CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Remy Dipuji Jadi Juri Maharaja Lawak, Tolak Jenaka Berunsur Lucah

9-11-2018 03:54 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 16610| Komen: 87|Original author: Oleh: Amirah

Remy Ishak merupakan salah seorang juri baru yang ditugaskan untuk menilai persembahan peserta yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2018.

Tugas baru yang digalasnya itu mendapat pujian kerana bijak memberi penilaian kepada pelawak-pelawak dan mereka juga berpuas hati dengan komen yang diberikan.


Foto: IG Remy
???Saya seronok apabila melihat setiap pelawak mempunyai usaha untuk memajukan diri mereka.

"Saya bersetuju untuk berada di kerusi juri ini kerana saya antara individu yang menonton program ini setiap musim.

"Jadi apabila ditawarkan, saya tidak menunggu masa yang lama kerana saya percaya dengan pengalaman lakonan yang dimiliki saya boleh memberi idea untuk mewarnai persembahan mereka setiap minggu," katanya pada MyMetro.



Dari segi pemberian markah pula, dia sentiasa meneliti dengan baik setiap persembahan terutama bahan lawak yang mempunyai unsur lucah.

Lawak lucah yang keterlaluan adalah sesuatu yang tidak disihat untuk dijadikan bahan jenaka kerana Maharaja Lawak Mega juga ditonton oleh golongan kanak-kanak.


"Jadi tidak sewajarnya bahan seperti ini dipertontonkan. Ada banyak lagi lawak yang boleh digunakan. Saya sebelum ini pernah membawakan beberapa karakter lawak tanpa menyentuh lawak yang sensitif dan keterlaluan," tambahnya lagi.


Menurutnya lagi sebagai anak seni kita perlu mendidik penonton ke arah pemikiran dan memberikan contoh yang terbaik kerana ia berpotensi untuk dijadikan ikutan terutama kanak-kanak.

Bagus betul pendapat Remy! Memang sesuai menjadi juri dalam Maharaja Lawak Mega kali ini. Harap pelawak sentiasa mengambil berat dengan kritikan yang diberikan Remy. - CARI
22

Bagus
25

Marah
34

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fixit 9-11-2018 04:20 PM
balik2 org yg sama masuk dgn lawak yg sama. bosan nk mampos
Quote sekel 9-11-2018 04:27 PM
yg sedar diri dh tak masuk lagi

tinggal lh yg tak sedar diri tapi masih relevan lawak nya
Quote kikilala_comei 9-11-2018 04:44 PM
fixit replied at 9-11-2018 04:20 PM
balik2 org yg sama masuk dgn lawak yg sama. bosan nk mampos

kan.... huhuhu
Quote katibism 9-11-2018 04:57 PM
Sekali dgn Tiya nantu tokti khenz... jadi juri
Quote af_mania 9-11-2018 04:59 PM
Edited by af_mania at 9-11-2018 05:02 PM
fixit replied at 9-11-2018 04:20 PM
balik2 org yg sama masuk dgn lawak yg sama. bosan nk mampos


Akak kdg2 terfikir jugak kalau lah program berbentuk nyanyian mcm GV.. tiap tahun aishah, LH, amelina, azharina, nana, zamani & etc yg masuk... mesti ramai yg pelik. Tapi tidak pada MLM.

Cc: @beta_carotene @qqOfficial @RatuDunia94 @fahima80 @doubleA @refleCtion @scrocth @wordlife @katibism
Quote doubleA 9-11-2018 05:07 PM
af_mania replied at 9-11-2018 04:59 PM
Akak kdg2 terfikir jugak kalau lah program berbentuk nyanyian mcm GV.. tiap tahun aishah, LH, am ...

