Masih ingat lagi penyanyi bernama Amir Jahari? Terkenal dengan lagu Tanpamu serta Aku Manusia Biasa sekitar tahun 2013 membuatkan namanya menjadi sebutan. Namun, selepas itu Amir dilihat bergerak dalam muzik 'deep art music' menyebabkannya tidak begitu mendapat perhatian media. Biarpun begitu, dia tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri yang menyanjung muziknya. Memahami yang industri muzik Malaysia tidak menerima perubahan muzik, Amir beralih menghiburkan peminat menerusi 'busking' dan membuat 'showcase' sendiri. Akan tetapi, ada sahaja yang membuatkan dia berasa mahu putus asa. Amir Jahari juga sempat berkias bahawa cabaran seni sungguh berliku hinggakan dia berasa mahu berhenti menyanyi. Maklumlah, muziknya sekarang sudah berbeza dan ramai yang tidak dapat menerimanya. Sudah berusaha dan tawakal tetapi hasilnya sangat menyedihkan. Kini, dia cuma ada isteri dan anak-anaknya untuk bertahan bagi memperjuangkan minatnya. Rentetan itu, ramai netizen meminta Amir mengingati kembali perjuangan muziknya. Jangan berputus asa kerana pemuzik yang baik akan mendapat peminat yang benar-benar menghargai bakatnya dan begitulah sebaliknya. Jadi diri sendiri kerana kita tidak mampu memberi kepuasan kepada semua pihak. Bagi segelintir netizen, lirik 'deep art music' memang berbeza dengan lagu komersial lain kerana ia menyentuh nilai kemanusiaan sejagat. Jadi, jangan kerana mereka yang tidak menyokong, maka perlu melupakan mereka yang meminati lagu sebegini. "Sad but true. Nak harap orang Malaysia support beli album memang susah. Lagi-lagi muzik begini." Menjadi pemuzik tulen semata-mata memang agak sukar kerana industri kini berdepan dengan persaingan artis segera. Begitu juga dengan minat individu itu sendiri. Ada yang meminati muzik 'catchy' dan 'heavy'. Setiap orang ada minatnya sendiri. Bagaimananapun, itulah pengorbanan yang perlu dibayar. Tidak semua orang menyukai muzik yang sama, jadi perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pelbagai idea. Tidak dinafikan memang sukar muzik sebegini menembusi pasaran Malaysia kerana rata-rata peminat muzik sukakan lagu komersial. Jadi, anda pula bagaimana? - CARI |
12
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fushimi replied at 30-10-2018 12:58 PM
bang kat mesia ni ko kena buat yang orang suka
bukan yang ko suka
Body_language replied at 30-10-2018 02:19 PM
Masalah nya, ko nyanyi xde wow factor. Cuba bg lagu ko ke retis2 yg ber x-faktor, sure laku
pumpkinpatch replied at 30-10-2018 02:12 PM
kena lagu jiwang, rajin social media dah settle,
Suchi replied at 30-10-2018 06:34 PM
Itu kan ank buah zamani kan tp kecik je org nya lg rendah drpd zamani.
ADVERTISEMENT