Mengejutkan bila hubungan suami isteri yang sudah menjangkau usia 40 tahun lama berakhir dengan kejadian yang begitu tragis. Memetik Detik News, bertempat di Sulawesi Selatan, seorang suami yang berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya yang berusia 60 tahun gara-gara enggan melakukan hubungan intim.
Difahamkan juga pasangan ini baru merujuk kira-kira dua bulan lalu selepas bercerai. "Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya. Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa," ujar jurucakap polis, Abdul Rahim. Dalam pada itu, menurut anaknya, bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi.
"Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik," ujar anaknya yang dikenali sebagai Andi Asrul. - CARI
|
18
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hotmak replied at 12-11-2018 12:19 PM
errr takkan pakcik ni on dadah kot, siap berhalusinasi bagai, umur dah 80 nafsu masih muda
ADVERTISEMENT