CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Percutian Bajet Ke Luar Negara, Betul Ke Boleh Survive Atau Propa Saja?

12-11-2018 01:35 PM| Diterbitkan: mkhani| Dilihat: 6581| Komen: 34|Original author: Oleh: mkhani

Tiga, empat tahun kebelakangan ini rakyat Malaysia dilanda dengan pelbagai tip pelancongan ke luar negara dengan kadar RM yang kadang-kadang tak masuk akal sehingga menjemput ramai golongan muda menjadikan percutian jimat sebagai satu trend.


Artikel ini tidak sesuai untuk mereka yang sememangnya rela bercuti dalam keadaan berjimat sentiasa dan hanya ingin merasa pengalaman di negara orang (dengan waktu yang singkat).

RM1000 all-in untuk percutian 4 hari 3 malam di Seoul, misalnya. Selepas ditolak sekurang-kurangnya RM600 daripada harga tiket penerbangan (itupun kalau betul dapat harga RM600), anda cuma berbaki RM400 untuk tampung perbelanjaan di Korea, negara yang mata wangnya berganda tinggi dari RM selama 4 hari. Berani atau sanggup?

Foto Seoul Searching

RM100 untuk pengangkutan awam, RM100 untuk penginapan di hostel bajet, RM150 untuk makan dan RM50 untuk cenderahati. Katanya. Dengar-dengar saja memang nampak cukup. Realitinya?

Di bawah adalah antara risiko yang menyumbang kepada fahaman ‘tiada istilah percutian bajet’ :

1.Banyak street food yang memanggil-manggil untuk dicuba. Lebih-lebih lagi kalau yang pernah dilihat di ruang explore Instagram dan perkongsian viral di Facebook. Contoh secucuk oden di Seoul bernilai 1000KRW = RM4. (1000KRW je pun, still count!) Itupun makan sebatang tak mungkin cukup. Yelah bila membayangkan harga cuma 1000KRW secucuk.

Foto Carian internet

2. Penat berjalan, minum sajalah air mineral yang telah awal diisi dari hostel, it’s free! No such things. Kalau dah kiri kanan jual ice Americano, cup tinggi dan cuma bernilai 3000KRW = RM12. (5000KRW je pun, still count!)
 

3. Jalan depan sikit, masuk convenience store. Nak beli instant rice, sebab nak makan dengan sambal bilis yang dibawa dari Malaysia untuk dinner dalam hostel. Sedar-sedar terambil sebotol susu pisang. Tak apalah, 1000KRW je pun. Eh?
 

4. Hari dah gelap, kaki dah lenguh. Okaylah kali ini sahaja kita naik teksi meter. Baru 1800KRW one way (contoh), tak adalah mahal sangat. (1800KRW je pun, still count!)

 

5. Katanya Myeongdong adalah street yang wajib pergi kalau travel ke Seoul, so cubalah. Tapi tahan ke tak dengan dugaan harga murah face mask yang bernilai 10000KRW/10sheet? Ala beli jelah untuk souvenir lagipun dah allocate RM50 untuk souvenir, cukuplah tu. Tapi bagaimana pula dengan fridge magnet mak? Keychain untuk officemate? Tak ada masalah, keluarlah duit sikit. Tapi nanti tulis tip travel bajet, tak perlulah mention duit tambahan ni hehe..
 

6. Dan berbagai lagi punca yang menyebabkan kos travel anda tersasar sekurang-kurang RM500 dari bajet asal. Eh kenapa pulak?

- Simkad atau pun portable wifi untuk surf internet sepanjang di negara orang. Yakin boleh travel dengan hanya persediaan rapi tentang arah jalan dan sebagainya?

-Tempat-tempat menarik yang memerlukan bayaran masuk.

-Kos persediaan sebelum travel, stok mi segera, Brahim’s dan masak bekalan makanan di Malaysia untuk elak beli makanan di negara orang. Melainkan ambil ikan bilis dan cili kering dalam kabinet dapur mak. Duit juga tu.

