CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dia Bukan Anak Aku,"- Tular Kisah Abai Tanggungjawab, Lelaki Jawab Fitnah Dari Bekas Isteri

13-11-2018 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25052| Komen: 322|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kecoh sebelum ini bila seorang wanita mendakwa bekas suaminya mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Tidak berdiam diri, lelaki berkenaan tampil menafikan segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya di Twitter menggunakan akaun @nori.


Kredit foto: Twitter
Menurut Shahrul Fazlim, 21, isu mengabaikan tanggungjawab tidak wujud memandangkan dia bukanlah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

"Saya tak faham dan berasa terkilan bila bekas isteri saya viralkan saya begini. Bila saya tanya apa motif dia cakap saja-saja untuk puaskan hati. Seolah-olah dia tidak menghargai langsung apa yang saya pernah lakukan untuk dia selama ni.

"Sebenarnya bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib saya beri nafkah kepada anak itu sebab dia bukan anak kandung saya. Sekali pun saya nak beri (nafkah) ia umpama hadiah kerana anak itu tiada kena mengena dengan saya," katanya kepada mStar Online.


Bukti bukan anak kandung, Kredit foto: mStar Online
Tambahnya lagi, bekas isterinya itu juga telah memberi amaran supaya dia tidak lagi berjumpa dengan anaknya.

"Sebelum ini dia sendiri yang 'haramkan' saya berjumpa dengan anak itu.

"Bila saya ikutkan seperti yang diminta, dia fitnah saya begini. Saya pun tak faham apa yang dia mahukan."

Penceraian tidak berlaku kerana wujudnya orang ketiga, sebaliknya hubungan yang dibina selama setahun itu retak kerana masing-masing bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

"Sejujurnya perkahwinan kami tidak direstui keluarga. Saya berkahwin dengannya ketika kandungannya berusia empat bulan.

"Sebab itu ibu saya tak boleh terima saya jadi 'pak sanggup'. Yang pasti, kami bercerai bukan disebabkan wanita dalam gambar itu dan saya tidak pernah ada perempuan lain sepanjang bergelar suaminya."

Sebelum itu, Nori mendakwa yang Shahrul mengabaikan anak mereka.

Tulisnya, "Sudah la tidak bertanya khabar dan menjenguk si anak yang sakit, malah bermadu kasih pula di laman media sosial!"


Shahrul membalas dengan menyatakan,"Saya sayangkan anak itu dan menganggap dia seperti anak saya sendiri.

"Saya pernah beritahu Nori untuk buat surat dan menyerahkan hak penjagaan kepada saya jika dia tidak mampu untuk membesarkan anak itu seorang diri, saya sudi membantu. Tetapi dia tidak mahu.

"Sepanjang perkahwinan juga saya sangat menjaga makan minum dan nafkah mereka,"

"Netizen yang tidak tahu apa masalah kami, tak sepatutnya mencampuri urusan ini lebih-lebih lagi menghina saya kerana ia tidak adil untuk saya dan wanita itu.

"Lebih-lebih lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Bila dah viral begini, saya kasihan kerana dia turut terpalit dalam masalah ini.

"Guru-guru dan rakan di sekolah juga menuduh dia merampas suami orang."

Shahrul berharap bekas isterinya itu untuk 'move on' dan meneruskan kehidupan masing-masing.

"Saya harap dia tidak ganggu kehidupan saya selepas ini.

"Hak saya untuk menentukan dengan siapa saya nak berpasangan atau kahwin," -CARI
12

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 13-11-2018 01:19 PM
bbnus sangat. baby tu binti nama lain pastu bapa binti nama lain boleh ea rupanya
Quote chiquititamichi 13-11-2018 01:27 PM
kihkihkihhhh...mendapatlah..masing2 gatai nak  mengeseks.....yg si jantan pun makwe baru budak  x abis spm g....apenye budus....siannye kelompok manusia ni...patut 3 ekor monkey x hidup awal2 dulu...xdelah baby yg x berdosa tu kuar
Quote gujiwa 13-11-2018 01:27 PM
ha ah boleh ye gitu... awat pelik sangat sijil tu.. tak tahu plak boleh gitu,.. dah sah2x  dalam tu nama bapa..
Quote paz 13-11-2018 01:29 PM
Wah bukan main betul masalah budak-budak sekarang.
Quote Lolalala 13-11-2018 01:33 PM
Bila budak jadi mak orang....Nak malukan orang lain, dah terbukak aib sendiri. Kira bagus jugak laaa laki ni(walaupun gf baru nak amik spm). Dia sanggup nak pelihara anak tu
Quote BoongaKertas 13-11-2018 01:36 PM
Bukan dlm Islam kalau kandungan tu tak mencecah beberapa bulan, dia boleh dibintikan dgn nama suami? Tak silap, kandungan x sampai 3-4months. Ke iols salah ni? So by right, tu anak dia lah.
Quote syidasaleh 13-11-2018 01:41 PM
buapakperut replied at 13-11-2018 01:19 PM
bbnus sangat. baby tu binti nama lain pastu bapa binti nama lain boleh ea rupanya

