Gandingan mantap pelakon dan penyanyi Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pompom bersama pengacara radio, Shuk Sahar sebagai pasangan pengacara pada Anugerah Skrin (ASK2018) telah mendapat pujian daripada ramai yang rata-rata terhibur dengan cara pasangan tersebut mengendalikan majlis.
Gandingan Shuk & Elly buat penonton tak henti gelak.. Elly yang kini difahamkan berada di Perancis telah memuat naik foto pujian itu ke akaun Instagram miliknya dan turut mengatakan rasa terharu apabila usahanya itu mendapat penghargaan sehingga menyebabkan dia merasa mahu segera kembali ke tanah air.
"Terus rasa nak balik KL sekarang juga. Terima kasih semua yang sudi menonton," tulis Elly pada ruangan kapsyen dan menyatakan bahawa dia mencari rezeki untuk menjaga anak dan ayahnya. Rata-rata ramai memuji Elly dan mengatakan bahawa mereka sangat terhibur. Sangat kelakar buat penonton tak henti gelak... Sememangnya usaha Elly itu wajar diberikan penghargaan kerana dia dan Shuk berjaya mengendalikan majlis dengan baik dan sangat menghiburkan. Mungkin lepas ni Elly akan mendapat lebih banyak peluang dalam bidang pengacaraan. -CARI
|
14
Bagus |
13
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
telracs replied at 7-11-2018 05:18 PM
ish.... uols ni....
tetiba rasa nak tengok ASK....
aritu tak dapat tengok...
Temenung replied at 7-11-2018 04:31 PM
Aku tak tau la yg part kak lina lupa umum calon memang dia lupa betul or dibuat.tp part tu memang ke ...
boongalalang replied at 7-11-2018 09:37 AM
Tengok kat YouTube je, TV3 ada upload video part elly and Shuk je hehe
sokmogitu replied at 7-11-2018 05:44 PM
Aku terbahak2 gelak sbb time dia lupa tu dia tgh sibuk posing lentik depan camera. Tgk kt igs DD p ...
ADVERTISEMENT