 


Dalam konteks keseluruhannya, bukanlah teruk kalau bercuti secara bajet, cuma berpadalah. Bukan senang ada peluang ke negara orang. Gunakanlah kesempatan dengan sebaiknya, lawatlah tempat-tempat menarik dalam keadaan yang selesa. Secara rasional, RM1000 untuk percutian 4 hari 3 malam, mungkin cukup tapi, berbaloikah tiket penerbangan yang mahalnya melebihi segala kos makan, penginapan dan pengangkutan? 

Betul, tiada nilai yang lebih mahal dari sebuah pengalaman justeru gunakan peluang itu sebaiknya. Manfaatkan cuti anda. Kumpul duit betul-betul dan bercutilah secara all-out! - CARI 
24

Bagus
17

Marah
26

Terkejut
25

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 12-11-2018 01:56 PM
Saya tak berapa suka travel di negara2 maju, dah boring masa jadi student dulu

Lebih suka travel solo di negara2 dunia ketiga

Kalau negara maju min bajet sekitar RM350/day minimum kot kalau nak lebih selesa lebih lagi

Kalau negara2 dunia ketiga boleh dapat RM100 atau RM150/day

Ikut lah apa tujuan utama lawatan, kalau dengan family nak enjoy kenalay berbelamja sedikit sebab nakkan keselesaan

Tapi sy pernah travel solo keliling Myanmar 15 hari, kebanyakannya tidur dalam bas malam memang jimat , tujuan nak merasa thrill bukan enjoy.
Quote AbukRokok 12-11-2018 02:10 PM
klu nak budget travel gunagoogle street.... sambil order korean food by grab eat
Quote senahitam 12-11-2018 02:29 PM
aku kalo p vietnam pun belanja x byk...nak shoping beria sgt pun aku x la pakai sgt tudung2 lace2 semua tu...tp sbb syok nak shoping jugak maka aku akan amik order sesiap dari kawan2 termasuk duit. so syokla merasa shoping tp guna duit org. aku charge upah murah2 je, bleh la cover makan kat sana.
Quote prettyuglybabe 12-11-2018 02:33 PM
zaman ni kan ada rm10 boleh sampai jepun
Quote fushimi 12-11-2018 02:42 PM
prettyuglybabe replied at 12-11-2018 02:33 PM
zaman ni kan ada rm10 boleh sampai jepun

khennnnnnnnnnn
kalau si batak viral travel punya sembang



Quote serawadurian 12-11-2018 03:50 PM
AbukRokok: klu nak budget travel gunagoogle street.... sambil order korean food by grab eat

Hahahaha...idea ni menarik. Boleh cuba utk next trip. Nal bajet sangat kan...
Quote amyza 12-11-2018 04:16 PM
Penat2 kerja spend lah lebih sikit untuk percutian. Nak jalan2 & enjoy. Ni macam stress pulak dok pikir duit mkn,duit taxi,duit hotel.
Quote ckenj 12-11-2018 04:44 PM
pendek kata..nak travel kumpul duit bebyk dulu.hewhewhew
Quote cikgujun 12-11-2018 05:35 PM
mengarut lah percutian under budget ni, sbb i tak pernah under budget mesti terlebih budget punya

And kalau dh xde budget buat apa melancong in the first place?
Quote cikgujun 12-11-2018 05:37 PM
Sang_Pencinta replied at 12-11-2018 01:56 PM
Saya tak berapa suka travel di negara2 maju, dah boring masa jadi student dulu

Lebih suka travel  ...

