|
Sejarah baru sukan negara tercipta
apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan Peta Hala Tuju
atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30. Apa yang menarik dalam majlis
pelancaran F:30 ini adalah kehadiran Presiden FIFA Gianni Infantino dan juga
Presidein AFC Shaikh Salman Ebrahim Al-Khalifa. Apa itu F:30? Untuk pengetahuan semua F:30 adalah pelan strategik FAM untuk tempoh 12 tahun akan datang bermula dari tahun 2019 hingga 2030 yang fokus kepada 3 komponen utama iaitu Kepimpinan, Pertandingan dan Pembangunan yang sejajar dengan Program FIFA Forward yang telah dikemaskini dan terbahagi kepada 3 fasa perlaksanaan. Fasa 1 (2019 hingga 2022) Kepimpinan Kakitangan Pengurusan, Pentadbiran dan Budaya. Polisi Pemindaan Statut, Jenama FAM dan Perubahan Selaku
Pemimpin Industri. Pembangunan Bolasepak Pelan Bolasepak Malaysia, Pelan Strategik Pasukan Malaysia, Piagam Kejurulatihan FAM, Piagam Akar Umbi FAM dan Tanggungjawab |