Seronokkan, jika teringin hendak makan apa-apa, terus ada orang hantar makanan sampai depan pintu. Jika dahulu, hanya restoran makanan segera yang menyediakan khidmat menghantar makanan ke rumah atau di tempat kerja tetapi sekarang, ramai pengusaha makanan membuat perkhidmatan yang sama.
Perkhidmatan menghantar makanan ke rumah dan di tempat kerja ini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Penjual dapat meningkatkan lagi jualan mereka manakala pembeli atau pelanggan dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk pergi membeli makanan itu sendiri di kedai. Tetapi, walaupun ia memudahkan, tetapi kadang kala ada pelanggan yang seakan pentingkan diri sendiri. Kenapa? Seorang pengguna facebook yang cukup dikenali ini telah memuat naik satu status tentang perkhidmatan memesan dan menghantar makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera atau pengusaha makanan. Bukan apa, jika sudah menyediakan perkhidmatan sebegitu, sudah pasti ia memerlukan tenaga pekerja yang bertanggung jawab untuk menghantar makanan yang dipesan oleh para pelanggan.
Mr. Kuan cukup terkesan dan kasihan apabila melihat pekerja yang menghantar makanan yang menggunakan motorsikal terpaksa meredah kegelapan malam dan dalam keaadan hujan lebat demi tugas mereka. Jadi, dia berharap netizen tidak memesan makanan jika keadaan cuaca tidak elok dan boleh membahayakan orang lain demi mengenyangkan perut sendiri. Jika netizen sendiri malas hendak keluar pada waktu malam dengan keadaan hujan lebat, begitu jugalah bagi pekerja yang ditugaskan menghantar makanan tetapi mereka wajib melakukan dan memenuhi kehendak pelanggan. Netizen sanggup tak order makanan bila hari hujan Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat lelaki ini. Orang ramai tidak patut mementingkan diri sendiri tetapi perlu juga memikirkan risiko yang perlu ditanggung oleh pekerja yang ditugaskan untuk menghantar makanan tersebut. Bagilah tips pada rider yang hantar makanan Tetapi, ada netizen yang terpaksa memesan makanan tidak kira masa kerana kesuntukan masa untuk keluar sendiri membeli makanan. Dia tidak kisah walaupun makanan yang dipesan lambat dihantar. Malah ada netizen yang mencadangkan agar pelanggan memberi tips kepada penghantar makanan atas kesungguhannya meredah hujan dan risiko dalam perjalanan. Menyedihkan, ada kisah netizen yang pernah kena marah apabila makanan mereka lambat dihantar akibat faktor cuaca. Sebenarnya tidak patutlah pelanggan berkelakuan begitu kerana dia tidak berada dalam situasi pekerja tersebut. Pelanggan perlulah sabar dan bertimbang rasa walaupun mereka dijanjikan dengan servis yang terbaik oleh pengusaha makanan itu. Malah, memang ada netizen yang bekerja sebagai penghantar makanan yang sanggup menghantar pesanan pelanggan tidak kira dalam apa jua keadaan demi mendapatkan wang. Mereka sanggup menanggung apa jua risiko yang akan berlaku. Apa-apa pun, kita kenalah mempunyai sifar sabar dan bertimbang rasa dengan orang lain. Jika jika memilih untuk menggunakan khidmat penghantaran, ambil kira pelbagai faktor dan risiko yang perlu ditanggung oleh mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan. Jika asyik mencari salah orang lain, baik kalian pergi membelinya sendiri di kedai walau dalam hujan pada waktu malam. - CARI |
13
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
21
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kechikchomel replied at 5-11-2018 11:25 AM
ehhhh???bukan ke kalau McD & KFC, kalau hujan memang tak boleh buat delivery? iolss pernah gak, masa ...
Nana_Man replied at 5-11-2018 11:37 AM
Aah.. mcd/kfc/pizza hut kalau time hujan lebat/jerebu teruk dorang suspend delivery. Tapi aku tak ...
kechikchomel replied at 5-11-2018 11:25 AM
ehhhh???bukan ke kalau McD & KFC, kalau hujan memang tak boleh buat delivery? iolss pernah gak, masa ...
CiliPadiSedap replied at 5-11-2018 12:09 PM
sis order mcd kfc guna piring astro ke?
kechikchomel replied at 5-11-2018 11:54 AM
alaaa....kesiannya. kalau macamni memang tak patut la. tapi kfc/mcd tu pun kadang2 cuaca ok je. ta ...
Zaien replied at 5-11-2018 12:07 PM
aku pnah order.. mse tu blom hujan.. dh trima order.. domino's x silap..
skali hujan selebat2nya de ...
Intanmahsuri replied at 5-11-2018 12:11 PM
McD hujan renyai dah suspend delivery.. Dominos relax je hantar! Delivery paling best dominos ni..
Nana_Man replied at 5-11-2018 12:39 PM
Biler rider selamat, makanan pun kita dpt...
Zaien replied at 5-11-2018 03:03 PM
dia punya manager cal smpai 2x.. minta maaf.. xkot aku marah ke ape kan lambt..
aku paham la dh u ...
ADVERTISEMENT