Laman sosial adalah platform terbaik untuk semua pihak sama ada untuk berkongsi perjalanan hidup, mempromosi perkhidmatan atau produk mahupun memohon bantuan orang ramai.
Ini kerana setiap posting di laman sosial mudah disebarkan dan sampai ke pengetahuan orang ramai dengan pantas. Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 34, juga tidak terkecuali daripada memanfaatkan laman sosial apabila dia baru-baru ini, menggunakan Instagram untuk mencari seorang pembantu rumah. Dalam satu postingnya, Sarah meminta bantuan daripada peminat dan pengikutnya untuk mencari pembantu rumah Muslim dari Filipina. Bagaimanapun, ramai pengikutnya tidak ambil serius permintaan Sarah itu dan menjadikannya satu jenaka dengan memberikan nama rakan mereka kononnya boleh menjadi pembantu rumah Sarah. Tindakan mereka seolah-olah menghina pekerjaan sebagai seorang pembantu rumah, sekali gus membuat Sarah berasa terkilan. "Bila saya minta bantuan, majoriti mempermainkan saya. Perkara ini tidak melucukan," tulisnya. Malah, ramai pengikutnya menegur tindakan segelintir pengguna lain yang tidak menghormati Sarah. Makin pelik rakyat Malaysia ni Tidak semua perkara boleh dibawa bergurau dan lain orang, mungkin lain penerimaannya. Jadi, berhati-hatilah dalam menyusun kata. - CARI
|
19
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 30-10-2018 08:21 PM
Eleh... so serious..ko dulu lagi loyar buruk...
hibernation: asap....mejoriti....meghina...perkerjaanmarah sgt si sarah ni, sampai typo sana sini
samasam90 replied at 30-10-2018 08:08 PM
tak kisah noks.. yg penting maid dari philippines tip top.. philipines patut buat school utk maid mc ...
hibernation replied at 30-10-2018 03:25 PM
asap....mejoriti....meghina...perkerjaan
marah sgt si sarah ni, sampai typo sana sini
ADVERTISEMENT