Tula. Bg pulak jpn mcm tu. Pelik jugak ni.dah tu nama kan je la si syahid tu as bapak. Br 20 thn 21 thn. Tak fikir pjg ke. Dah semua tau awak pregnant dulu baru kahwin. Kesian baby tu oii
Quote talapia 13-11-2018 01:52 PM
BoongaKertas replied at 13-11-2018 01:36 PM
Bukan dlm Islam kalau kandungan tu tak mencecah beberapa bulan, dia boleh dibintikan dgn nama suami? ...

rasanya kalau kandungan belum 4 bulan.... dia kawin dengan lelaki yg buntingkan dia... anak tu bole dibintikan dengan si bapa. Tapi utk kes ni... bapak ni xde kena mengena... ala2 pak tiri ajela... sbb bukan dia yg buntingkan pompuan tu

Quote meow_tompok 13-11-2018 01:55 PM
BoongaKertas replied at 13-11-2018 01:36 PM
Bukan dlm Islam kalau kandungan tu tak mencecah beberapa bulan, dia boleh dibintikan dgn nama suami? ...

atas kertas surat beranak je jadik bapak budak tu secara biologi tetap bukan anak dia, perempuan mengandung anak org lain, dia jadik pak sanggup je. Ahli keluarga pun tahu
Quote meow_tompok 13-11-2018 01:57 PM
talapia replied at 13-11-2018 01:52 PM
rasanya kalau kandungan belum 4 bulan.... dia kawin dengan lelaki yg buntingkan dia... anak tu bol ...

anak tu pun tak bole tuntut hak waris pusaka kan
pak pun dah cerai dgn ibu sendiri


Quote sheqim 13-11-2018 02:02 PM
yaaaaa... mudanya dah duda-janda... pening aku baca.. hahahaha
Quote gummiebear 13-11-2018 02:05 PM
Patutla awek tu nampak budak sangat belum habis spm ropenya.. mesti stress dikecam kawan2 kat sekolah. Muda2 dah kena hadap benda2 gini
Quote talapia 13-11-2018 02:07 PM
meow_tompok replied at 13-11-2018 01:57 PM
anak tu pun tak bole tuntut hak waris pusaka kan
pak pun dah cerai dgn ibu sendiri

untuk kes mamat ni... nak tuntut apa pon x bole sbb bukan darah daging dia. Dia cuma suami kepada ibu budak ni. Sama mcm pak tiri je standard nya...

Alangkan kalau mamat ni yg buntingkan si ibu (genetically budak tu darah daging dia) pon... rasanya xbole jadi wali n waris pusaka.. sbb anak tu x sah taraf. Ni kena cek mereka yg arif la..

as for this case.. obviously takde kene mengena budak ni n lelaki tersebut.


Quote prettyuglybabe 13-11-2018 02:09 PM
klu kes macam ni bukan bahagian bapak tu ditulis 'maklumat tidak berkenaan' ke?
Quote CiliPadiSedap 13-11-2018 02:11 PM
paz replied at 13-11-2018 01:29 PM
Wah bukan main betul masalah budak-budak sekarang.

ada lagi teruk masalah daripada masalah stokin dan kasut color apa? kasihan budak2 sekarang. patut menteri fokus hal sex bebas pelajar sekolah
Quote CiliPadiSedap 13-11-2018 02:13 PM
BoongaKertas replied at 13-11-2018 01:36 PM
Bukan dlm Islam kalau kandungan tu tak mencecah beberapa bulan, dia boleh dibintikan dgn nama suami? ...

xboleh ni bab nasab. anak tiada susur galur sah dengan si bapa xboleh sesuka hati bin kan. tak pasti mazhab2 yang ada. sebab kita ada 4 mazhab jadi pandangan mungkin ada perbezaan bab ni. cuma bab ni akak rasa hukum tak boleh bin kan sebab bukan nasab asli.
Quote BoongaKertas 13-11-2018 02:14 PM
CiliPadiSedap replied at 13-11-2018 02:13 PM
xboleh ni bab nasab. anak tiada susur galur sah dengan si bapa xboleh sesuka hati bin kan. tak pas ...

oh mcm tu ke kak? maybe iols yg salah fhm kot. maceh atas pencerahan
Quote BoongaKertas 13-11-2018 02:15 PM
talapia replied at 13-11-2018 01:52 PM
rasanya kalau kandungan belum 4 bulan.... dia kawin dengan lelaki yg buntingkan dia... anak tu bol ...

meols salah lah all this while sbb ingtkan tak kesah lah bapa ke x as long belom sampai 4 bulan, boleh dibinti kan dgn suami tu. rupanya meols silap. thanks atas pencerahan
Quote bangcak 13-11-2018 02:16 PM
benda dah berlaku.

netizen takbleh terus menerus menyalahkan jantan takguna tersebut.
suma kena fokus pada apa tindakan pompan tu utk membesarkan anak.
kenapa pompan tu gagal mengurus anak2.

jgn la terus menerus menyalahkan kisah terdahulu.

Lihat semua komen(322)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045251 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top