Pernah tak anda mendapat komen-komen di Instagram, kononnya seseorang dari Amerika Syarikat atau United Kingdom ingin membeli wang syiling lama anda dengan harga yang lumayan? Jangan terpedaya! Memang ada pasaran yang lumayan dan sah bagi penjual dan pembeli wang syiling, tetapi tidak kurang juga penipu-penipu atau scammer yang mengambil kesempatan daripada kejahilan kita untuk membuat penipuan. Berikut 9 cara untuk mengenali para scammer ini. 1. Agresif Dalam Pengiklanan
Orang yang sama akan membuat beratus-ratus komen di banyak Instagram dengan harapan ada 1-2 orang yang terjebak. Jika anda membuat komen balasan seperti 'how much'? mereka akan direct message (DM) anda serta merta. 2. Akaun Instagram Palsu
Mereka menggunakan akaun Instagram palsu. Jarang menunjukkan muka atau ahli keluarga dalam gambar. Jika ada yang mempunyai gambar wajah, sebenarnya bukanlah milik mereka tetapi gambar yang diambil dari carian Google. Akaun mereka hanya ada beberapa gambar berulang-ulang dan sering dormant (tidak dikemaskini) 3. Menggunakan Bahasa Melayu Yang Salah Walaupun dalam biodata mereka kononnya dari Eropah atau Amerika, mereka akan membuat iklan dalam Bahasa Melayu, malahan ada yang akan memulakan dengan 'Assalamualaikum' untuk menarik perhatian anda. Begitu juga dengan kapsyen di Instagram mereka. Apabila anda cuba berbual dalam Bahasa Melayu, mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. 4. Mengaku Orang Inggeris Tetapi Bahasa Inggeris Lintang Pukang Anehnya, bila anda cuba berbahasa Inggeris dengan mereka, terlalu banyak kesalahan tatabahasa, termasuk yang mudah, ini tidak sepatutnya dibuat oleh penutur Bahasa Inggeris yang asli. Menurut rekod siasatan polis, ada scammer ini berasal dari Afrika (bukan semua), kerana reputasi negara mereka yang buruk, mereka menyamar sebagai orang Barat. 5. Menawarkan Harga Tidak Munasabah Antara tanda yang paling mudah dikenali, mereka akan menawarkan harga yang tidak munasabah ataupun mereka akan menerima berapa sahaja tawaran anda tanpa bersoal jawab. Mereka kemudiannya akan meminta nombor akaun anda untuk membuat pembayaran tanpa ingin memeriksa keaslian syiling yang anda ingin jual. 6. Mahu Segerakan Transaksi
Satu lagi tanda mudah dikenali adalah mereka akan membuat transaksi pembayaran secepat mungkin. Beberapa minit selepas anda memberi nombor akaun , mereka akan hantar bukti kononnya telah membuat pembayaran kepada anda. Malangnya, wang itu tidak wujud! 7. Konon Wang Ditahan atau Ada Wang Proses Tambahan Kemudian, di sinilah, mereka akan memasang jerat, kononnya duit yang mereka hantar telah ditahan oleh imigresen / bank / pihak berkuasa dan anda perlu bayar yuran tambahan . Mereka mendakwa wang yuran itu akan dikembalikan semula kepada anda setelah selesai`. Kini, giliran mereka pula yang memberi nombor akaun untuk anda bayar yuran tambahan atau wang proses itu, dengan harapan anda terpancing umpan palsu ini. 8. Guna Akaun Bank Tempatan Bila anda meminta akaun mereka untuk membayar yuran tambahan tersebut, mereka akan berikan akaun tempatan yang berpangkalan di Malaysia. Milik rakyat Malaysia. Menurut polis, kemungkinan scammer ini bersubahat dengan warga tempatan, atau telah menipu warga tempatan dengan menyewa akaun bank mereka untuk kerja haram ini. 9. Mengugut Jika Anda Batalkan Urusniaga Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan cuba mengugut kononnya anda telah melanggar undang-undang. Jadi kenali scammer sebelum anda menjadi mangsa! Kongsikan artikel ini dan tag saudara-mara anda supaya mereka juga tidak terjebak dengan tawaran yang tidak masuk akal. - CARI |
7
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dubuk replied at 18-12-2018 06:18 PM
Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan terus report ke FBI.. tanpa menunggu lama tiba tiba FBI te ...
ADVERTISEMENT