CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kasut Sekolah Koyak Rabak Anak Orang Asli Buat Netizen Menggelupur Salahkan Guru

5-11-2018 11:46 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3857| Komen: 14|Original author: Oleh: Azza



Apabila chef kanak-kanak popular, Danish Harraz melancarkan projek mengumpulkan dana bagi membeli kelengkapan anak orang Asli Sekolah Kebangsaan Lemoi, Cameron Higlands sesi 2019, ia mendapat sambutan baik.

Namun apabila poster tersebut yang memaparkan kaki murid memakai kasut yang koyak rabak hingga menampakkan jari kaki, netizen mula menjadi 'keyboard warrior' hingga ada pendapat yang kononnya prihatin tetapi langsung tidak membantu ke arah kebaikan. Cikgu Anis yang mengajar di sekolah tersebut turut meluahkan kekesalannya.

Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Twitter
Menurut Cikgu Anis yang telah berkhidmat selama 9 tahun di sini, mereka yang memberi komen negatif seolah-olah mengatakan cikgu-cikgu langsung tidak melakukan apa-apa kebajikan untuk anak-anak murid mereka. Walhal baju lusuh, kasut koyak rabak pun dibelikan oleh mereka dengan tabung inisiatif mereka sendiri. Hakikatnya Yuran PIBG berjumlah RM10 setahun pun, guru-guru inilah yang membayarnya selain sumbangan wakil rakyat. Jadi, jangan bandingkan sekolah netizen yang kutipan PIBG nya berjumlah ribuan ringgit. Cikgu Anis juga memberi penjelasan berkenaan kasut koyak pada poster tersebut.


Malahan bukan setakat kasut, pakaian seperti seluar, tudung, stoking pun disediakan oleh guru-guru ini. Alat tulis turut disediakan sebagai inisiatif untuk menggalakkan murid-murid ini hadir ke sekolah. Itu belum dikira aktiviti luar yang memerlukan kos lebih tinggi, guru-guru ini juga menanggungnya, namun semua ini tidak dipandang oleh netizen. Hanya sedikit keburukan, terus melabel guru-guru tidak prihatin.
Namun tidak semua netizen yang hanya tahu menjadi 'keyboard warrior'. Ramai juga netizen yang memahami pengorbanan guru-guru di pendalaman yang berkorban jiwa dan raga mereka semata-mata untuk memberi ilmu kepada anak orang asli ini. Bagi mereka yang menjadi pengikut Cikgu Anis ini memberi semangat kepada guru-guru ini untuk tidak mempedulikan kata negatif tersebut.

Murid-muris SK Temoi sedang menikmati makanan
"Komen dalam socmed memang senang. Mereka yang anak sorang dua pun, kadang-kadang terlepas pandang keperluan anak sendiri. Inikan pula cikgu nak perati satu sekolah. Moga cikgu terus kental ya."
Rupanya ramai yang berdiri teguh dan memahami kesukaran untuk berkhidmat di sana dan kagum dengan semangat guru yang bukan calang-calang.

Kredit foto: Twitter
Menjadi 'keyboard warrior' memang mudah kerana tidak mengalaminya sendiri. Jadi, sebelum menunding jari ke arah orang lain, diminta netizen menyoal selidik terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Atau lebih bagus turun padang sendiri supaya dapat membantu mereka yang memerlukan ini. - CARI 
11

