Kalau memasak sayur lemak, bila letak fucuk soya tentu sekali membangkitkan rasa yang enak kan. Bukan sayur lemak sahaja, macam-macam masakan yang menggunakan fucuk sebagai bahan untuk membuatnya.
Tetapi kini, kebersihan dan kehalalan dalam pemprosesan fucuk soya ini menjadi keraguan kebanyakan masyarakat kita. Sehinggakan ada di antara kita yang tidak memakan fucuk dek kerana keraguan. Jadi, nak dapatkan fucuk soya yang diyakini bersih dan halal? Apa kata buat sendiri sahaja dirumah. Jom ikuti resipi dan cara membuat fucuk secara homemade ini yang telah dikongsi oleh Lemang Biru di laman facebooknya. Bahan-bahan Air soya segar - Air soya tanpa gula. Chopstik secukupnya. Cara-cara membuatnya 1. Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang kecil sahaja. Untuk mengelakkan hangus. 2. Biarkan air soya di dalam periuk memanas. Jangan dikacau. 3. Tiba suatu ketika, bahagian atas soya akan berkedut-kedut dan bertukar warna kekuningan. 4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi fucuk yang melekat dengan dinding periuk supaya lapisan fucuk mudah untuk diangkat nanti. 5. Ambil chopstik dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sehinggalah air soya di dalam periuk itu habis. 6. Keringkan air pada fucuk dan dijemur sehingga betul-betul kering. Sedia untuk digunakan untuk dimasak. Selamat mencuba. - CARI Kredit : Lemang Biru
|
6
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bawangkecik replied at 19-11-2018 02:41 PM
why fucuk bukan pucuk huhuh
ADVERTISEMENT