira jumlah gaji utk bg kpd isteri (supaya x timbul rse x cukup atau isteri plk nk berlebih2 kontrol duit suami), ... ape yg perlu para isteri lakukan jika suami x bg nafkah, suami x pedulikan isteri lps kawin dua tiga empat, ape yg isteri boleh tuntut di mahkamah etc etc.

ni blk2 duk ckp isteri wajib layan suami walaupun di blkg unta ke ape dh aku lupa ayat pemes tu. pahtu asik bgatu bini kena sedia mkn laki etc. kena layan suami cukup zahir batin.


eh mls aku nk taip pjg2 ko pk la sendiri.
Quote Cyempaka 15-11-2018 10:34 AM
senarai ni dah keluar sejak 2thn yg lalu. setiap tahun ulang tayang je. tak de maknanya kata hannah yeoh buat lawak bodo.
https://mforum1.cari.com.my/foru ... light=punca%2Bcerai
Quote faraway1 15-11-2018 11:09 AM
kalau itu aje alasannya, lama dah me jadi janda
Quote miemiecha 15-11-2018 11:11 AM
asbab nya entah pape...
mek dlu msa nk clash ex mek bg ayat
"awak terlalu baik untuk saya, saya x ckup baik utk awak"
tu masa bercinta
agaknya dah nikah./.
ayat 7 petala langit dia bg
Quote Supersirap 15-11-2018 04:17 PM
ni semua nak jadikan sebab penceraian je...
Quote palmolive 15-11-2018 04:31 PM
chinta89 replied at 15-11-2018 10:17 AM
kursus utk muslim pun bukan psl tanggungjawba ke ape, balik2 duk sembang gelak psl SEKS.

xde  ...

kalo tak sembang pasal seks, peserta tido..
alasan2 tu sejak aku join kursus kawen 10 tahun lepas dah ada
Quote simatakucing 15-11-2018 06:54 PM
saviour_09 replied at 14-11-2018 03:07 PM
jilakeee alasan 1st tu
punggung isteri menggerutu

Bahahahah
Quote rosa_canina 15-11-2018 09:23 PM
kalo dah taksuka mcm2 alasan..
Quote Megikari 16-11-2018 08:52 AM
chinta89 replied at 15-11-2018 10:17 AM
kursus utk muslim pun bukan psl tanggungjawba ke ape, balik2 duk sembang gelak psl SEKS.

xde  ...

I masa pegi kursus kawen dulu ustaz tu memang terangkan pasal hak2 isteri lepas kawin terutamanya hak2 yg ramai orang tak tau. So siapa2 yang nak berkursus kawin tu kena pandai pilih ustaz yg betul2 boleh sampaikan ilmu, jangan asal dapat sijil je
Quote chinta89 18-11-2018 10:12 AM
Megikari replied at 16-11-2018 08:52 AM
I masa pegi kursus kawen dulu ustaz tu memang terangkan pasal hak2 isteri lepas kawin terutamanya  ...

untungla u dpt ilmu bermanfaat mcm tu.

iolspegi sb mse bljr kat IPTA dlu ade kursus ni dan ramai kata bagus. dalam duk kata bagus tu akhirnya iols terrrr pilih kursus kawin yg asik ckp psl seks je manjang.

dh tkena nk buat mcmne.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.162431 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top