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
22

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 5-11-2018 12:21 PM
#maszleeMalik #menterifokuskepadacikgu #silabantustudentorangAsli #StokinKasutTakPenting
Quote Artemesiaa 5-11-2018 02:10 PM
Sesetengah manusia ni suka beranggapan yang cara hidup mereka serupa macam cara hidup orang.  Sebab tu kalau ada kelapangan elok juga mengjenguk kekawasan2 sebegitu untuk memahami cari hidup yang berbeza dari cara hidup seharian kita.  Ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk memahami lebih lagi dengan cara hidup seharian mereka dan permasaalah yang mereka hadapi.
Quote yayangmama 5-11-2018 02:30 PM
dulu2 rajin folo blog cgu bungolale ni...ni da x aktif kt blog....da x ikut sgt crita pasal budak2 ni
Quote meklalala 5-11-2018 03:50 PM
mek selalu baca pasal pengalaman kawan mek mengajar kat sk long palai sarawak..macam mana dia usaha dapatkan bantuan nak bagi keselesaan untuk anak-anak (murid-murid) dia kat sana..semoga usaha cikgu ni dipermudahkan juga seperti kawan mek tu..
Quote uori 5-11-2018 04:12 PM
bagus cikgu ni. baru2 dia bawak pelajar dia jenjalan kat KL. banyak juga pihak yang menyumbang dan bila tengok budak2 ni happy dapat jenjalan, berbunga2 je hati aku rasa
Quote sofiazara 5-11-2018 04:35 PM
anak aku pun kasut koyak rabak by bulan september

diorg suka main bola lasak2

semoga tiada guru yang viral kasut sekolah anak aku
Quote CrowneGlory 5-11-2018 05:00 PM
sultan and kerabat buat apa...takkan asik menyumbang ke perusahaan kerang2 retis2 malaya
Quote Megikari 5-11-2018 07:57 PM
sofiazara: anak aku pun kasut koyak rabak by bulan septemberdiorg suka main bola lasak2semoga tiada guru yang viral kasut sekolah anak aku


Serupa la mcm anak2 i. Kasut kena ganti 2 kali setahun sebab baru 5 bulan pakai dah lunyai. Bulan 6 hari tu dah beli, bulan 10 dah macam hape dah kasutnya. I dah tak kuasa nak beli lagi, pakai je la kasut yang macam kena gigit anjing tu
Quote Jorja 6-11-2018 12:24 AM
Klu kt oversea I baca pun sama ramai guru pakai duit sendiri utk beli barang sekolah.. sampai ada yg buat social experiment tgok rakyat biasa bantu tak guru guru yg tak cukup duit masa tgh baris kt cashier {:smile congrats cikgu semoga awak semua dimurahkn rezeki dlm hidup
Quote batmana 6-11-2018 09:35 PM
sarawak negara kaya kt malaysia
harap para guru minta duit dgn taib mahmud aja
kes fasakh anaknya pun 100juta
takat beli kasut ni celah gigi aja
Quote anarina 6-11-2018 11:20 PM
yayangmama replied at 5-11-2018 02:30 PM
dulu2 rajin folo blog cgu bungolale ni...ni da x aktif kt blog....da x ikut sgt crita pasal budak2 n ...

Flw la ig dia uols , she rajin sgt update mcm2
Quote arianakhalid 7-11-2018 12:27 AM
Hahahahhahaa... aku laki bini bekerja. Mampu je nak beli kasut sekolah tu. Alhamdullilah

Tapinya anak aku kasut koyak jugak. Jenuh la aku suruh dia bertahan pakai kasut tu sampai akhir tahun. Tahun depan beli kasut hitam

Biasa la budak laki, time rehat main bola sepak
Quote EncikRhoma 7-11-2018 12:51 PM
netizen ni pandai komplen je suruh cikgu bantu. yang dia bangun pagi stil berlingkar atas katil sambil  bukak facebook, instagram. Nak join grup volunteer pun pemalas. Ada hati nak komplen org tu tak bantu, org ni tak bantu. macam hanat
Quote zehra2 8-11-2018 09:26 AM
Aku mmg tk berkira kalau belikan buku tulis budak. Sbb nya kalo dah tgh tahun buku latihan mmg tk cukup. Setiap sorang dpt lg 2 keping. Tp ada lah syaratnya. Kalo depa tk bawak mai skolah.. atau tinggal je bwh meja.. mmg nk kena lah.. itu buku saya tau! Saya kasi awak pinjam aje.. tulis elok2..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.218215 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top