CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati Ibu Hancur Luluh, Anak Dikeji Kerana 'Bertanduk Syaitan'

13-11-2018 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5076| Komen: 20|Original author: Oleh: Myra Rozi

Dilahirkan dengan masalah otak, seorang budak lelaki terpaksa melakukan pembedahan namun penderitaannya tidak berhenti di situ.

Selepas pembedahan dilakukan, bentuk kepalanya berubah dan kelihatan seperti 'tanduk syaitan'.


Mail Online melaporkan, Clyne Solano, 22 bulan, dilahirkan dengan keadaan 'hydranencephaly', iaitu satu keadaan yang mana terdapat satu otak kecil dan cecair di dalam kepalanya.


Kredit foto: Mail Online
Kanak-kanak dari Filipina itu kini memerlukan pembedahan rekonstruktif untuk memulihkan bentuk tengkoraknya.

Namun ibunya Justine Gatarin berkata, "Saya tak mahu meneruskannya buat masa ini kerana saya takut bayi saya belum cukup kuat."


"Sebab itulah saya susah nak buat keputusan. Jika tidak melakukannya, kepalanya akan kelihatan seperti itu sepanjang hayat.

"Ada yang kata kepalanya macam tanduk syaitan, tapi tidak bagi kami. Hati saya hancur luluh melihat dia menderita."

Kredit foto: Mail Online
Solano yang diberi makan melalui tiub dan satu lagi tiub dimasukkan ke dalam saluran pernafasannya kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Kanak-Kanak di Pasig, Filipina, sebuah bandar di Manila, yang menempatkan 12.9 juta penduduk.

Gatarin, 21, berkata: "Anak saya sudah menjalani pembedahan untuk hydronencephalynya. Ini menjadikan kepalanya berlekuk di tengah.

Kredit foto: Mail Online
"Untuk membetulkannya, dia memerlukan pembedahan rekonstruktif.

"Kami menjual hampir semua yang kami ada untuk mendapatkan wang yang cukup untuk pembedahan itu. Tetapi selepas pembedahan kami masih perlu kembali ke hospital dengan kerap.

"Tiub di leher yang membolehkannya bernafas perlu diganti setiap enam bulan. Saya sedih melihat bayi saya menderita seperti ini.

Kredit foto: Mail Online
"Kalaulah saya boleh menggantikan tempatnya, saya akan melakukannya sekarang. Kami akan terus berjuang untuk Clyne.

"Jika dia tidak kuat, kami akan sentiasa berada di sampingnya.

"Kami dengar cerita tentang bayi hydranencephaly yang dapat hidup sehingga remaja. Clyne kuat, saya tahu dia boleh bertahan." -CARI
17

Bagus
27

Marah
20

Terkejut
28

Sedih
24

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 13-11-2018 06:10 PM
Kesiannya.. Yg dapat anak sihat walafiat plak tak reti bersyukur dibantai sampai mati.
Yang cmni bermati2an cari duit nak selamatkan anak
Quote Bilissey 13-11-2018 06:45 PM
Semoga cepat sembuh dik {:cryrun
Quote amyza 13-11-2018 07:06 PM
Bangga dengan semangat parents ni walaupun umur muda lagi. Tak putus asa.
Quote aderaderker 13-11-2018 07:17 PM
Moga pembedahan tu berjaya.
Kesian adik.
Quote nurul_akmar 13-11-2018 07:22 PM
tajuk berita pon dah mengeji budak ni. siap tmbh syaitan lg..
Quote buapakperut 13-11-2018 07:58 PM
syukur anakn iols sihat. semoga adek ni sembuh.. kesian sgt2.
Quote dani-rox 13-11-2018 08:01 PM
aduii... kesian baby. semoga cepat sembuh, nak. kuat semangat parents, harap ada la golongan jutawan pilipin yg sudi memberikan bantuan.
Quote milanhawkin 13-11-2018 09:23 PM
kesiannya... get well soon baby...
Quote zaziot 13-11-2018 09:44 PM
semoga ibubapa nye kuat semangat and never give up

Quote EvieWanKenobi 13-11-2018 10:13 PM
semoga ibu bapanya diberi kekuatan..
Quote riyadhK 13-11-2018 10:29 PM
Semoga segalanya dipermudahkan
Quote bellaa 14-11-2018 07:02 AM
Get well soon, my dear.
Quote sarahmirza 14-11-2018 07:05 AM
Semoga terus kuat baby..
Jahat betul tajuk thread ni...
Quote chinta89 14-11-2018 08:28 AM
sape yg mengeji tu, mohon terhapus di muka bumi!
Quote teen_angelJB 14-11-2018 09:26 AM
Tu la kn..
Sesungguhnye ujian Allah tu maha adil..
Diberi anak istimewa ni hnya yg kuat mampu menahan..
Mcm haritu tgk majalah 3..anak istimewa..x semua parents mampu nk jadi kuat..jadi kental nk jaga anak2 ni..
Me yg alhamdulilh..anak cuma diuji sakit.demam pun da pening nk hadap kekadang..
Semoga kite semua diberi kekuatn dan kekentalan dlm menjaga amanah Allah dan sayngi la anak2 kita ..huhu
Quote Supersirap 14-11-2018 09:46 AM
doakan yang terbaik kepada bayi berkenaan
Quote mieymiey 14-11-2018 10:02 AM
Kesiannya
Semoga dipermudahkan semuanya.
Semoga adik ni diberikan kesembuhan.
Dan semoga ibubapa adik ni diberikan ketabahan.
Quote meklalala 14-11-2018 10:14 AM
kesiannya..semoga makpak dia diberi rezeki dan adik ni segera sembuh..
Quote DeeHanania 31-1-2019 09:01 AM
simpati pada c anak,
semoga dberikan kesembuhan
jugak buat kdua ibubapa yer cukup tabah hadapi dugaan

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061540 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top