CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengalaman Mistik Pemandu Grab, Duit Tambang RM8 Bertukar Jadi Daun Kering

12-11-2018 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8415| Komen: 75|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang pemandu Grab berdepan dengan pengalaman mistik apabila wang tunai yang diterimanya bertukar menjadi daun kering.

Tambang RM8 yang dibayar oleh seorang penumpang wanita bertukar menjadi daun kering dan kisah ini diceritakan sendiri oleh isterinya menerusi Twitter.


Foto: Twitter
Menurut wanita yang dikenali sebagai Farah itu, suaminya mengambil penumpang tersebut berhampiran Pasar Gunung Rapat menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.

"Masa dia ambil penumpang tu kira-kira pukul 7 malam, dah Maghrib. Kebetulan kawasan tu dekat dengan rumah kami dan itu trip terakhir, jadi dia terima permintaan penumpang itu.


"Dia turunkan penumpang tu dalam pukul 7.10 malam. Wanita tu memang bagi duit tambang RM8 dalam bentuk RM1 sebanyak lapan keping dan suami pun masukkan wang tu dalam dompet dia.

Foto: Twitter
"Namun sudah jadi amalan dia akan periksa dompet selepas hantar penumpang sebab dia akan pindahkan duit tersebut ke dalam 'pouch'. Bila buka je dompet, tengok ada daun," jelasnya ketika dihubungi oleh mStar Online.

"Suami mesej saya dekat WhatsApp mengenai daun tu. Saya tak fikir langsung benda pelik-pelik. Ingatkan suami nak buat lawak sebab dia memang suka bergurau.

"Sampai je dekat rumah, bila dia buka cerita tu saya terkedu seketika. Biasalah mesti fikir hantu dulu. Suami pun pelik sebab daun kering dalam dompet dia tu ada lapan helai.

"Suami pun terus buang daun tu sebab macam bahaya nak bawa balik benda dia sendiri tak tahu apa. Lagipun kami ada anak kecil."

Foto: Twitter
"Suami pun macam tak sedap hati sebab dia kata gaya perempuan tu pun pelik. Dia kata wanita tu suka gelak. Sikit-sikit gelak. Bila langgar lubang pun gelak.

"Dari gaya percakapan wanita tu orang Indonesia. Tapi sampai sekarang kami masih lagi tertanya sama ada dia adalah manusia atau sebaliknya," tambahnya.

"Ada juga yang cakap wanita tu mungkin hantu. Ini kerana hantu pun guna duit dekat alam bunian untuk buat sebarang bayaran.

"Namun saya lebih suka buat kesimpulan wanita itu adalah manusia sebenar dan dia mengamalkan ilmu tarik duit. Itu lebih logik."

"Pelik ada juga orang zaman sekarang ni nak guna ilmu untuk bayar Grab. Dahlah tambang RM8 je, kalau RM800 fahamlah juga.

"Jadi kepada pemandu Grab sila berhati-hati. Nasiblah tambang tadi hanya RM8 je. Kalau RM60 ke apa, rugi kena pukau. Tapi saya anggap itu bukan rezeki suami." -CARI
15

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 11-11-2018 11:18 PM
x caye aku. hantu pakai apa install grab??
Quote 234126 11-11-2018 11:18 PM
Edited by 234126 at 11-11-2018 11:21 PM

Ada baca tadi kat insta. Elok 8 keping daun kering ganti rm8. Wife dia agak logik salahkan ilmu hitam nak elak membayar daripada hantu yang naik grab. Tapi ada betulnye,ilmu hitam pukau tu lebih logik. Takkan la hantu boleh book grab pastu bayar duit singgit2 camtu kan

Just yang seram sebab jadi pukul 7 dekat nak maghrib. iol memang tak berkenan ada luar rumah remang senja. Maybe since kecik parents dah sogok nanti kena sorok dgn hantu tuuuuuut so anything yg happen masa senja ni cepat je bagi iol seram
Quote TuntungReturn 11-11-2018 11:20 PM
Tapi trip yang tu suami tak rugilah sebab nenek tu guna kod promosi Uber