Iols tak tengok MLM. Tapi apa motif kalau beberapa season pun peserta yg sama? Banyak duit atau kering idea astrok ni?
Quote amal12bh 9-11-2018 05:18 PM
iols rasa ramai jek kot yg masih nk tgk otai2 ni beraksi. lawak kan. boleh buat org happy. hilang stress. yg iols nampak, yg otai dah mula nk buat lawak berisi. so far yg iols nampak mcm shiro. kalau mcm bocey, dah kurang buat lawak pasal fizikal. yg lain2 x lekat lagi dlm otak. haha. iols layan jek MLM ni..
Quote hotmak 9-11-2018 05:20 PM
cuma nak ckp, helok nya abang
Quote pencintaABC 9-11-2018 05:25 PM
Kalau la abg Remy shirtless tiap2 minggu kat MLM
Quote mixed 9-11-2018 05:38 PM
kali nya ML aku x tgk
x rasa nak tgk
Quote Suchi 9-11-2018 05:40 PM
Sapa je jadi juri tetap MLM ni lama dah tgk sejak yg otai2 pun dh tak masuk
Quote besarkecik 9-11-2018 05:53 PM
Harap dapat terjatuh atas dada abang remy
Quote qqOfficial 9-11-2018 05:54 PM
af_mania replied at 9-11-2018 04:59 PM
Akak kdg2 terfikir jugak kalau lah program berbentuk nyanyian mcm GV.. tiap tahun aishah, LH, am ...

dah start ek MLM ni...ada lagi rupanyaa season baru??  sapa pengacara?? tok gelang lagi...huhuuu
Quote qqOfficial 9-11-2018 06:04 PM
Edited by qqOfficial at 9-11-2018 06:16 PM

bg meols ok jehh MLM ni...sbb astro laa yg membuatkan pelawak2 malaysia ni cari makan....tanpa asteruk wujudkan asteruk warna makanya kehidupan pelawak ibarat melukut di tepi gantangg jahhh..

siap..pelawak2 urban like harith, douglas pun dan mencapap dlm prog2 warna ni...

ch2 lain mana ada serius sangat fokus gunakan pelawak...kalo ada berapa persen jahh dlm prog2 tv mereka..

lagi satu bila isu menyelitkan pelawak2 dlm sesuatu prog live.... isu tu dr zaman 70s 80s lagi...dr zaman kegemilangan mendiang accapan, hamid gurkha, geng2 santan berlado termasuk ibu fauziah, mendiang param, sathiya, khatijah tan,....dulu diorg laaa yg menyelit2 program2 hiburan RTM tu... wan maimunah, abon, arwah ali mamak, tan ting, kartina aziz, dato jamali shadat sampailah era kegemilangan saipul apek ada je ...muka wajib diorg dlm prog2 macam HMI, mekar sejambak, temasya aidilfitri...  thats y asteruk meneruskan tradisi tu..

lagipun pelawak2 ni kan pernah dianggap tepian kali jahh... tu yg berebut2 nak muncul dlm sst prog scr live...jangan taktau... pelawak2 yg muncul dlm sst prog live menyelit...tu pun ditapisss dan disaring samada layak tak buat joke selit2 dlm mana2 prog live ...

bell ngasri tu...wpun muncul wat lawak bodoh paling koman 40 saat sampai 1 minit berapa ribu asteruk byr diaa.. joey, acong even mark adam...rate diorg tinggi gak...
Quote dinopower2 9-11-2018 06:07 PM
qqOfficial replied at 9-11-2018 06:04 PM
bg meols ok jehh MLM ni...sbb astro laa yg membuatkan pelawak2 malaysia ni cari makan....tanpa aster ...

kertu sgt sis ni kan... layan santan berlado gituh haha
Quote qqOfficial 9-11-2018 06:14 PM
dinopower2 replied at 9-11-2018 06:07 PM
kertu sgt sis ni kan... layan santan berlado gituh haha



feveret meols khairul azhar...apakah heols hidup lagi???


Quote Leeanne88 9-11-2018 06:20 PM
amal12bh replied at 9-11-2018 05:18 PM
iols rasa ramai jek kot yg masih nk tgk otai2 ni beraksi. lawak kan. boleh buat org happy. hilang st ...

Tapi ac masih kekalkan lawak menghina orang yach
Quote miamiot 9-11-2018 06:30 PM
qqOfficial replied at 9-11-2018 06:14 PM
feveret meols khairul azhar...apakah heols hidup lagi???

masih ada lg. Sihat lg kalau x silap..
Quote af_mania 9-11-2018 06:37 PM
qqOfficial replied at 9-11-2018 05:54 PM
dah start ek MLM ni...ada lagi rupanyaa season baru??  sapa pengacara?? tok gelang lagi...huhuuu

Dah mula last jumaat lagi sis. Clash dgn ASK. Minggu ni clash dgn SFMM33. Hos masih sama la tok gelang. Uols tak tengok ke poster tok gelang dlm MLM?? Ala2 mad hatter lakonan johnny depp dalam alice in wonderland gitu

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.083097 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top