CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suami Pukul Isteri Dikatakan Dayus. Bagaimana Jika Isteri Pukul Suami?

5-12-2018 05:19 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 6052| Komen: 13|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Seringkali kita dengar kes suami dayus yang mendera isteri. Suami kaki pukul begini biasanya mempunyai sifat panas baran yang menyebabkan dia mendera isterinya. Bermula dengan pukulan ringan, lama-kelamaan semakin berat dan semakin serius sehingga menjadi kebiasaan lalu membawa kepada kes perceraian. Hal ini tidak hanya terjadi di negara kita, bahkan satu dunia berdepan masalah ini.

Namun, bagaimana jika sebaliknya? Apa reaksi anda jika mendengar kes si isteri yang memukul suami?

Kredit foto : imgur.com

Mari kita baca perkongsian daripada seorang isteri ; Florence Terry mengenai kisah dia dan suaminya:

"Kali pertama saya memukul suami saya ialah sewaktu kami bertikam lidah mengenai duit. Dia membuat pinjaman bank tanpa memberitahu saya. Saya terlalu risau dan cuba berbincang tetapi dia meninggalkan saya begitu sahaja di dalam bilik. Saya tidak puas hati lalu mengikutinya dari belakang. Tanpa saya sedari, selepas itu saya telah pun memukulnya. 


Saya masih ingat saat itu. Saya hilang kawalan, dan dia terkejut dengan tindakan saya. Selepas itu, saya menangis kerana malu dengan perbuatan saya. Walaupun saya telah meminta maaf pada mulanya, tanpa saya sedari, perkara ini berulang lagi selama sepuluh tahun. 

Gambar hiasan - Kredit foto : whitsundayprofessionalcouncelling.com

Saya mengenali suami saya melalui kawan kami. Kami bertemu di Durham University. Saya berusia 19 ketika itu dan dia lima tahun lebih tua berbanding saya. Dia seorang yang kelakar dan saya terhibur dengannya. Lima tahun selepas itu kami berkahwin. Dia bekerja dalam bidang IT, manakala saya bekerja sebagai peguam yang menguruskan hal perceraian. Pada awal perkahwinan kami, hidup kami terurus dan tiada masalah namun lama-kelamaan pekerjaan saya menjadi sangat stres lalu saya melepaskan stres terhadap dia. 

Florence Terry. Kredit foto :guardian.com

Selepas kali pertama saya memukulnya, ia terjadi lagi 18 bulan kemudian. Saya dapati sifat amarah saya semakin menjadi-jadi. Saya mudah naik angin apabila bertelingkah tentang tugas kerja rumah dan apabila suami masuk lambat ke bilik tidur. Saya pernah menghempas meja ke lantai hingga pecah, menggigit lengan suami sekuat hati beberapa kali seperti bergaduh dengan adik beradik. Tapi suami tak pernah melawan saya kembali. Kadang-kala dia menggunakan tangannya untuk melindungi badannya. 

Saya seorang yang berbadan kecil, manakala suami saya lelaki yang besar. Menurutnya, dia tidak berasa sakit apabila dipukul.  

Tapi saya tahu perasaan suami saya terguris dengan perbuatan saya. Namun dia tetap bertahan dengan saya dan tidak menyalahkan saya. Dia sentiasa sabar dengan sikap saya tapi saya tidak puas hati kerana dia tidak pernah berbincang sesuatu masalah secara verbal dengan saya. Lalu saya melepaskan geram secara fizikal dan selalu memperkecilkan dia serta menyindir dia berterusan. Saya lakukan semua benda yang boleh menghakis rasa cinta dia terhadap saya.

Saya sendiri tak faham mengapa saya bertindak ganas terhadap orang yang saya cintai. Akhirnya saya terjumpa kursus mengawal sifat marah di internet. Setelah menghadiri kursus itu, saya yakin mampu mengawal marah. Tapi dua tahun kemudian, saya memukul suami sekali lagi. 

Kali terakhir saya memukul suami, saya membuat keputusan untuk memberitahu keluarga dan teman rapat. Saya bersyukur kerana mereka tidak mengkritik perbuatan saya bahkan cuba membantu. Selepas itu, saya menjadikan kerja guaman saya secara sambilan sahaja dan selebihnya saya pula yang menganjurkan kursus dan bengkel menangani sifat amarah untuk orang lain yang seperti saya. 

Kini saya masih bersama dengan suami. Saya lebih berhati-hati apabila bercakap dan ketika berasa marah, saya cepat-cepat beredar. Rumah tangga saya sekarang tidak sempurna, tetapi jauh lebih baik berbanding dahulu. Hubungan kami lebih mengambil-berat antara satu sama lain".