..ok ni lawak. hantu pandai guna kod promosi
Quote R2D2 11-11-2018 11:25 PM
ni hantu era Malaysia Memilih
tentu la ada perubahan berbanding hantu dulu-dulu cuma tahu mengusik ja
Quote harizs 11-11-2018 11:25 PM
Kisah2 kak hasanah kembali daaaa
Quote CiliPadiSedap 11-11-2018 11:36 PM
biasanya kalau driver guna kod grab or uber akan kena buang atau displin . mungkin hantu ni customer alam ghaib
Quote MarryPottet 11-11-2018 11:42 PM
Edited by MarryPottet at 11-11-2018 11:45 PM

Kalau dulu selalu kita dengar cerita orang nampak hantu terbang & yg paling hazab sekali ialah hantu pocong yg gigih terloncat loncat sambil seluruh badan terikat utk sampai ke destinasi. Atau kalau hantu versi malas kedaung akan tumpang naik kereta @ tumpang bonceng motor. Tapi sekarang hantu dah advance seiring dengan perkembangan teknologi digital. Mereka dah pandai guna smartphone, donlod & guna apps. In future kita akan dengar cerita hantu yg jadi driver grab atau pilot ketebang pulak
Quote hyie 12-11-2018 12:16 AM
sebelum ni kan ada jugak kes hantu naik grab/uber. Orang tu hantar sampai ke kawasan kubur tak silap. Tak pastilah tu cerita berunsur kak hasanah ke tak
Quote JamesDeen 12-11-2018 12:22 AM
video tak dak dok sibuk berulang kicau...ghapla jingga hangpa...wakakakakakkakaka
Quote grouper 12-11-2018 12:29 AM
Laki die x bising2 pun tapi bini terhegeh hegeh nak viral.. getik benor
Quote Aerhys 12-11-2018 12:46 AM
Hantu pun prefer grab dari teksi
Quote Shirley23 12-11-2018 12:46 AM
Edited by Shirley23 at 12-11-2018 12:48 AM

Kalau laki dia kena pukau ke, pompuan tu testing ilmu hitam dia ke iols percaya . Benda-benda gini memang wujud.

Memandangkan mastika dah gulung tikar, melepas ler peluang cerita ni nak masuk majalah
Quote pearl.silver 12-11-2018 12:55 AM
Laki dia mesti jenis magnet makhluk halus
Mudah jumpa
Sbb tu laki dia x kepochi pun..sebab dah biasa sangat
Quote armin 12-11-2018 01:00 AM
Takkanla reti guna promocode.. masa nak set account hantu tu verify acc guna sms ke? Hahahhaa
Quote dani-rox 12-11-2018 01:08 AM
ai baca dgn minda terbuka hokeh. bila masuk part nih:

Tapi trip yang tu suami tak rugilah sebab nenek tu guna kod promosi Uber.

r u serious?
Quote buapakperut 12-11-2018 01:22 AM
gigih hantu sekarang,ada smartphone pandai pakai kupin bagai. jadi drebar teksi jela balik
Quote ffbeauties 12-11-2018 01:36 AM
Yang i perasan bbnu sekarang kuat betul percaya bab bab mistik. Video kena rasuk time live la, video hantu melintas time record nyanyi la, hantu tegur time live la, nenek sembang dengan hantu luar rumah...
Kuat sangat berkhayal sampai dah xleh pikir logik ke tak agaknya.
Quote akusukaq 12-11-2018 02:18 AM
ffbeauties replied at 12-11-2018 01:36 AM
Yang i perasan bbnu sekarang kuat betul percaya bab bab mistik. Video kena rasuk time live la, video ...

kau blum jmpe boleh la cakap bsar..  jmpe kalu trkincit la ko dlm sluar..
Quote jejaka_hensem 12-11-2018 05:12 AM
logik ke daun dlm dompet lipat,tapi bila bukak wallet tu,elok jah daun xde kesan lipat pun?
agak2 la nak menipu pun.

yup,makhluk halus syaitan,iblis sume tu memang wujud,disebut dlm kitab al quran.

segala jenis hantu tu,kepercayaan umat melayu jah ya..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058516 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top