Sejak pembentangan Bajet 2019, pelbagai pandangan diutarakan oleh segenap rakyat Malaysia. Antara yang menarik perhatian ialah tiada bajet diperuntukkan kepada pembelajaran mahasiswa di Universiti Awam. Lebih menyedihkan lagi apabila janji untuk menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya mendapat Dekan setiap semester telah ditarik balik. Hal inilah yang memberi tamparan kepada pelajar yang selama ini bertungkus lumur belajar untuk mendapatkan kecemerlangan dalam akademik. Bagi mereka, ini satu-satunya cara untuk mendapatkan biasiswa setelah banyak tawaran pinjaman lain di tolak. Apatah lagi ramai yang berusaha keras ini terdiri daripada pelajar yang susah. Maklumlah, mereka tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang cuma bekerja kampung, misalnya hingga mereka mempersoalkan adakah pendidikan hanya untuk orang kaya semata-mata?
Menurut netizen, pelaksanaan sistem ini akan membuatkan 'domino effect' yang sangat teruk apabila semua pelajar termasuk mereka yang mendapat kelas pertama pun terpaksa membayar balik pinjaman tersebut. Maklumlah mesti ramai yang berfikir tiada gunanya belajar bersungguh-sungguh sedangkan tiada keistimewaan diperoleh, sama seperti mereka yang mendapat kelas kedua dan seterusnya. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, pelajar yang berusaha mati-matian bagi mendapatkan kelas pertama setiap semester semestinya berharap untuk mendapatkan ganjaran yang berbaloi. Jadi, jika ada segelintir individu yang merasakan hutang wajib dibayar sebenarnya perlu melihat pada konteks yang lebih besar iaitu tidak semua orang mampu menanggung kos pembelajaran yang tinggi. Jadi, menyedihkan apabila kerajaan menarik balik cadangan tersebut. "Ya, aku tau Malaysia banyak hutang. Tapi tak cukup ke kau dah buat Tabung Harapan dan lepas tu mansuhkan semua benda. Apa guna kami struggle setiap sem? Ingat senang ke nak dapat dekan?" Selain pemansuhan 'biasiswa', siswa dan siswi juga merasa terpukul dengan bantuan RM250 dihapuskan, perlu membayar PTPTN apabila bergaji RM1,000 ke atas, MyBrain dimansuhkan serta yuran belajar yang terus meningkat. Sudahlah untuk mendapat dekan setiap semester sangat mencabar (3.67 ke atas), kini terpaksa berdepan dengan pelbagai liku yang sungguh berduri. Bagaimanapun, tidak semua yang terasa dengan pemansuhan ini kerana bagi mereka hutang tetap WAJIB dibayar. Jadi, janganlah dijadikan alasan cemerlang pun tetap kena bayar. Tidak semua pelajar mampu meneruskan pembelajaran di menara gading. Jadi, dengan harapan apabila belajar bersungguh-sungguh, mereka akan diberi ganjaran, itu sudah cukup menggembirakan mereka terutamanya pelajar daripada keluarga yang susah. Namun, harapan semakin 'sakit' dan mungkin juga ada pelajar yang merasakan tiada gunanya belajar bersungguh-sungguh kerana terpaksa membayar pinjaman pelajaran biarpun akademik cemerlang. Adakah generasi bijak pandai akan pupus akhirnya? - CARI |
13
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
22
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
duri_durians replied at 9-11-2018 12:33 PM
bukan ptptn dapat diskaun ke bila first class?
-- pengguna biasiswa JPA
CiliPadiSedap: dah dimansuhkan oleh nobita. duit xde nak bayar hutang najib .
prettyuglybabe replied at 9-11-2018 12:13 PM
apa niat dorang ni belajar ye? sikit-sikit nak merungut..
u amik loan, itu pilihan u.. tak boleh ke ...
wadiunong replied at 9-11-2018 02:27 PM
Betul tu uols. ingat negara kita ni kaya raya macam negara Ereb tu? semua nak free.
tak pah ...
julia5094 replied at 9-11-2018 02:48 PM
Ehhh..dulu ramai yang tak tau ni u...menteri2 terutamanya azmin ali tu siap bagai ceramah..ptptn h ...
wadiunong replied at 9-11-2018 03:04 PM
ye ke uols??
sorry la iols tak pernah ambik tahu pon mana2 parti punya manifesto sebab ...
ADVERTISEMENT