Wooww bestnya! how i wish, i mmg slalu berangan nk backpacking and masuk kawasan yang untouch gitu but tak pernah berjaya
satu masa student mak tak bagi pegi tmpt yg kurang selamat
skrg dh beranak pinak susah pulak nk angkut budak2
So bilalah boleh pegi kaedahnya
Quote judicata 12-11-2018 08:07 PM
how i wish boleh backpacking... tapi i jenis kalau nak holiday, simpan betul2 duit, then splurge. i dont like to skimp and sacrifice byk benda semata konon 'heyyyy, i've been here!' punya attitude. biar tak pegi banyak negara but i enjoyed the place immensely and thoroughly tanpa risau ehm duit cukup ke tak ni nak buat apa2. lagipun i suka travel dengan family, including my parents and my small kids.
Quote Sang_Pencinta 12-11-2018 08:25 PM
cikgujun replied at 12-11-2018 05:37 PM
Wooww bestnya! how i wish, i mmg slalu berangan nk backpacking and masuk kawasan yang untouch gitu ...

So thrilling!! Sempat ronda ronda Yangon, Bagan, Mandalay dan Inle Lake.

Bagan was majestic sayangnya dah tak boleh panjat temple kerana peraturan baru. Inle Lake juga very memorable sewa bot panjang seharian keliling tasik dia.

Saya dah backpack solo banyak negara tp Myanmar, Cambodia, Vietnam dan Laos tetap dalam ingatan. Walaupun ada tragedy, penipuan, peras ugut, sesat dsb.

Japan, Korea, Hongkong dan negara2 maju memang bukan minat sy.
Quote Sang_Pencinta 12-11-2018 08:27 PM
judicata replied at 12-11-2018 08:07 PM
how i wish boleh backpacking... tapi i jenis kalau nak holiday, simpan betul2 duit, then splurge. i  ...

Mungkin kamu jenis yang suka bercuti bukan mengembara. Ada kawan saya mcm kamu pernah join backpack tapi bila diajak jalan kaki 5 km dari airport ke Pantai Kuta dia memanjang tarik muka masam lol.
Quote Sang_Pencinta 12-11-2018 08:34 PM
Bezakan kamu Tourist atau Traveller:

Tourist tidur hotel, ambil agen, sewa transport, makan restoran, ambil  gambar diri sendiri posing, bajet lebih sikit yang penting selesa otak lapang.

Traveller tidur hostel atau hotel murah, sdn bhd, guna public transport, makan tak kisah, gambar semua pemandangan tiada selfie, berkira pasal bajet, tak kisah penat sedikit atau kurang selesa.
Quote cikgujun 12-11-2018 08:58 PM
Sang_Pencinta replied at 12-11-2018 08:25 PM
So thrilling!! Sempat ronda ronda Yangon, Bagan, Mandalay dan Inle Lake.

Bagan was majestic say ...

I can feel you as ive been living in UK many years
Used to scouring places with big malls, shopping heaven
Nowadays dh tua ni suka go for nature & untouch out of the world scenery
But how u manage with halal food? Solat? Very interested
Quote cikgujun 12-11-2018 09:01 PM
judicata replied at 12-11-2018 08:07 PM
how i wish boleh backpacking... tapi i jenis kalau nak holiday, simpan betul2 duit, then splurge. i  ...

Yes i pun mcm tu, always go for premium vacations
St Regis, Four Seasons, taxi pun jarang, mesti nk chauffeured driven ambik depan hotel balik depan hotel
But somehow deep down i envy tau backpackers ni, going to places yg unheard off
Quote Ferr_Remy 12-11-2018 09:39 PM
Blh je. Travel la 3 4 org. Jadila murah.
Quote meow_tompok 12-11-2018 11:58 PM
Sang_Pencinta replied at 12-11-2018 08:27 PM
Mungkin kamu jenis yang suka bercuti bukan mengembara. Ada kawan saya mcm kamu pernah join backpac ...

wow fit nya... 5km tu jalan kaki
Quote CiliPadiSedap 13-11-2018 03:18 AM
Siapa nak travel naik motor please pm kaka. Perlukan lagi 2 orang rider.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.112363 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top