Diskriminasi serta sifat rasisme di Amerika Syarikat pada zaman 40-an telah menyebabkan seorang kanak kanak berusia 14 tahun dihukum dengan renjatan elektrik sehingga mati.
Geroge Stinney Jr, seorang budak yang dituduh membunuh dua orang kanak-kanak berkulit putih pada tahun 1944. Undang - undang pada ketika itu hanya mengambil masa 10 minit untuk menjatuhkan hukuman terhadap George, namun 70 tahun kemudian untuk membuktikan dia tidak bersalah pada tahun 2014. Kehilangan dua kanak - kanak berkulit putih, Bety June Binnicker dan Mary Emma Thames telah mengemparkan penduduk setempat sejurus penemuan mayat mereka yang pecah kepala di dalam kawasan dipenuhi air. Di dalam tempoh perbicaraan, dilaporkan bahawa Stinney mengaku membunuh mangsa namun begitu tiada bukti bertulis, barang jenayah mahupun rekod mengatakan stinney mengaku salah. Mahkamah pada ketika itu hanya membenarkan hanya rakyat berkulit putih dibenarkan masuk tetapi tidak berkulit hitam. Hanya kerana rumah Stinney berdekatan dengan tempat penemuan mayat tersebut, Stinney dihukum mati dengan cara yang menyayat hati. Sebelum dihukum , Stinney dipenjara selama 81 hari dan tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarganya. Sebuah filem tribute kepada kisah ini turut diterbitkan bertajuk 83 days diarahkan oleh Charles Burnett. -CARI |
12
Bagus |
28
Marah |
28
Terkejut |
31
Sedih |
23
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cik_sssara replied at 31-10-2018 12:56 PM
Teringat pulak cerita The Green Mile. Sedihnya
Megikari replied at 31-10-2018 01:13 PM
Kannnn... I nangis teruk tengok cerita tu. Tapi rasanya cerita 83days ni silap2 lagi sedih
ADVERTISEMENT