CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Inai Di Jari Masih Merah Pergi Projek Janda

17-9-2013 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18715| Komen: 90

Inai di jari masih merah

Gambar hiasan


Melaka 17 Sept:  Bimbang rahsia bersama kekasih gelapnya terbongkar, seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet dan melarikan diri dalam keadaan separuh bogel bagi mengelak dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Ujong Pasir di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, lelaki berusia 33 tahun yang baru melangsungkan perkahwinan dan masih mempunyai inai di jari itu, lari meninggalkan kekasih gelapnya, seorang janda berusia 34 tahun dalam bilik hotel disewa mereka.

Lelaki itu bagaimanapun menyerah diri di pejabat penguat kuasa JAIM tidak lama selepas kejadian.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, sepasukan penguat kuasa JAIM terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum pintu hotel dihuni pasangan itu dibuka, tetapi mereka dikejutkan dengan bunyi benda jatuh.


“Pegawai dan anggota JAIM terus masuk untuk memeriksa dan mendapati ada seorang wanita ketika itu menutup badannya dengan selimut.

“Pemeriksaan mendapati tingkap terbuka dan lelaki yang bersama wanita terbabit  terjun melarikan diri dengan hanya memakai seluar pendek labuh,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, wanita itu mengakui lelaki terbabit bersamanya beberapa jam sebelum bilik diperiksa dan turut ditemui dalam bilik itu pakaian serta dompet lelaki terbabit.

Katanya, wanita itu yang berstatus ibu tunggal ditahan untuk siasatan selepas mendapati dia berkurung bersama lelaki bukan mahram.

  “Soal siasat dilakukan mendapati lelaki terbabit melarikan diri  bimbang diketahui isterinya jika ditangkap bersama wanita berkenaan yang sudah lama dikenalinya.

  “Dia baru berkahwin enam bulan lalu dan inai di jari masih ada,” katanya.

Menurutnya, dalam satu lagi pemeriksaan di hotel sama, seorang lelaki berusia 21 tahun menjadikan selimut yang diikat pada bingkai tingkap sebagai tali untuk turun dari bilik hotel yang disewa bersama pasangannya.

Operasi bermula jam 9.30 malam hingga jam 6 pagi itu dilakukan 16 pegawai dan anggota penguat kuasa JAIM dengan memeriksa 10 hotel bajet serta rumah urut di kawasan sekitar bandar.

Sebanyak 10 pasangan berusia antara 16 dan 34 tahun termasuk pasangan warga Bangladesh dan Indonesia serta pasangan yang menyewa hotel semata-mata untuk melepaskan gian syabu ditahan Menurutnya, pasangan yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan mahram.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 17-9-2013 09:24 AM
antara anak dara dan janda..yang mana lebih hebat?
Quote Kebabomb 17-9-2013 09:30 AM
Amboi...inai apa yang dipakai tu sampaikan 6 bulan pun masih ada...inai celup pilihanraya kah?
Quote razzmat 17-9-2013 09:30 AM
janda punya layanan lagi baik
Quote tuah_r 17-9-2013 09:31 AM
mesti lah die mau bedal janda tuh juga..bini dapat sedap..dgn janda pon dapat sedap..no string attach
Quote salimrock 17-9-2013 09:36 AM
Kebabomb posted on 17-9-2013 09:30 AM
Amboi...inai apa yang dipakai tu sampaikan 6 bulan pun masih ada...inai celup pilihanraya kah?

a'ah yea la, 6 bulan tu, betul ke reporter ni, saja je nak memperbesarkan berita...

atau adakah ini inai pilihanraya yg sudah ditukar tempohhari? dakwat kekal yg harga 2-3 juta tu...ha.ha.
Quote salimrock 17-9-2013 09:39 AM
janda tu pun dah diberi 15 minit, tak reti2 nak pakai baju? masih nak berselimut?
Quote ell768 17-9-2013 09:39 AM
janda lg banyak pengalaman...mana sama dgn anak dara..kikiki
Quote rospinki 17-9-2013 09:43 AM
dasar jantan bajingan
Quote ronin 17-9-2013 09:46 AM
janda pandai memanjangkan hayat ereksi.....



Dari: Lobai Jidin ketua kampung kg lonek...
Quote MissMamamia75 17-9-2013 09:49 AM
amboi...kahwin 6 bulan..inai dijari masih ada..?
biar betul reporter ni tulis...
Quote Mamason 17-9-2013 09:49 AM
macam-macam kisah duniawi....
Quote Kebabomb 17-9-2013 10:00 AM
salimrock posted on 17-9-2013 09:39 AM
janda tu pun dah diberi 15 minit, tak reti2 nak pakai baju? masih nak berselimut?

15 minit tu lah saat waktu puncak...Harus diselesaikan sebelum terjun tingkap
Quote iza_yuss 17-9-2013 10:08 AM
salimrock posted on 17-9-2013 09:39 AM
janda tu pun dah diberi 15 minit, tak reti2 nak pakai baju? masih nak berselimut?

kasik lepas dulu lah...... huhu.....
Quote md_nana 17-9-2013 10:11 AM
kawen 6 mggu kot.
6 bulan lama sgt tu smpi inai tak hilang2...
Quote PICes_Boy 17-9-2013 10:14 AM
curlastt inai tu tahan smpi 6 bulan..propa sgt reporter ni..
Quote Sagoo 17-9-2013 10:14 AM
hai..ada janda2 kesepian x kt sini?
Quote mr_crab 17-9-2013 10:24 AM
Sagoo posted on 17-9-2013 10:14 AM
hai..ada janda2 kesepian x kt sini?

blambak kat ci ni
Quote Sagoo 17-9-2013 10:26 AM
mr_crab posted on 17-9-2013 10:24 AM
blambak kat ci ni

baguslah...saye teringin mengenali salah seorg darinyeee

Off topic seketika...
Quote solstice 17-9-2013 10:27 AM
Pehhhhh
Hebat janda tu
Mantapppp
Kalah anak dara

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063305 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top