"Kau bukan tak handsome, kau cuma takda duit." Dengan tiba-tiba media sosial dipenuhi dengan perbandingan gambar Alif Satar ketika muda dengan gambar terkini. Ramai yang terkejut dengan perubahan fizikal Alif bermula dengan gaya rambut, wajah serta bentuk badannya yang agak biasa-biasa satu ketika dahulu. Oleh itu, ramai yang menyatakan penampilan Alif sekarang adalah hasil pendapatannya dalam industri seni hingga membolehkan dia berubah menjadi lebih kacak atau dengan kata lebih mudah, kuasa 'wang'. Bagaimanapun Alif tidak bersetuju dengan pendapat tersebut lalu menangkis dengan hujah penuh hikmah di laman Instagramnya. Dalam statusnya Alif menjelaskan yang duit hanya berperanan sebanyak 10% sahaja dalam mengubah penampilan, manakala selebihnya adalah dipacu dengan semangat dalam diri sendiri serta hubungan dengan tuhan. Segala perubahan tersebut dipengaruhi dengan faktor umur dan kematangan untuk menjadi yang lebih baik. Maklumlah, ketika itu usianya baru sahaja menginjak ke angka 16 tahun dengan segala anggota tubuh belum matang dengan sempurna, seperti masih memakai pendakap gigi dan muka dipenuhi jerawat. Malahan dia juga berasa rendah diri dengan keadaanya itu. Tetapi, sesuai dengan peredaran zaman, segala rasa negatif itu beransur-ansur hilang hingga dia menjadi seperti dirinya sekarang. Ceritanya itu membuatkan ramai netizen melihat Alif Satar sebagai artis yang sangat 'cool' kerana tidak melatah ketika berhadapan dengan isu-isu yang agak memalukan. Malahan jawapan yang diberikan Alif juga sangat positif terutamanya kepada remaja yang mengalami saat-saat sukar ketika ini. Bagaimananapun, tidak semua yang memandang perkara itu dari sudut positif kerana selain sikap positif, duit tetap memainkan peranan penting dalam kehidupan. Apatah lagi berhadapan dengan situasi ekonomi dan politik yang agak menekan, untuk cantik atau kacak memerlukan banyak perbelanjaan. Walau apapun kata-kata netizen, semangat Alif dan nasihat yang ditujukan kepada mereka yang mengalami masalah serupa di luar sana perlu diberi kredit. Ini kerana setiap orang berhak mengecap kebahagiaan dan sentiasa positif. Tahniah Alif kerana menjadi artis yang memberi aura positif. - CARI |
3
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT