CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selaput Dara Dan Dubur Koyak, Bayi 9 Bulan Maut

12-11-2018 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20482| Komen: 194|Original author: Oleh: Myra Rozi

Perbuatan tidak berperikemanusiaan suami kepada seorang pengasuh menyebabkan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut.

Dalam kejadian di Bandar Baru Bangi itu, mengasa meninggal dunia selepas dua hari kritikal di Hospital Serdang.


Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, 

“Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, semasa dihantar ke rumah pengasuh pada waktu pagi, mangsa dalam keadaan baik.

"Namun, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas pada sebelah petang dan dikejarkan ke Klinik Bandar Baru Bangi, sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa, dan dubur mangsa juga mengalami koyakan.”

Foto: mStar Online

Punca kematian mangsa disebabkan impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala, dengan tempurung kepala bayi pecah.

“Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan mangsa.”

Menurut sumber lagi, ibu bapa mangsa tinggal di kawasan perumahan sama dengan pengasuhnya dan telah menghantar bayi mereka ke sana sejak September lepas.

Pihak berkuasa sudah menahan pengasuh serta suaminya yang bekerja sebagai penggunting rambut.

“Kita menahan pengasuh berusia 28 tahun bersama suaminya, 36 tahun, semalam (Jumaat). Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif Methaphetamine.”

Lelaki itu ditahan reman lima hari sehingga Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -CARI
16

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 11-11-2018 12:07 AM
sedihnya...sapa lah pelaku nya ni...makan apa hari2...sampai buta hati perut cmni..
wahai anak...
berehat la sayang...kamu sdg bahagia d syurga...
skrg...
Quote ninja boy 11-11-2018 12:17 AM
Manusia teruk zaman skrg, punya ramai ayam bayar 50, bayi juga ditala
Quote nishikido 11-11-2018 12:18 AM
Iblis mana sesat ni..bangsat punye perangai.depan belakang ko sesah..budak 9 bulan lah bangang.ko takde hati perut ke..eh asal jahat sangat ni.dah tu ko dera lagi sampai retak tempurung kepala.anak orang lah yg kau buat tu setannnn..
Quote snazzydaisy 11-11-2018 12:18 AM
u can now rest in peace wahai baby gurl
Suami pengasuh? Depan & belakang? Dude, u r f*cking crazy, senseless!
Quote missDollie 11-11-2018 12:25 AM
Speechless...
Quote Aerhys 11-11-2018 12:30 AM
Kenapa lately banyak sgt news jenayah seksual dan pedofilia di malaysia ni? Lelaki malaysia dah kegersangan sangat kah? Minta jauh dari lelaki2 mental seperti ini dari diri, keluarga dan sahabat handai kita.
Quote spiderman80 11-11-2018 12:32 AM
Aerhys replied at 11-11-2018 12:30 AM
Kenapa lately banyak sgt news jenayah seksual dan pedofilia di malaysia ni? Lelaki malaysia dah kege ...

Kita seringkali mengutuk negara India sebab banyak kes-kes rogol di sana, tetapi tanpa kita sedar, kita tidak kurang teruk juga.
Quote mongoose_kidz 11-11-2018 01:12 AM
malaysia please register sex offender..
buat mcm kat luar negara...
baru slmt skit masa depan ank2 ni..
xtau diorg ni dikelilingi oleh org mcmana..
Quote zehra2 11-11-2018 01:22 AM
Kenapa ramai betul yg sakit mcm ni..
Tk dpt nk beza antara manusia dan binatang.
Moga bini pembunuh tu pun kena dakwa sama. Kenapa tinggalkn anak asuhan pd laki dia.
Quote DARSITA 11-11-2018 03:38 AM


Masalahnya kes kes macam ini tiada penamat.  Yang ada penamat cuma kes budak india yang kena dera di chow kit (pembunuh kena gantung) lepas tu kes dera anak bohsia yang dijaga oleh negro.  Lain lain kes kecuaian di taska langsung kita tidak tahu kesudahannya.

Wartawan sepatutnya letak gambar pembunuh ini. Inteview wife, interview lain lain parents lepas tu follow up dgn perbicaraan etc etc.
Quote faraway1 11-11-2018 04:02 AM
mongoose_kidz replied at 10-11-2018 12:12 PM
malaysia please register sex offender..
buat mcm kat luar negara...
baru slmt skit masa depan ank2 ...

bukan tu aje, masa ambil kursus nak jadi cikgu tadika,
me belajar soalan kita boleh tanya jika nak hantar anak dekat rumah jagaan,
kita patut tanya berapa orang di rumah, waktu anak di bawah jagaan ti, suami atau
anak lelaki yang besar ada di rumah juga tak...

kalau kata suami ada kat rumah tak bekerja, tak payahlah hantar..
cari ajelah tempat lain... nanti entah entah dia minta
suami tukar diaper anak bagai...


Quote cap_ayam 11-11-2018 05:22 AM
Terkedu baca. Apa punya manusia ni.
Quote sukacactus 11-11-2018 06:37 AM
Apa yg aku baru baca ni?
Kejam sangat kot
Ko dah kahwin ada bini, kenapa mesti buat kat ank org sampai camtu skali
Quote shop_girl 11-11-2018 06:42 AM
Semoga yg bersalah mendapat azab di dunia dan di akhirat..pelik aku..nak kata gersang, bini ada..huhu...
Quote Suchi 11-11-2018 07:13 AM
Kat area bandar baru bangi ni kat umah lama iols dulu, tadi baca kat fb mak mangsa nampak family pengasuh tu gaduh2 tuduh family mangsa yg dera baby tu sebab seminggu sebelum tu katanyao baby tu duk ngan mak sedara dia.
Tapi fb pengasuh pun dah tutup, kalau tak bersalah kenapa tutup dan tak dtg melawat masa baby tu kat hospital.
siasatan polis pun dah sebut suami pengasuh tu positif meth.
Quote sqlite3 11-11-2018 07:19 AM
Untuk kes2 sebegini aku sokong hukuman pancung di khalayak ramai spt yang dilakukan diarab saudi.
Quote jazaa100 11-11-2018 07:24 AM
Suchi replied at 11-11-2018 07:13 AM
Kat area bandar baru bangi ni kat umah lama iols dulu, tadi baca kat fb mak mangsa nampak family pen ...

Laki taik dadah pun nak back up lagi.....

Dia pkl baby tu sbb baby tu menangis ....binatang punya jantan
Quote jazaa100 11-11-2018 07:24 AM
Suchi replied at 11-11-2018 07:13 AM
Kat area bandar baru bangi ni kat umah lama iols dulu, tadi baca kat fb mak mangsa nampak family pen ...

Laki taik dadah pun nak back up lagi.....

Dia pkl baby tu sbb baby tu menangis ....binatang punya jantan
Quote Suchi 11-11-2018 07:34 AM
jazaa100 replied at 11-11-2018 07:24 AM
Laki taik dadah pun nak back up lagi.....

Dia pkl baby tu sbb baby tu menangis ....binatang pun ...

Yang backup tu sedara mara pengasuh mungkin adik badik dia kot.
Dia marah org suh jangan tuduh2 tunggu siasatan bagai.

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.123720 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top