Selama ini, kita sangka hanya lelaki yang mempunyai masalah menangani sikap panas baran tetapi rupa-rupanya wanita juga mempunyai konflik yang sama. Semoga sesiapa sahaja yang mempunyai masalah ini, akan cepat menyedari kesilapan dan segera mencari penyelesaiannya agar rumahtangga dapat diselamatkan. - CARI 
14

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 5-12-2018 05:47 PM
dlm keluarga aku perasan salah sorg akan baran
walaupon tu bukan sifat semulajadi dia
bila sorg berlembut, sorg lagi akan cuba bertegas
mula2 tegas lama2 jadi baran
tugas ketua utk meredakan keadaan
org tu akan baran bila dia penat
dgn situasi skrg penat keje, balik penat mengemas/masak, pastu rehat ngadap tepon penat mata = 200% penat
kalo aku akan selalu bw family ngeteh mlm2
xpon kat rumah aku urut kepala badan kaki dia
Quote stingersnob 5-12-2018 10:33 PM
Sundel ....paling appropriate.....

Bukan setakat sundal bolong tapi juga sundel meja..


Kahkahkhakhakahkahkahkah
Quote chinta89 6-12-2018 10:39 AM
zmn skg dunia dipenuhi org stress..
Quote meklalala 6-12-2018 10:45 AM
jika suami pukul isteri dikatakan dayus...

jika isteri pukul suami pula jadi la suami tu dayus jugak..

ingat ya suami tu yang akan membentuk tingkahlaku isteri masing masing..
Quote stingersnob 6-12-2018 11:57 AM
meklalala replied at 6-12-2018 10:45 AM
jika suami pukul isteri dikatakan dayus...

jika isteri pukul suami pula jadi la suami tu dayus ju ...

Isteri sundel,suami dayus.....that will make hot, tasty thread for discussion...

Kahkahkahkhakhah
Quote himun_hino 6-12-2018 04:13 PM
meklalala replied at 6-12-2018 10:45 AM
jika suami pukul isteri dikatakan dayus...

jika isteri pukul suami pula jadi la suami tu dayus ju ...

yup, betul tu.
kedua2 pasangan harus bertolak ansur.
manusia normal mmg takmampu menahan rasa marah.
tapi, kita juga ada akal dan fikiran utk mempertimbang keadaan.
Quote stingergusto 7-12-2018 12:00 PM
himun_hino replied at 6-12-2018 04:13 PM
yup, betul tu.
kedua2 pasangan harus bertolak ansur.
manusia normal mmg takmampu menahan rasa  ...

Hati menguasai akal, akal menggerakkan perbuatan.....


Quote rospinki 7-12-2018 12:02 PM
kesian kau animal seperti anjing yg kena rantai kelaparan
menyalak minta perhatian

woof! woof!
Quote stingergusto 7-12-2018 03:13 PM
rospinki replied at 7-12-2018 12:02 PM
kesian kau animal seperti anjing yg kena rantai kelaparan
menyalak minta perhatian

Kenapa kau menganjingkan diri kau sendiri? Bukankah kau juga yang  mintak diceraikan? ......kenapa sekarang baru nak menyalak seperti anjing kena rantai kelaparan sex?

Nikmat TUHAN dah beri kau kufuri...sekarang nak melalak sendiri siapa Yang nak bantu kau?

Itulah suami ada dulu, kepalanya kau bantai dgn segala kepala meja....sekarang?

Padan muka






Kahkahkahkahkahkahakhakahkah


Quote rospinki 7-12-2018 03:58 PM
stingergusto replied at 7-12-2018 03:13 PM
Kenapa kau menganjingkan diri kau sendiri? Bukankah kau juga yang  mintak diceraikan? ......kenapa ...

eh anjing ni mejawab balik..good boy


Quote stingerspy 8-12-2018 08:26 AM
rospinki replied at 7-12-2018 03:58 PM
eh anjing ni mejawab balik..good boy

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah

It's so Autisticly, you.........

Kohkohkohkohkohkojkojkoh....
Quote noraidil_06 8-12-2018 12:52 PM
rospinki replied at 7-12-2018 03:58 PM
eh anjing ni mejawab balik..good boy

Hahahhahaha.
Ros one naughty girl
Quote Gingerly 8-12-2018 01:07 PM
Oklah tu buat terapi kn, anger management.
Punca sbb terlalu emosi. Bila marah sgt, hilg kawalan. mcm2 jd.


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.098294 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top