CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebak, Tunku Tun Aminah Menangis Ketika Ziarah Zaibo

13-11-2018 01:23 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 17453| Komen: 88|Original author: Oleh: Ain

Industri seni dan peminat digemparkan dengan berita terkini pelakon dan pelawak veteran, Zaibo yang disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat.

Selain rakan artis, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim turut mengambil kesempatan untuk menziarahi Zainal Ariffin Abdul Hamid, 62, yang lebih mesra disapa Zaibo di kediamannya di Rengit, Batu Pahat.



Difahamkan, Tunku Tun Aminah begitu meminati Zaibo dan sitkom Under One Roof merupakan kegemarannya ketika kecil.

"Saya beritahu suami betapa lucunya dia dan menunjukkan video Zaibo kepadanya," kata Tunku Tun Aminah yang sebak ketika meluangkan masa bersama pelakon kegemarannya itu.





Malah, ada suatu ketika Tunku Tun Aminah tidak dapat mengawal perasaannya hingga dilihat mengalirkan air mata.





Adinda Tunku Tun Aminah iaitu Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim mangkat pada 2015 juga akibat kanser. Mungkin sebab itulah dia merasakan Zaibo begitu dekat dengannya.

Orang ramai turut berasa sebak melihat tahap kesihatan terkini Zaibo yang dilihat terlalu kurus dan tidak bermaya.


Kredit foto: IG The Royal Johor

Selain mendoakan kesihatan Zaibo, orang ramai turut berterima kasih kepada Tunku Tun Aminah kerana meluangkan masa bersama Zaibo serta memuji sikapnya yang sopan dan merendah diri. 


Loading FB Post...


Loading FB Post...

Semoga Zaibo dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. - CARI
23

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 13-11-2018 01:32 PM
semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan pak zaibo..

TTA sweet sgt,..
Quote KILL_NANCY 13-11-2018 01:34 PM
ya Allah kurusnya zaibo.

diharapkan budak2 raja lawak, lagi2 kumpulan Sepah datang melawat oldtimer ni.dulu raja lawak orang ni lah bagi perangsang kat diorang.dia puji dari bumi ke langit.best kalau sampai turn dia komen.

semoga dipermudahkan segala urusanmu tai.
Quote kikilala_comei 13-11-2018 01:37 PM
sedih lakk tgk zaibo. bertambah kurus...
Quote deekhan 13-11-2018 01:37 PM
TTA MESTI TERINGAT ARWAH ADIK DIE KU JALIL MENINGGAL SBB KANSER GK KN.
Quote BoongaKertas 13-11-2018 01:38 PM
Allahuakbar. Sedih pula tgk zaibo. Semoga dipermudahkan urusan dia.
Quote LadyDiddy 13-11-2018 01:44 PM
Kesiannya tengok Zaibo kurus macam tu...
Semoga diberikan kesembuhan
Quote myakayina 13-11-2018 01:49 PM
aku tengok pic ni saja pun dah sebak..  so kind and humble Ku Inah & hubby dtg melawat zaibo..
under one roof tu mmg best..selain tu spanar jaya pun best zaibo ni berlakon.. last aku tengok lakonan zaibo ni pun drama fatonah azali tula aritu.. lps tu maybe dia dah tak berlakon dah lagi..

Quote syidasaleh 13-11-2018 01:51 PM
Kurusnya uncle zaibo. Teringat cerita spanar jaya. GWS uncle
Quote gummiebear 13-11-2018 02:08 PM
Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan, uncle Zaibo
Quote CiliPadiSedap 13-11-2018 02:16 PM
TTA ni bagus baik berlakikan suami orang putih tak berlagak macam sesetengah diva dapat suami orang putih perasan diri dah jadi orang putih. character dia sama dengan arwah tengku jalil. respect ku aminah
Quote puanbintang 13-11-2018 02:18 PM
semoga diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan ini dan  dipermudahkan segala urusan untuk zaibo.
Quote weezerfan 13-11-2018 02:19 PM
Yelah.. Dlm family dia pon ada meninggal sbb kanser haruslah dia pon dok teringat jugak
Quote talapia 13-11-2018 02:19 PM
ha'ahla... Zaibo berlakon Under One Roof kan dulu ... Aku pon suka citer tu.. Tan Ah Teck.. eh sape la lagi watak dia.. Denise.... bebudak Johor slalu la tgk sitcom tu dulu... dapat tgk channel Singapore.

Kurus betul dia sekarang.. Semoga Allah permudahkan segala urusan dia... Mujurla di saat2 mcm ni dia dah punya keluarga utk jaga dia. Niat dia yg ikhlas kawin dengan janda anak ramai.. dibalas Allah dengan kebaikan.
Quote de_ikea 13-11-2018 02:20 PM
Semoga dipermudahkan urusan zaibo. Kurus. Dah rupa somebody else.
Untung Allah temukan jodoh di akhir usia. Ada isteri anak yg sudi menjaga.
Quote wadiunong 13-11-2018 02:25 PM

walaupon kurus sakit tapi iols tengok air muka Zaibo bersih je. Penyakit yang Allah bagi tu penghapus dosa2 .
Quote Carcosa 13-11-2018 02:26 PM
Aduiiiii. Dgn aku2 skali menangis tgk gambar2 ni
Quote MsKathryn 13-11-2018 02:26 PM
Kesian, kurusnya pak zaibo..
Semoga cepat sembuh.
Quote kokocrunch 13-11-2018 02:28 PM
Semoga dipermudahkan urusannya
Quote Sham143 13-11-2018 02:30 PM
Semuga Zaibo cepat sembuh..Seorang puteri raja yg baik..dari air muka pun nampak baik..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.043809 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top