CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pengawal Bank Tidak Waras

17-9-2013 02:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13195| Komen: 99


TAN menunjukkan cara pengawal keselamatan itu mengacukan senapang ke arahnya.

Sungai Petani 17 Sept: Seorang peniaga wanita berusia 46 tahun mendakwa terkejut dengan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah bank, di sini, yang mengacu senapang pump gun kepadanya selepas berlaku pertengkaran akibat kekasaran ketika berkunjung ke bank berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu ketika Tan Sock Hoi mahu memasuki bank bagi mengambil buku, namun berlaku pertengkaran dengan lelaki berusia 40-an berkenaan yang kemudian mengacu senapang ke arahnya ketika dia mahu keluar dari premis itu.

  Tan dari Bedong, di sini, berkata, dia terlewat ke bank terbabit dan memaklumkan kepada pengawal keselamatan dia mahu masuk untuk mengambil buku ceknya yang habis kerana institusi kewangan itu akan ditutup selama tiga hari berikutan cuti umum.


Katanya, pengawal keselamatan itu tidak membenarkannya, tetapi rakan sekerjanya yang mendengar permintaannya membuka pintu.

Bagaimanapun, dia mendakwa pengawal pertama menolaknya dari belakang ketika dia mahu masuk.

“Ketika hendak keluar selepas urusan selesai, saya bertanya kepada pengawal keselamatan terbabit kenapa dia menolak saya.


“Lelaki itu mengambil objek plastik keras yang menahan pintu lalu memukul kepala, lengan kiri dan tangan kanan saya. Saya yang berasa sakit cuba mempertahankan diri sebelum berlaku pertengkaran.

“Pengawal keselamatan itu bertindak keterlaluan apabila mengangkat senapangnya dan mengacu ke arah saya menyebabkan saya terkejut. Malah, beberapa pegawai dan kakitangan bank yang melihat kejadian itu juga tidak berbuat apa-apa terhadap pengawal keselamatan terbabit,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang Simon Ooi di pejabat ADUN berkenaan, di sini, petang kelmarin.


Menurutnya, dia terkejut apabila tiga kakitangan lelaki bank itu menangkapnya sedangkan mereka sepatutnya menahan pengawal keselamatan terbabit yang mengacu senapang ke arahnya.

Katanya, dia kesal dengan tindakan pengawal keselamatan terbabit dan pengurusan bank kerana tugas pengawal keselamatan adalah memastikan keselamatan di premis terbabit, tetapi sebaliknya berlaku.

“Saya kecewa serta takut selepas kejadian itu. Berikutan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani agar tindakan dapat diambil terhadap pengawal keselamatan terbabit,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian, berkata siasatan sedang dijalankan dan pihak polis sudah mengenal pasti pengawal keselamatan terbabit untuk tindakan lanjut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jasmeen 17-9-2013 10:03 AM
Ah soh ni kasar kot...lagipun ceritanya cam dia innocent sok suci gitew....pada aku org bank takkan berkasar kalau dia x carik pasal...bank sila sertakan bukti cctv kot....
Quote InVendeTTa 17-9-2013 10:04 AM
ah so celupar vs pak guard baran
kalo ade video mesti lawak
suka tengok video ah so meroyan nih
Quote jasmeen 17-9-2013 10:04 AM
P/s teringat ah beng kena flying kick kat kfc...tulah...gasang sangat gara gara nak makan ayam je pun...dah macam gaya orang barbar hahahahhahahaahha
Quote md_nana 17-9-2013 10:07 AM
kene provok le tu.
jenis tak sabar dua2 neh kot.
Quote kecimpret 17-9-2013 10:10 AM
ah soh celupar mulot longkang camne pun..mmg melampau laa sampai hala pump gun..gile ke ape nak tembak org sbb hal remeh
Quote iza_yuss 17-9-2013 10:13 AM
x yah cakap banyak la....

tgk cctv jek..... betul ke x dakwaan pompuan ni

~~bg aku betul apa guard x kasik masuk dh pukul 4 tu..... dah prosedur camtu....
Quote jfq 17-9-2013 10:14 AM
Jap lagi cctv part tolak2 pukul2 acu2 senapang kena padam
Quote solstice 17-9-2013 10:20 AM
Mengikut pengalaman aku rasanya minah ni spesis kurang ajar
Tak de nya security tu tiba2 nak pukul tanpa sebab
Quote PICes_Boy 17-9-2013 10:23 AM
cctv plisss...
Quote kenarikelabu 17-9-2013 10:26 AM
skg nih ada cctv pon tak guna...sape2 yg byk duit, jolok duit jer scene tertentu leh hilang. silap2 ngn cctv tu pon leh hilang
Quote zorrro_03 17-9-2013 10:26 AM
Kalau pak gurad tu betul2 pump peluru baru betina lanc*u ni tahu apa rasa. Byk cakap pulak lps langgar peraturan bank.
Quote gaara_X 17-9-2013 10:26 AM
kekadang depa nie banyak tokok tambah cerita
Quote NeoMatrix 17-9-2013 10:30 AM
2 - 2 jenis spesis low IQ.
Quote specter 17-9-2013 10:47 AM
biasanya ah so ni mulut celupar. orang kaya banyak duit. cakap kurang ajar. pandang rendah pak guard. mmg kena mcm tu.
Quote OrangKita 17-9-2013 10:47 AM
dengar bole...
percaya...tgk bukti dulu....

aku sllu gak g bank...
jenis2 'bangsa' ni mmg ramai yg kurang ajor...(bukan rasis eh...)
takat guard..kerani bank..mmg diorg wat dek jek..
Quote kegimaru 17-9-2013 10:48 AM
berkecai pala klu guard tu tertembak
Quote azmanal 17-9-2013 10:55 AM
citer betul ke ah soh ni?
Quote tupaiterbang 17-9-2013 10:59 AM
ah so ni mmg celaka..bangsa mcm ni suka provoke org
Quote dualchicks 17-9-2013 11:02 AM
solstice posted on 17-9-2013 10:20 AM
Mengikut pengalaman aku rasanya minah ni spesis kurang ajar
Tak de nya security tu tiba2 nak pukul  ...

Meh aku pukul paler ngko dgn pembaris besi....walaupun ada SEBAB??? apa perasaan ngko???
Dalam SOP pengawal keselamatan ada state ke...kena pukul kepala pukul lengan kiri kanan???
DUNGU laa ngko

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.318319 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top